CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4349|Reply: 28

[Jenayah] Pengusaha restoran nasi kandar maut ditembak

 Close [Copy link]
Post time 11-2-2016 10:38 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Seorang pengusaha restoran nasi kandar maut selepas ditembak dari jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Dato Keramat di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa yang dikenali Syed Amin Jainul Abidin, 46, mati ditempat kejadian selepas terkena lima das tembakan di bahagian kepala, badan dan tangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,Datuk Zakaria Ahmad berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Mercedes dikatakan berhenti di hadapan sebuah kedai selepas menyedari dia diekori dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal.

Menurutnya, salah seorang suspek dikatakan turun dari motosikal tersebut dan melepaskan enam das tembakan ke arah mangsa.
"Mangsa ditembak dari jarak dekat dan lima das tembakan terkena pada mangsa manakala satu lagi tersasar.

"Suspek juga dikatakan cuba menembak dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang bertugas mengawal premis perniagaan berhampiran namun tembakan itu juga tersasar,"katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.




Zakaria berkata, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui motif pembunuhan.

Katanya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.
"Kita akan menyiasat dari semua sudut dan kes akan disiasat mengiukut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Difahamkan, selain mengusahakan restoran nasi kandar, mangsa juga memiliki sebuah pusat mencuci kenderaan di Jelutong.

Mangsa sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada November tahun lalu.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tacang kacang kacang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:49 AM | Show all posts
pergh skrg xpuas hati je tembak
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:52 AM | Show all posts
skg ni asal x puas hati, asal marah, ambik keputusan tembak. x main dh cat merah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 10:56 AM | Show all posts
kalau mangsa berhenti kat balai polis, rasa2nye akan ditembak jugak x kat depan balai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2016 10:58 AM | Show all posts
depa ni yg pi JPJ mengamuk bulan 12 lepaih, tengok tembakan kat kereta tu mmg kerja pro.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Peneng Darul tembak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 11:02 AM | Show all posts
ngeri ooooo skrg ni...

x puas hati je , tembak... adoyaiii....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:19 AM | Show all posts

ade lagi yang komen kutip camni @yipun_78
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:24 AM | Show all posts
dasat.... tak tau la pasal apa kena tembak ni...  dia dah jatuh hukum kat mahkamah ke psl kes dia marah kat jpj tu?
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:37 AM | Show all posts
manusia semakin hilang pedoman.. kt dunia leh lepas..kt akhirat nanti menjawap ler... tp klu dia non muslim.. emm.. tetap la jd kayu api kt neraka... Wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mangsa ni ke yang mengamuk kat jpj pasal roadtax sangkut kereta dah lama dihapuskan tu? Yang ada video tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:13 PM | Show all posts
tacang percuma ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalang kes jpj dia ni takut rahsia terbongkar ke gi tembak? Sama kes pegawai tinggi kastam..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:48 PM | Show all posts
mudahnya nak mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2016 12:51 PM | Show all posts
nyawa manusia semakin murah...takziah untuk si mati
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 12:59 PM | Show all posts
ehhh... tadi cam ada baca benda yang sama, tapi kat thread lain??
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 11-2-2016 11:19 AM
ade lagi yang komen kutip camni @yipun_78

mod yip bagi warning kat bod gossip je..bod lain tak terpakai kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059798 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list