CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5778|Reply: 12

[Cerpen] - Bukan Cinta Biasa (tamat)

[Copy link]
Post time 12-2-2016 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CheAnANN at 16-2-2016 09:18 AM




BAHAGIAN 1.

' Kerna aku tak mampu menipu,
Menyata keinginan... di kalbu,'
[Siti Nurhaliza - Janji Kasih]

***

Melihat gambar teman-teman sekolah menengah yang seusia dengannya tersenyum gembira bersama suami dan anak-anak di Instagram membuatkan hati Amirah rasa sesuatu.

Longing.

Yearning.

Rasa begitu teringin sekali untuk mengecapi apa yang mereka miliki. Namun apakan daya, semua itu sekadar hasrat hati yang masih lagi belum dapat menjadi kenyataan.

26 tahun.

Mungkin pada ramai orang, umur itu dikira masih lagi muda untuk perlu risau akan hal jodoh dan rumah tangga. Tapi pada Amirah dia rasa yang kini sudah tiba masanya untuk dia memikirkan akan hal itu.

Dahulu semasa zaman sekolah dan zaman universitinya, bercinta atau jatuh cinta adalah perkara yang terkebelakang dalam senarai prioriti hidupnya. Pada Amirah, biarlah masa-masa itu dia penuhi dengan mempertingkatkan skil diri dan menambahkan ilmu di dada sebanyak mungkin.

Namun sepanjang tempoh itu, hati kecilnya tak terlepas dari berharap yang mungkin Amirah akan berkenalan dan berkawan dengan seseorang (lelaki sudah semestinya) dengan harapan nanti apabila kariernya sudah mula membina tapak, dia kemudiannya boleh meng'upgrade' hubungan itu pada peringkat seterusnya; membina keluarga seperti orang lain.

Tapi mungkin Allah punyai perancangan lain bagi Amirah, sebab hingga kini dia masih lagi solo.

Kadang-kadang dia terfikir juga, adakah dirinya itu terlalu memilih bila tiba soal mencari pasangan hidup hingga dalam tak sedar Amirah mungkin telah terlepas pandang dan mencantas lelaki-lelaki yang barangkali ikhlas untuk 'berkawan' dengannya.

Oh sebelum tu, biarlah Amirah clarify sesuatu dahulu. Dirinya bukanlah cantik menawan seperti Tiz Zaqyah, Izara Aishah mahupun Heliza Helmi yang mampu membuat orang terpesona dengan kejelitaan, kecomelan atau keanggunan mereka. Malah Amirah amatlah jauh dari itu.

A very plain and successful wallflower.

Seseorang yang langsung tidak menarik perhatian (atau suka membawa perhatian pada dirinya. Baca: attention seeker). Seorang yang lebih senang berada dibelakang tabir dan secara automatiknya tenggelam dek aura-aura orang lain yang lebih menyerlah dan berkarisma dari dirinya.

Ya, itulah diri Amirah yang sebenarnya.

Berbalik pada hal Amirah mencantas lelaki-lelaki yang pernah menghulurkan salam perkenalan padanya suatu ketika dahulu. Sebenarnya dirinya sendiri pernah tertanya-tanya apalah yang membuatkan lelaki itu hendak ber'kawan' dengan Amirah yang memang nyata tak begitu mesra lagi-lagi dengan orang yang berkromosom XY itu.

Misteri nusantara sungguh!

Bunyi deheman seseorang dari tepi membuatkan Amirah mengangkat pandang dari skrin smartphone yang dipegangnya. Cepat-cepat dia menoleh ketepi melihat Wati yang kini duduk disampingnya diatas sofa ruang tamu rumah sewa mereka. Rumah sewa yang diduduki sebaik sahaja masing-masing tamat pengajian dan mula bekerja.

"Menarik sangat ke gambar orang upload dekat IG tu, sampai tak berkelip-kelip mata kau tengok skrin phone?" tanya Wati sambil menunjuk kearah skrin Samsung Mega second hand milik Amirah. Telefon itu digunakan sepupunya Meor Amran sebelum dia menjual telefon itu pada Amirah.

Amirah sekadar hanya tersenyum, sekadar membiarkan soalan itu sepi tanpa sebarang jawapan.

"Kau ni dah parah lah Mira," kata Wati tiba-tiba sebelum dia melarikan kursor di skrin laptopnya dan menekan butang pause pada GOM Player yang sengaja dibuka full screen itu.

Teman serumahnya itu tadi sibuk menonton drama Jepun yang berjudul With Love.  Drama sebanyak 12 episod lakonan Yutaka Takenouchi dan Misato Tanaka itu pernah ditayangkan di Malaysia suatu ketika dahulu pada awal 2000.

Jangan tanya Amirah macam mana Wati boleh dapat drama seancient itu. Tapi satu yang dia pasti, Wati ni memang punyai sumber yang bagus untuk mencari drama-drama lama sebegitu. Jarang sekali drama yang dicarinya tidak dijumpai.

Hinggakan drama China, The Proud Twins (atau turut dikenali juga sebagai The Handsome Siblings) yang satu ketika dahulu pernah membuat Amirah tergila-gilakan Nicholas Tse disebabkan watak Huo Wu Que itu turut ada dalam external hard disk milik Wati. Siap ada sarikata bahasa melayu lagi drama tu. Hebat tak?

"Apa yang parahnya? Kau ni ada-ada je lah," kata Amirah sebelum meletakkan Samsung Mega yang sudah hitam skrinnya itu diatas meja kopi bersebelahan dengan laptop Wati.

"Akhir-akhir ni kan, aku perasan betul setiap kali kau tengok sesuatu yang berkaitan dengan keluarga, tak kiralah dekat TV ke, internet ke, kau mesti nampak lain macam. Kau ada problem ke, Mira?"

Ya Allah, ketara sangat ke perubahan wajah dia berubah sampai Wati boleh menegur begitu? Amirah tertanya-tanya dalam hati.

"Lain macam? Lain macam yang macam mana tu? Aku tak ada problem lah. Okay je. Aku okay. Family pun okay," Mukanya masih lagi selamba, lagak tak terkesan langsung dengan apa yang ditanya oleh Wati itu. Padahal dalam hatinya cemas, takut Wati dapat tangkap yang berlegar dalam ruang fikiran akhirnya. Kecoh pula jadinya kalau Wati tahu yang Amirah, Ratu Tiada Perasaan (Baca: Apathetic) yang jarang ambil pusing lebih-lebih lagi hal berkaitan dengan cinta, jiwa dan perasaan ini ditangkap memikirkan soal ingin mendirikan Baitul Muslim.

"Betul ni?" Wati memandang Amirah cuba mencari kepastian dari ayat yang baru keluar dari mulut temannya itu.

Angguk.

"I'm fineeeeeee. Super fine. Betul, tak tipu!" kata Amirah bersungguh sambil mengangkat tangan kanan, lagak pelajar sekolah sedang membaca ikrar pada perhimpunan hari Isnin.

"If you say so..." kata Wati, namun nada suaranya jelas menunjukkan yang masih lagi tidak yakin dengan di kata Amirah tadi.

Amirah hanya melempar senyuman lega.

Nampaknya, rahsia hatinya yang satu itu masih lagi selamat menjadi rahsia.



(...bersambung)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 12:13 PM | Show all posts
Wah! Ada cerita baru... Macam menarik... Sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 12:38 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 12-2-2016 12:13 PM
Wah! Ada cerita baru... Macam menarik... Sambung lg TT...

Petang karang saya post bahagian kedua


Stay tuned!~~~~

Ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 12:59 PM | Show all posts
CheAnANN replied at 12-2-2016 04:38 PM
Petang karang saya post bahagian kedua

OK... Tak sabar rasanya nak tau kisah selanjutnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2016 03:41 PM | Show all posts


Bahagian 2.


'Di bawah cinta satu benua,
Ku berlari mencari satu cinta,
Cintamu kan ke syurga,
Kan ku bawa ia,
Situ situ sana sini,'

[Siti Nurhaliza - Situ Sana Sini]

***

"Mira, what do you think about online dating?" tanya Hannah sewaktu Amirah baru tiba di workstationnya sambil membawa mug panas yang dalamnya berisi Nestum 3-in-1 itu.

"Sorry, online what?"

Merasakan seperti dirinya sudah tersalah dengar soalan, Amirah bertanya sekali lagi untuk mendapat kepastian.

Mug hitam yang bertulis 'You Are Awesome And You Know It!' dengan tulisan berwarna putih itu diletakkan cermat diatas meja.

Ya, Amirah tahu ayat yang tertera pada mug itu kedengaran sedikit lame tapi hei, bukan dia pun yang beli mug itu.

Sebenarnya sewaktu jamuan tahun baru syarikat beberapa bulan lepas, mereka adakan sesi tukar-tukar hadiah. Semua staf dikehendaki untuk membeli hadiah yang harganya dalam lingkungan RM20-RM50 (tapi siapa yang hendak bagi hadiah lebih dari RM50 pun boleh sebenarnya). Bila nama masing-masing dicabut dari kotak undian, Amirah sudahnya mendapat hadiah daripada Kenny.

Dan apa yang diberikan oleh Kenny kepadanya?

Satu set pinggan mangkuk dengan two extra couple (?) mug.

Mug pertama adalah mug berwarna putih dengan yang tertulis 'Awesome Is My Middle Name' dengan tulisan hitam dan lagi satu mug pula adalah mug yang kini terletak elok diatas meja kerjanya.

Amirah tak tahu apakah motif Kenny memilih untuk membeli mug yang 'awesome' itu, tapi dia malas hendak bertanya.

Yalah, walaupun mug itu agak entah apa-apa, sekurang-kurangnnya set pinggang mangkuk yang Kenny belikan untuknya itu agak cantik.

"Online datinglah. I mean, people who signed up at those matchmaking sites just to search for love," kata Hannah.

Okay, nampaknya betul la apa yang dia dengar tadi.

Amirah menarik kerusi dari bawah meja sebelum terus duduk.

"What I think about online dating ya?" Wajah Hannah yang duduk betul-betul dihadapan workstation Amirah itu ditatap.

"Yes,"

Sudu kecil dalam mug diputar mengikut pusingan jam.

"No comment," Jawapan ala-ala selebriti itu yang terkeluar dari bibir Amirah waktu itu.

"No comment?"

Entah kenapa Hannah dilihatnya kelihatan agak kecewa apabila mendengar jawapan Amirah yang begitu klise dan langsung tidak menjawab soalan itu.

"Iye, no comments. Anyway, kenapa tiba-tiba je you tanya tentang online dating ni? Are you thinking to sign up for a matchmaking service?"

Hannah hanya menganggukkan kepala hinggakan rambut paras bahu yang dipotong layer itu bergerak ke kiri dan kanan.

"Seriously?"

Amirah memandang wanita Tionghua yang berasal dari Slim River itu tidak percaya.

"Seriuslah. Why should I be joking about this matter?"

"Tapi kenapa?"

Hannah hanya tersenyum sebelum membuka paket biskut cream cracker Hup Seng yang tadinya dia letak diatas meja. Sekeping biskut dikeluarkan sebelum ia dipatahkan pada dua bahagian.

"Maybe sebab I dah bosan hidup single macam ni. I kan dah 32. Supposed to think about settling down now, I guess. Lagipun setiap kali my mom call, she always nags. Asking when I should stop receiving those red angpao during the new years and instead, giving them to other people,"

Ah, angpao merah.Amirah ingat lagi dulu Hannah pernah bercerita padanya tentang pemberian 'angpao' (atau 'hongbao' dalam dialek Mandarin) dalam kalangan masyarakat Cina. Kata Hannah, Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan sepertiTahun Baru Cina.

Selain itu,warna merah sampul ini melambangkan tuah.  Jumlah wang yang terkandung dalamnya pula lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengebumian.  Tambah Hannah lagi, pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia.

Amirah hanya mendiamkan diri. Ingin membiarkan Hannah terus bercerita sebab dia tahu wanita itu masih lagi belum habis bercerita.

"You tau, my mom even cakap macam ni, 'Hannah, you nak tunggu kaya macam that old guy ke baru you nak kahwin?"

"That old guy? Siapa?"

"Alah, I terlupa pula siapa nama the old guy yang my mom sebut tu,"

"Syed Mokhtar Bukhari ke?" kata Amirah, merujuk pada salah seorang orang terkaya di Malaysia itu.

"No, no. Bukan dia. The 'You Are Fired!' guy tu lah," kata Hannah sebelum mengigit biskut yang dicelup kedalam mug yang berisi nescafe yang dibancuhnya tadi.

The 'You Are Fired' guy?

Terus terhambur ketawa Amirah bila mendengar nama gelaran yang diberi oleh mak Hannah kepada lelaki yang menjadi tunjang utama rancangan The Apprentice itu. Mujur dia tidak minum air yang dibuatnya waktu itu, kalau tidak, percuma sahaja skrin laptop pejabatnya bermandikan nestum.

Macam-macam betul si Hannah ni.

"You mean Donald Trump?" kata Amirah setelah tawanya reda.

Nasiblah waktu itu tingkat pejabatnya masih lagi lengang sebab ramai lagi yang belum tiba. Kalau tidak mesti dah ditegur oleh siapa-siapa sebab bunyi ketawanya yang kedengaran agak over itu.

Hannah memetik jari kirinya sebaik sahaja nama itu disebut oleh Amirah.

"Yesssssssssssss. That guy lah. Donald Trump. Puas tau I nak ingat nama dia tadi,"

Amirah hanya tersenyum sebelum mengajukan soalan seterusnya pada Hannah.

"Eh why you choose to use matchmaking sites? Why don't use other means?"

"Other means? Maksud you?"

"Ala, maksud I, you kan boleh kenal guys melalui family atau kawan-kawan you. You also can even meet people when you go clubbing, kan?"

"I don't go clubbing anymore lah. You ni mesti lupa kan,"

Amirah menepuk dahinya.

Ah, memang dia dah lupa akan hal itu. Hannah memang ada pernah beritahu Amirah yang tiga tahun lepas dia sudah tinggalkan aktiviti malamnya itu. Kalau Hannah mahu minum-minum pun, dia sekadar akan pergi ke bar bersama teman-temannya.  Itu pun sudah tidak sekerap dahulu.Bila ditanya kenapa Hannah tidak mahu mengunjungi kelab malam lagi, wanita itu hanya menjawab.

"I'm too old for those stuffs. Lagipun I dah tak ada stamina nak lompat-lompat, dancing vigorously macam those early 20's kids,"

Selain itu, Hannah juga ada memberitahu yang wanita itu ada menyertai satu fellowship Kristian ni beberapa tahun lepas.

Fellowship tu!

"Hannah, why don't you just hook up with one of those guys in your fellowship group. Bukan ke you pernah kata most of them is still single?"

Hannah membuntangkan matanya apabila mendengar kata-kata Amirah yang tak terjangka itu.

"Those guys? Eeeee, I tak minatlah. Muda tapi they look so nerdy. All specky and old-fashioned looking. Like those uncle-uncle type."

Pulak dah.

"Then why don't you ask those guys untuk kenalkan you with their other single friends. Relatives ke. Mesti they ada kawan-kawan lain yang mungkin suit your taste. Whatever it might be,"

Hannah terdiam sejenak memikir.

"Ya hor? Nanti I try la tanya mereka waktu pergi gathering. Mana tahu I might even find someone like Alex Fong ke," kata Hannah sambil tersenyum gembira.

Amboi, bersinar-sinar mata Hannah dilihatnya bila mana teman sekerjanya itu menyebut nama pelakon Hong Kong yang pernah membintangi drama TVB, Burning Flame II satu ketika dahulu.

"I don't even care if you might find Alex Yoong (Malaysian former F1 racer) or Alex Pettyfer look-a-like, I just sincerely hope that you can find someone decent and worthy enough to be your partner,"

Hannah dilihatnya mengangkat mug nescafenya sebelum berkata.

"Cheers to that!"

Amirah hanya mampu senyum senget waktu itu sebelum turut mengangkat mug hitamnya.



(..bersambung)


nota kaki: bahagian 3 & 4 (akhir) akan dipost minggu depan

Happy weekend semua!


Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 04:08 PM | Show all posts
besttt....
tapi lama plak nk tggu mggu depan...


napa tajuk ada kurungan incomplete..
kalo tak ada perkataan TAMAT kt tajuk, pmbaca tau citer masih ada smbungan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 04:14 PM | Show all posts
CheAnANN replied at 12-2-2016 07:41 PM
Bahagian 2.

'Di bawah cinta satu benua,Ku berlari mencari satu cinta,Cintamu kan ke syurga,Ka ...

Nice one TT... Happy weekend... See u next week also...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2016 09:38 AM | Show all posts

Bahagian 3.

'Cintaku bukan di atas kertas,
Cintaku getaran yang sama,
Tak perlu di paksa,
Tak perlu di cari,
Kerna ku yakin ada jawabnya,'

[Siti Nurhaliza - Bukan Cinta Biasa]

***

"Kau biar betul, Mimi?"

Terus naik beberapa oktaf suara Amirah apabila dia mendengar cadangan Syamimi yang dirasakan tidak masuk akal itu.

Wajah Syamimi dan laptop yang berada dihadapannya itu dipandang silih berganti.

Nak suruh dia isi borang cari jodoh dekat mahligaimawaddah.net?

Ini satu perkara yang lawak bila difikirakan.

Dia? Mendaftar untuk jadi ahli kelab cari jodoh online?

Amirah rasa macam nak guling-guling ketawa waktu itu.  

Mana tidaknya, satu ketika dahulu Amirah pernah beria-ria memberi ceramah percuma pada Wanda (teman baiknya sejak dari sekolah menengah) bila sahabatnya  itu mendaftarkan diri disalah satu rangkaian mencari teman dialam maya sekadar untuk mengusha lelaki dan menambah skandal.

Puas juga Amirah membebel, tapi Wanda hanya buat tak tahu sahaja. Mujurlah, temannya yang seorang itu tak kenal dengan mana-mana psycho atau mamat gersang.

Nauzubillah, minta dijauhkan.

Yalah, dekat internet ni kena sentias berjaga-jaga. Orang baik memanglah ada, tapi orang niat jahat pun banyak. Kalau tak mesti tak berlaku banyak kes penipuan internet yang selalu diwar-warkan pihak media tu.

Nak daftarkan diri untuk rangkaian cari kawan alam maya pun dia tak suka, ni apatah lagi nak daftarkan diri untuk cari jodoh.

Sebenarnya Amirah memang pernah mendengar tentang laman web cari jodoh itu. Dengar kata ramai juga pasangan yang berjaya disatukan hasil sesi perkenalan yang mereka lakukan disitu.

Selain tu, mahligaimawaddah.net juga adalah diantara laman cari jodoh Muslim yang boleh dipercayai. Katanya admin website tersebut mengambil pelbagai langkah proaktif untuk memantau aktiviti pengguna supaya kurang kebarangkalian untuk berlakunya aktiviti tidak bermoral dalam lamang sesawang itu.
Banyak juga testimoni pengguna yang menyatakan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Nak daftar? Tak nak daftar? Akalnya kini ligat membuat penilaian pro dan kontra sekiranya dia mendaftar dan menggunakan servis tersebut.

Amirah menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Aih, serabut pula bila memikirnya.

"Alah, apa kau nak risau, kalau kau buka akaun dekat situ pun bukannya kau mesti wajib kahwin dengan salah seorang pengguna dalam website tu. Cuba kau fikir Mira, selain daripada suruh keluarga carikan atau kawan kenal-kenalkan orang pada kau, anggap je mendaftar dekat website ni sebagai salah satu alternatif kau untuk kenal dengan orang. Lagipun bukan ke nak jodoh tu datang kita kena usaha juga," Beria-ria Syamimi melobi Amirah waktu itu.

Eh si Mimi ni. Macam tahu-tahu je sekarang ni Amirah memang berniat nak kenal-kenal dengan orang. Tapi takkan nak terang-terangan mengaku pulak. Jatuhlah air muka dia nanti. Uuuuuu. Tidak! Tidak!

Amirah membaca pakej-pakej yang ditawarkan oleh perkhidmatan cari jodoh itu.

Pertama, kalau menjadi ahli biasa sahaja, bila mendaftar tidak perlu melakukan sebarang bayaran. Cuma ahli biasa tidak akan mendapat privilege and perks seperti ahli premium perolehi.

Contohnya,  ahli biasa hanya boleh menerima dan menghantar mesej personal maksimum pada lima ahli sahaja. Sebaliknya, ahli premium dapat menerima dan menghantar mesej personal pada semua ahli tanpa had.

Selain itu, ahli premium dapat melihat borang lengkap cari jodoh pengguna lain, manakala ahli biasa pula hanya boleh melihat maklumat basic pengguna lain seperti nama, umur, negeri menetap dan pekerjaan.

"Kalau setakat dapat hantar dan terima mesej dari lima orang, baik jadi ahli premium. Yalah, kalau kita hantar mesej pada ahli biasa juga belum tentu kuota lima ahli dia tu masih ada kosong lagi," komen Amirah sambil terus menekan-nekan butang tetikus untuk scroll down di laman sesawang yang terpapar dihadapan mereka waktu itu.

"Betul, betul,"

"Untuk jadi ahli premium boleh pilih sama ada nak beli pakej setahun atau dua tahun. Kalau pilih setahun kena bayar RM 100, kalau dua tahun RM160. Okay Mimi, let say, let say lah kan aku nak sign up dekat website ni, aku tak kuasa tau nak bayar RM100 atau RM160, walaupun aku jadi ahli premium memang banyak kelebihan dari jadi ahli biasa," kata Amirah memberi kata putus. Dalam masa yang sama sempat juga kepalanya menterjemah nama yang digunakan

Mahligai = Istana
Mawaddah (asal dari perkataan arab) = Kasih/Cinta
Mahligai Mawaddah = Istana Kasih/Istana Cinta.

Woh, besar betul harapan tuan punya website bila beri nama sebegitu pada laman cari jodoh yang dia kelolakan. Agaknya dia mahu menjadi laman sesawang tersebut sebagai medium untuk pengguna-pengguna perkhidmatan untuk meletak batu asas untuk membina istana kasih sayang mereka.  Cewah!

Amirah ketawa dalam hati.

Pergh, beria betul kau Mira nak decode segala bagai, makna mahligaimawaddah.net tu. Entah-entah pemilik website tu sengaja pilih nama tu sebab dia rasa nama tu sedap. Kau je yang terlebih-lebih fikir.

"Kira kau nak sign up la kan ni?" kata Syamimi bersemangat tiba-tiba. Barangkali gembira kerana dapat juga dia mempengaruhi Amirah untuk turut serta mendaftar

Eyyyy, Syamimi ni korek telinga ke tidak?

"Aku cakap let say kan tadi. Aku tak kata pun aku confirm nak sign up,"

Amirah mencebikkan bibir. Menyampah pulak dia melihat keterujaan Syamimi yang dirasa berlebih-lebihan itu.

"Ala kira confirmlah kau register jadi premium member dekat situ sebab aku dengan baik hatinya akan sponsor kau," kata Syamimi sambil tersenyum menjungkitkan kening.

Syamimi yang tangkai jering ni nak sponsor dia? Pelik betul ni.

"Kau biar betul nak sponsor aku?" Amirah memandang temannya, langsung tidak percaya apa yang didengarnya waktu itu.
Syamimi sekadar menganggukkan kepala.

"Aku sponsor kau untuk cuba perkhidmatan website tu untuk separuh tahun. RM40 je pun aku kena bayar. Kebetulan pulak bulan ni aku dapat duit kutu, jadi tak kisah sangatlah kalau setakat nak belanja kau RM40 tu. Lagipun bila lagi aku nak belanja kau, asyik kau je yang belanja aku," kata Syamimi sambil tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipit disebelah pipi kanannya itu.

Amboi, setakat RM40 dia kata? Padahal selama ni, nak keluarkan not hijau lima ringgit tu pun payah.

Amirah mengerutkan dahi.

"Eh, mana pula datang kena bayar RM40 untuk 6 bulan? Aku tak ada baca pun dalam pakej yang dia tawarkan dekat website tu?"

"Ah, itu aku ada baca review orang tentang website tu sebelum ni. Dia kata ahli premium boleh tolong upgradekan akaun orang lain. Dapat diskaun pun katanya sebab nak benarkan pengguna premium bantu pengguna biasa yang barangkali ada kekangan duit yang membuatkan dia terhalang dari upgrade status penggunaan dia," Panjang lebar Syamimi menerangkan.

"Boleh percaya ke apa yang orang tu tulis, Mimi? Kut dah outdated ke informasi yang dia letak dalam review tu, tak ke naya?" tanya Amirah pesimis.

"Jangan risaulah, dia buat review tentang website tu baru tiga bulan lepas kalau tak silap. Aku tak rasa owner website tu tak akan semberono je tukar polisi dia dalam masa terdekat," Yakin sahaja Syamimi bila menuturkan ayat itu. Gaya macam tuan punya website itu dia kenal sahaja hingga dia boleh cakap sebegitu.

"Whatever lah Mimi. If that RM40 for 6 months is only just a hoax, aku tak kira, kau kena bayar akaun premium aku tu RM100. Kalau tak aku tak nak register," kata Amirah tekad.

Sungguh, kalau dia hendak mendaftar di laman sesawang cari jodoh tu dia tak mahu sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kalau sekadar mendaftar sekadar untuk mencari-cari (baca: mengusha) profil lelaki yang ada (dengan harapan terjumpa mamat muka kacak ala-ala Won Bin), baik tak payah.

"Not a problem. Oh ya, Mira aku nak ingatkan ni, nanti kalau tempoh 6 bulan tu dah habis. Pandai-pandailah kau sambung sendiri subscription tu,"

"Heh, as if I wanted to continue using that service," kata Amirah yang kini sudah mengalihkan tumpuannya pada Samsung Meganya.

Laju sahaja dia menaip sesuatu diruangan aplikasi Whatsappnya. Bos tiba-tiba tegur. Mana tak menggelupur Amirah membalas. Lagipun, bukannya Amirah tak tahu yang bosnya itu tidak suka menunggu orang membalas mesej yang telah dia hantar.

"Kita tunggu dan lihat je nanti Mira," kata Syamimi pula sebelum menutup tetingkap Google Chrome yang terbuka dari tadi itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 10:38 AM | Show all posts
harap cepat hupdate yea TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2016 09:17 AM | Show all posts

Bahagian 4 (Akhir)

'Satu masa nanti pasti kau temui,
Tabahkanlah hati jangan lupakan Ilahi,
Akan tiba bahagia tak mungkin sendirian,
Terhurai dalam lagu berkumandang,'

[Siti Nurhaliza - Kau Ku Sayang]

***


Tadi, selepas selesai menyiapkan draft slide untuk presentation yang akan di semak semula oleh Kak Kamilah, Amirah sibuk melayari internet untuk mencari maklumat lanjut tentang rumah-rumah anak yatim yang terletak sekitar negeri selangor dan negeri berdekatan.

Tahun ini, sekali lagi Amirah dipilih untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa untuk program CSR (Corporate Social Responsibility) syarikat mereka. Cuma yang bezanya, tahun ini dia ditugaskan untuk menguruskan hal logistik dan pengangkutan bukan bahagian katering seperti tahun lepas.

Kata Ju pengarah program CSR kali ini, Amirah perlu mencari dan memilih beberapa buah rumah anak yatim yang dirasakan sesuai untuk mereka kunjungi secepat mungkin, sebab mereka akan adakan mesyuarat rasmi pertama program itu dua minggu lagi. Nanti dalam mesyuarat tersebut barulah mereka akan putuskan rumah anak yatim mana yang akan mereka ziarahi tahun ini.

Sambil-sambil sibuk membuat carian di Google, Amirah sekadar membiarkan lagu-lagu terpasang dalam volume yang rendah di Windows Media Player (WMP) komputer ribanya.  Waktu itu, lagu Here Without You nyanyian 3 Doors Down sedang diputarkan.

'The miles just keep rollin',
As the people leave their way to say hello,
I've heard this life is overrated,
But I hope that it gets better as we go,

Amirah yang sedang ralit mengikut menyanyi perlahan bait lagu itu, tiba-tiba sahaja dia terfikir akan profil yang di buatnya di mahligaimawaddah.net itu.
Akaun  yang akhirnya dibuat hasil daripada pujukan Syamimi yang tak kenal putus asa itu.

Bila ditanya mengapa sepupu Wati itu beria-ria benar hendak Amirah turut serta membuka akaun di laman cari jodoh itu, selamba sahaja Syamimi berkata,

"Rasa macam pelik kalau buat seorang-seorang benda ni. Atleast kalau kau buat sekali akaun dekat situ, aku tak la rasa alien sangat,"

Pfft. Banyak la dia punya alien. Orang takkan anggap Wati tu pelik atau kata apa-apa kalau temannya itu sendiri tak beritahu mereka yang dia mendaftar dekat website tu. Diam-diam register dekat situ sudahlah.

Amirah menguatkan sedikit volume WMPnya yang kini sedang memutarkan intro lagu Nobody Wants To Be Lonely nyanyian Ricky Martin dan Christina Aguilera itu.

Agaknya apalah yang dah jadi pada kantung mesejnya yang sudah tidak dikunjungi hampir empat bulan itu.

Mana tidaknya, masakan Amirah punyai masa untuk melayari laman website itu bila beberapa bulan terakhir ini syarikatnya itu sibuk menguruskan beberapa buah konvesyen serta pameran besar diserata Malaysia.

Kadang-kadang naik haru juga orang disyarikatnya bila hari acara sudah hampir, tiba-tiba ada pula pihak yang terlibat nak mengubah itu dan ini. Sudah semestinya tak menang tangan lah team event acara itu kehulu hilir untuk melakukan last minute arrangement.

Empat bulan?

Sekejap.

Kiranya tinggal lagi dua bulan lah lah sebelum subscription Amirah menjadi pengguna premium tamat?

Tab baru dibuka pada Google Chrome sebelum url lamang sesawang itu ditaip.

15 minit kemudian...

Amirah kini sedang berada di muka surat 30 diruangan carian profil pengguna ikhwah bila mana dia terpandangkan satu wajah.

Jantung Amirah rasa berdebar tiba-tiba apabila dia melihat gambar pengguna yang nombor ahlinya 1430504 itu.

Di mahligaimawaddah apabila pengguna premium menggunakan ruang carian profil, website tersebut akan memaparkan nombor ahli, wajah pengguna, negeri asal, negeri yang diduduki sekarang, pekerjaan serta tarikh terakhir pengguna tersebut aktif (baca: online) di website tersebut.

Takkanlah...

Kursor dilarikan dan Amirah terus menekan nombor ahli pengguna itu untuk melihat paparan penuh profil.

Debaran didadanya makin kencang apabila dia melihat nama pengguna tertera dihadapannya waktu itu.

Lelaki ni!

Amirah meneliti satu persatu maklumat yang terdapat dalam profil pengguna itu.

Sah, orang itu memang lelaki yang Amirah cukup kenali.

Automatik senyum sinis terukir dibibirnya.

Heh, tak sangka rupanya mamat ni isi juga borang cari jodoh dekat sini. Tak sangka betul!

Amirah kemudian baru tersedar akan sesuatu.

Allahu rabbi! Itu maknanya lelaki itu pun boleh juga terjumpa profil Amirah diruangan carian sekiranya dia log in akaunnya. Seperti website cari jodoh yang lain, hanya pengguna yang berdaftar sahaja boleh melihat profil pengguna lain.

Cepat-cepat Amirah melihat tarikh terakhir 'dia' aktif di laman web tersebut.

5 bulan 10 hari yang lepas.

Bawah sedar Amirah melepaskan keluhan lega.

Jadi, mamat ni tak aktif sejak dari hari Amirah mendaftar dan menjadi pengguna laman sesawang itu.

Nasib baik betul.

Harapnya dia tak online lah dalam tempoh dua bulan sebelum tarikh subscription ahli premium Amirah tamat. Sebab elok sahaja tempoh 6 bulan itu tamat, dia akan terus deactivatekan akaunnya. Malas dah hendak meneruskan 'wild goose chase' ini. Pengalaman dan 'pengembaraan' Amirah (yang amat tak seberapa itu) untuk mencari jodoh menggunakan internet akan ditamatkan disitu.

Noktah.

Tapi apa yang Amirah tidak tahu, sebenarnya waktu itu Allah sudah bersiap siaga untuk melancarkan perancangan yang telah Dia aturkan untuk dirinya.

Sebab masa itu telah pun tiba.

-tamat-


Glosari.
Apati :menunjuk rasa tidak minat dan tidak peduli akan sesuatu perkara
Wallflower (eng.) : seseorang yang pemalu dan tidak terkenal yang selalunya berdiri jauh daripada orang ramai apabila dia menghadiri acara yang melibatkan ramai orang.
Ikhwah (arb.) : Lelaki
Wild goose chase (eng. idiom) : pencarian sesuatu yang sia-sia dan tak mendatangkan hasil



nota kaki.
Sebenarnya cerita Amirah ni dah ada sambungan. Cumanya saya rasa ianya perlu dibuat overhaul secara besar-besaran, lepas tu maybe, maybe saya akan release cerita tu (tapi most probably ianya akan dibiarkan ber'sawang' dalam folder laptop saya sampai tak tahu bila. hehe. Anyway, terima kasih kerana membaca cerita saya yang tak seberapa ni...


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:46 AM | Show all posts
sambung je lah ,buat apa biar bersawang..

crita best tapi tergantung plak...



apapun TQ
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:30 PM | Show all posts
citer ni mcam penah bace kt penulisan2u
penulisnye same person eh

sorilah, baru kt bod ni, x kenal lagi porumer2 kt bod ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2016 09:35 AM | Show all posts
edoraixora replied at 7-4-2016 12:30 PM
citer ni mcam penah bace kt penulisan2u
penulisnye same person eh

sama je.. cuma nama penanya je yg lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.098434 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list