CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1726|Reply: 9

[Jenayah] Pikinik Berlaukkan Nasi Dan Sardin Minum Air Ribena Sebelum Pecah Masuk

[Copy link]
Post time 14-2-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pencuri Sempat Jamu Selera, Minum Air Ribena Ketika Pecah Masuk Rumah


20684
PERKONGSIAN
Kongsikan di
  

Pinggan dan botol air yang dibawa keluar suspek untuk menjamu selera dan menghilangkan dahag sebelum melarikan diri. Foto : Sinar Online.

BERA, 12 Feb - Seorang atau sekumpulan lelaki yang dipercayai melakukan aktivi memecah masuk beberapa buah rumah di sini sempat menjamu selera mereka menikmati nasi berlaukkan ikan sardin, ayam dan ikan goreng serta menghilangkan dahaga mereka dengan minuman soya dan air Ribena sebelum melarikan diri.

Menurut salah seorang mangsa, Fatimah Senah, 60, suspek memasuki salah sebuah bilik dimana dia dan dua anak perempuannya tidur dan menyelongkar almari baju sebelum melarikan seutas gelang tangan.

Tambahnya lagi, semasa kejadian, tiada langsung kedengaran bunyi sedangkan almari itu akan berbunyi jika ditutup atau dibuka.

"Saya tidur dekat dengan almari. Itupun saya tidak dengar dan tidak sedar. Cuma anak lelaki saya, pada ketika itu, terkejut dari tidur dan bergegas ke arah dapur dan melihat besi tingkap telah dipotong.

"Tetapi, suspek sempat pula makan nasi sekali dengan lauk-lauk yang ada atas meja. Dia letak dalam satu pinggan, ambil satu bekas air dan makan di luar bahagian dapur," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Namun, setelah pemeriksaan, hanya seutas gelang tangan sahaja yang hilang.

Seorang lagi mangsa, Khoisiah Abdullah, 66, berkata dia tersedar apabila suspek cuba memasuki bilik tidurnya untuk kali kedua selepas berjaya mengambil wang lebih RM700 yang disimpan di dalam beg tangannya.

Selain itu, dua buah telefon bimbit yang diletak berdekatan bantal turut dilarikan suspek dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.30 pagi tadi.

"Saya tersedar sebab terasa seperti ada orang. Bila saya bangun, suspek cuba ambil beg tangan yang lain kerana beranggapan ada wang tunai di dalamnya.

"Saya terkejut, dan menjerit minta tolong. Dia pun terkejut sebab saya terjaga dari tidur bergegas berlari ke arah dapur dan keluar ikut pintu dapur," katanya.

Namun, Khosiah bersyukur kerana suspek tidak bertindak di luar kawalan.

Seorang lagi mansa, Amalina Hassan, 24, berkata kejadian hanya disedari apabila keluarganya bangun untuk solat Subuh.

"Taktik yang digunakan sama sahaja, suspek potong besi tingkap di bahagian tengah, tarik keluar cermin dan masuk ikut tingkap.

"Kebetulan beg tangan mak ada di atas sofa, suspek ambil beg tangan itu. Jadinya, kad pengenalan, kad bank, duit tunai lesap," katanya.

Selain itu Amalina juga berkata laporan polis telah dibuat dan ibunya juga telah ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenalan baru.

Laporan dari Sinar Online juga turut berkata pihaknya telah mendapat penjelasan dari Ketua Peneroka Felda Sebertak, Ahmad Long.

Menurut Ahmad Long, dalam tempoh 33 hari sepanjang tahun ini sahaja sudah tiga kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku sekitar kawasan tersebut.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan pihak polis juga telah melakukan siasatan awal di setiap rumah mangsa.

"Kita harap, penduduk lebih berwaspada demi keselamatan masing-masing pada masa akan datang, dan bersama-sama bekerjasama membanteras jenayah di kampung ini," kata Ahmad.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Rosdi Daud mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan siasatan masih lagi dijalankan. - Siakapkeli.my

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 01:45 PM | Show all posts
Amboih...sakan berpiknik....lauk sadin, air soya n ribena bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 01:50 PM | Show all posts
orng kata cara ni pukau...

pas makan ber*k pula...

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam ada pukau sekali ni.
Sebab dia terkejut bila orang terbangun..
Kalau nak tambah elemen mistik bolehlah buat kes orang minyak..  sedap jugak makan nasi lauk sardin eh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap plak baca air ribena time panas panas ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pukau? makan utk berak?
ada ke jenis orang makan terus rasa nak terberak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2016 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam pon ada org masuk rumah. Tapi time takde sesape kat rumah. Dia tak makan nasi, tapi dia curi makan limau. Balik2 tengok kulit limau dah bersepah kat lantai.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 06:45 PM | Show all posts
tau mcm tu, umpan la lauk enak2, taruk racun tikus biar mampus itu penyamun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik letak handbag atas sofa je..dh tau kawssan tu selalu pencuri masuk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 06:57 PM | Show all posts
naper aku rasa tingkap umah tuh terbalik... selalunyer besi sebelah dalam... lagi satu besi gerigi sekarang nih lembut sangat... nipis jer... pencuri boleh potong byk btg dgn senangnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.102891 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list