Kemasukan ramai pekerja asing ke negara ini seperti Bangladesh, Indonesia dan Nepal dilihat memberi banyak reaksi dan juga konotasi negatif di kalangan masyarakat.
Mereka dilihat kurang menyenangi dengan kelibat warga asing yang semakin memenuhi ruang negara. Malah, tindakan kerajaan yang dikatakan ingin membawa 1.5 juta tenaga pekerja dari Bangladesh dilihat menutup periuk nasi rakyat sendiri. Begitulah pandangan ramai orang.
Bagaimanapun, seorang netizen tampil dengan nukilan yang memberi mesej mengingatkan orang ramai, mengapa warga asing seperti Bangladesh ini lebih menjadi pilihan?
"Kenapa Bangla Jadi Rebutan?" soalnya.
Terdapat 9 faktor yang dinyatakan, sekali imbas seperti sindiran yang tak berasas.
Namun, hakikatnya, sindiran itu mengandungi maksud yang memaparkan kelemahan tenaga kerja orang muda kita yang tidak memiliki disiplin, komited dan juga kerajinan seperti "Bangla".
"Budak kita gheja 2 minggu sibuk nak mintak naik jadi supervisor."
"Budak kita kena minum teh baru depa ada tenaga nak gheja. Dalam satu hari depa kene berenti minum teh tarik 20 kali."
Itu antara sikap orang kita yang netizen ini beri penekanan. Perbezaan sikap ini menunjukkan bagaimana masyarakat bersikap memilih kerja, malas dan tak mahu berusaha.
Gambar hiasan. (Sumber foto: Carian google)
Sebab itu banyak pihak terutama pengusaha perniagaan lebih suka mengambil 'Bangla' untuk bekerja.
Pandangan negatif ini boleh berubah. Ia bukan statik dan kekal selamanya. Yang penting, adanya kesedaran dari awal lagi untuk bekerja dengan baik.
Bak kata orang, jika anda tukang sapu, jadilah tukang sapu terbaik. Barulah disayangi bos, kerja pun bahagia. - CARI Infonet