CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3514|Reply: 17

Dulu Suruh Belajar Tinggi-Tinggi, Sekarang Paksa Jadi Buruh?

[Copy link]
Post time 15-2-2016 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Melihat ekonomi negara yang semakin 'sesak nafas' tunggu terputus tali hayat sama ada terus hidup mahupun tamat begitu sahaja, siapalah yang tidak risau.

Keadaan negara yang terumbang-ambing dengan politik yang tidak temui kata sepakat, memang menyusahkan rakyat. Masing-masing bertekak dan memihak kepada kepentingan sendiri daripada mencari ikhtiar untuk menyelamatkan negara atau bangsa sendiri.

Bukan merungut atau 'demand' dengan pekerjaan dan gaji yang ditawarkan. Namun, ada sebab kenapa anak-anak muda lepasan pengajian tinggi memilih untuk tidak bekerja sebagai buruh.

Jika dahulu, apabila anak-anak habis sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pasti disuruh sambung belajar ke peringkat diploma, ijazah, sarjana dan seterusnya pHd agar dapat mengubah nasib keluarga selain dilihat terpelajar.

Sehinggakan graduan dilihat mampu mengubah ekonomi negara untuk menjadi negara paling maju. Walau bagaimanapun, kata-kata tersebut tidak lagi digunapakai kerana majoriti graduan hanya mampu membuat 'pekasam' sijil tinggi mereka kerana sukar untuk mendapat pekerjaan.

Tetapi hari ini, rata-ratanya menyalahkan graduan sahaja. Perkongsian status daripada laman Facebook UTHM troll merupakan jawapan bagi pihak graduan yang dikira menjadi mangsa keadaan semasa.



Jika dikira para graduan yang mengambil kos binaan dan seangkatan dengannya, untuk menjadi seorang 'buruh' yang dikira pekerjaan yang sangat memerlukan kekuatan fizikal dan mental dengan gaji yang sangat rendah, siapalah yang mahu? Tapi, takkanlah kesemua graduan perlu menjadi seorang buruh?

Bangla atau warga asing yang dibawa masuk ke Malaysia untuk bekerja sebagai buruh, mereka dikerah seperti hamba. Jika anak muda disuruh menjadi buruh dan diperlakukan seperti bangla, tidakkah mereka akan jadi seperti hamba yang merempat di negara sendiri? Patutkah begitu?





Sama-samalah kita buka minda. Menjadi seorang buruh bukanlah pekerjaan yang keji tetapi tidak kesemua orang mampu bekerja sebagai buruh. Ya, apabila kita berada di tempat dan memiliki pekerjaan yang selesa, sudah pasti kita tidak menghiraukan lagi orang bawahan. Tidak merasa apa yang mereka rasa. Sebab itulah, kita boleh cakap 'sesedap mulut'.

Pihak menteri, pihak atasan dan yang sama waktu dengannya haruslah mengkaji di mana silapnya. Ambil tindakan segera agar tidak menunding salah kepada anak muda hari ini. Buat apa jadi menteri, jika masalah rakyat tak boleh selesaikan? Betul tak? Begitulah dengan para graduan, bukanlah mereka memilih pekerjaan, tetapi graduan terpelajar memiliki kemahiran yang berbeza dan berhempas pulas dengan impian yang telah diimpikan sejak awal, mana mungkin ingin menjadi buruh sahaja? - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 04:16 PM | Show all posts
Jadi adakah graduan lebih rela mengangur dari jadi buruh???

Dulu aku pernah interview sorang mamat ni, jawatan kerani bengkel (general worker, gaji per hari, sebulan dlm 800 camtu). Dia ade diploma bahagian lektrik... aku pelik la sbb opening tu jadi kerani je. Dia ckp xpe, yg penting dia ade kerja.. bagus budaknya. Rupanya dalam masa sia sibuk key-in inventory wokshop, dia belajar dengan chargeman senior kat kilang tu. Xlama lepas tu aku kena transfer... bila aku tanya kawan yg ganti tempat aku, rupanya skrg dia dah ambik exam A1.

Jadi pesanan aku: Skrg ni masa susah ye adik2... jadi kuli hari ni, belum tentu selamanya kuli.... xsalah belajar dari bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulakn dgn menteri dlu wat kerja buruh tu.'Kepimpinan Melalui Teladan'.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:55 PM | Show all posts
mulakan dengan pemimpin dulu..

kalau majikan nak amik bangla sebab gaji murah, then ok
and kalau rakyat (majikan) pilih pemimpin, boleh tak pemimpin tu gaji murah? tengok apa komen menteri
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 04:57 PM | Show all posts
azimodin replied at 15-2-2016 04:16 PM
Jadi adakah graduan lebih rela mengangur dari jadi buruh???

Dulu aku pernah interview sorang mama ...

bagus tu lama2 nanti upgrade BO pulak. chargeman gaji pun byk gak apa. bagus budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 05:01 PM | Show all posts
umngok ni saling tak tumpah macam tuan besar penjajah british..
british dulu kutuk melayu malas, nak buat jarum pun tak reti..
lepas tu import pendatang cina n india kerja di ladang2 n lombong2 british..

sekarang pencacai penjajah british dalam kerajaan..
guna tektik yg sama kutuk org malaysia malas..
tak rajin (dan setia) macam bangla..
n then angkut bangla berjuta2 masuk sini..

kepala bana zahid komedi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Isunya kenapa nak bawa masuk ramai sangat bangla. Agak2 ler...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 06:09 PM | Show all posts
benda ni umpama sambil menyelam minom ai...cuba korang pk bwk byk2 bangla atas alasan tok kerja bruh,
padahal pd mse yg same jgk plihanraya nk dkat ..... btol2 komedi laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 09:02 PM | Show all posts
hmmm dulu kita disuruh belajar tinggi-tinggi sebab kita ingat nagara kita akan jadi jauh lebih maju, rupanya dah pandai2 semua degree master phd holders semua negara makin teruk pula. alih2 suruh jadi buruh pula, masa sekolah dulu kemain lagi suruh kita semua bercita2 tinggi puikkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 01:59 AM | Show all posts
Korang nk terkejut ape nya. Menteri kite kan genius2 belaka ayatnya. Peliknya ramai org totok sokong lg menteri2 "genius" ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la dah dekat election..plus minus dua tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:58 AM | Show all posts
warhh menang besar la klu dah dpt  1.5 juta pengundi SAH.
belakang najibul royani ada 3 juta balaci yg jilat telo.
ok korang menang
puiii
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 10:04 AM | Show all posts
banglasia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:17 AM | Show all posts
yg graduan pun dh lps hbs study.. nk gaji rm3500 .agakla sama... x kan nak msuk kja trus ko jd bos.... atau pegawai ,,, . mula dr bawah ya... ingat mn ada org senang trus .... penyanyi.plakon.sukan suma dr bawah... lain la ko ank raja ka apa.. blh la ambik takhta ja... dok goyang kaki.. . tp ank raja pun x selalu senang... bak kata patah.. sikit sikit lama jd bukit....

#jgnkecam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:44 AM | Show all posts
ini smpi 1.5juta, bab1.. ko igt skit ke tu? bongok nya menteri, yg mengundi dia lg bongok...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 11:59 AM | Show all posts
mase pru lepas nangis2x aku sekeluarga bila tau yg bn menang lg dan najibul pegang jadi pm.
mase tu dah terasa dgn kos hidup yang tinggi. minyak naik brapa kali setahun dengan jawapan2x bodoh pak menteri.
paling rakyat terasa bila lepas gst. adik aku jual perfume,sepupu aku pun meniaga sume cakap orang memang kurang membeli,sales turun cukup2x makan je.... nak2x barang naik mendadak gila. peniaga2 kecik pun kau nak cas gst nak tak nak diorang pun terpaksa naikkan harga. lagi bawak masuk pendatang ramai2x.
aku rasa nak tak nak yang kluar u ni blaja2x la meniaga klu takde keje. jual ape yang patut untuk lawan pemerintah dan bersaing dgn pendatang asing. diorang memang tengah intai je peluang untuk dapatkan market kat sini.
klu korang tgk bangla ni ade kilang tudung kat shah alam.
kelemahan diorang cume tak reti design ikut citarasa tempatan. bila ade tudung2x terbaru ciptaan anak muda yang cantik2x dijual dgn harga yang mahal sebab lain dari yg lain diorang sopy sebijik dan jual dgn harga murah gila2x tak masuk akal maka orang yg sengkek2x ni ape pilihan diorang melainkan beli yang murah2x.
peniaga yang berperah otak keluarkan design,rekacipta,upah pekerja,buat marketing dgn kos yang tinggi dan sebagainya bungkussss.... bayangkan nasib anak cucu kita dimasa depan.
apa nak buat pak menteri lagi suka pendatang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 01:20 PM | Show all posts
capiloton replied at 15-2-2016 05:01 PM
umngok ni saling tak tumpah macam tuan besar penjajah british..
british dulu kutuk melayu malas, na ...

bukan rasis cuma terpikir bila baca statement ni..dulu cuma ada melayu ajer then bawak india china...kemudian dari pendatang terus jadi warganegara macam sekarang...bangsa cina/india tapi rakyat malaysia maksud boleh undi, buat bisnes, pendidikan bagai...adakah keadaan yg sama akan jadi pada masa hadapan pada bangsa bangla, nepal, vietnam etc bila dah seramai-ramainya datang sini?

Mungkinkah nanti dekat form yg biasa kita isi bukan lagi tulis melayu, china, india tapi akan ditambah dengan bangsa2 yg lain ni.....

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2016 07:35 AM | Show all posts
Tak payah sekolah, pemerintah korup je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.402255 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list