CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12387|Reply: 28

Tapi, aku hensem

[Copy link]
racerX This user has been deleted
Post time 18-3-2004 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Eh, kata mereka yang duduk di atas bangku panjang di belakang meja lusam, kau tak boleh mengundi di sini.

Kenapa, soal lelaki berambut ikal itu.

Sebab nama kau berdaftar di dua tempat berasingan. Jadi kau tak boleh mengundi.

Di dua tempat, soal lelaki ikal.

Ya, jawab si boroi, nama kau ada di Bukit Jambul dan juga di Puchong. Mana boleh kau berada di dua tempat sekaligus.

Maknanya aku tak boleh mengundi, tanya si lelaki ikal.

Ya, kau tak boleh mengundi, jawab si songkok hitam.

Aku tak boleh mengundi sebab nama aku terdaftar di dua kawasan berasingan, soal lelaki itu lagi.

Ya, betul, jawab si boroi. Nama kau ada di dua tempat, jadi kau tak boleh mengundi.

Tapi, kata si lelaki berambut ikal, aku hensem.

Jawapan itu membuat si boroi dan songkok hitam termangu.

(bersambung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2004 02:39 PM | Show all posts
jap..kena sift through the upper layers first...

nak tunjuk sistem yang huru hara?

nak tunjuk pengundi yang tak berakal?

oooo..suspennyeeee
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
 Author| Post time 18-3-2004 02:44 PM | Show all posts
Maybe it's none of the above. Maybe it's just supposed to be a silly story.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2004 02:51 PM | Show all posts
mmm..maybe juga...

apsal kita akan assume setiap perkara ada maksud tersirat eh?

adakah 'face-value' dah takder value?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
 Author| Post time 18-3-2004 05:32 PM | Show all posts

Tapi, aku hensem (Chapter 2)

Nok nok nok.

Masuk, kata suara garau dari dalam.

Selamat pagi, tuan, kata sang setiausaha. Ada orang nak jumpa.

Siapa, soal suara garau. Suara garau itu datang dari belakang daun pintu yang separuh terbuka. Pada ketika itu suara tersebut tidak pun terikat pada suatu jasad; ia sudah memboloskan diri bebas dari ikatannya dan kini berenang-renang di awangan seperti bulu ayam hitam kasar yang ditiup angin.

Tuan punya suara tidak kelihatan. Jadi perlukah setiausaha yang setia itu menjawab soalan yang dilemparkan?

Suara garau itu memang bunyinya macam suara tuan pengarah yang selalu duduk di atas kerusi kulit hitam empuk yang tatkala ini terkangkang kosong di belakang meja bertatah kulit kayu jelutong mata merpati. Tatkala setiausaha keluar minum pagi tadi kerusi tersebut masih kosong, pintu pejabat ternganga luas. Apabila dia kembali pintu sudah bertutup rapat. Adakah dia yakin tuan pengarah yang berada di dalam bilik tersebut, ataukah ia mungkin sekadar hantu raya yang merupa-rupa?

Kalaulah sang pengarah bersuara garau terjatuh dari kerusi empuknya diwaktu setiausaha comelnya terkedek-kedek melangkah longkang kantin, dan tiada insan lain di pejabat tersebut yang mendengar dia jatuh, adakah dia masih berbunyi? Nah, kalau begitu, sekiranya tiada orang yang telah melihat kelibat tuan pengarah masuk ke pejabat pagi itu, adakah tuan pengarah masih wujud untuk mereka?

Tapi setiausaha comel itu tidak perlu menjawab, kerana ada suara lain, yang bergampangan macam bulu itik serati, menerobos awangan.

Selamat pagi, tuan, kata suara itik serati bersongkok hitam itu.

Selamat pagi, tuan, kata suara kerbau tua berperut boroi disebelahnya.

Selamat pagi, jawab suara dari dalam bilik. Sekonyong-konyong muncul kepala botak bermisai tajam dari belakang daun pintu. Sila duduk.

Terimakasih, kata itik serati bersongkok hitam.

Terimakasih, kata kerbau tua berperut boroi.

Apa ni, tanya suara garau bermisai tajam.

Ah, kata si itik serati, ini...

Dia berdaftar di dua tempat, celah kerbau tua.

Dua tempat berasingan, sambut itik serati.

Dua tempat, soal si garau. Jadi dia tak boleh mengundilah.

Ya, kata itik serati. Tapi...

Tak ada tapi lagi, suara garau memintas. Peraturan kita jelas. Undi dia tak sah. Dia tak boleh mengundi. Habis cerita.

Tapi, tuan, kata si itik serati.

Tak ada tapi tapi, kata suara garau. Dia tak boleh mengundi. Peraturan kita jelas. Habis cerita.

Tapi, tuan, kata si kerbau boroi pula.

Habis cerita, kata misai tajam. Tak boleh undi. Noktah. Eksklamasi.

Tapi tuan, kata itik serati seraya mengesot ke hadapan kerusi hingga dia terjuntai dihujungnya, dia hensem.

Mendengarkan itu, si pengarah bersuara garau tersandar
di kerusi empuk berkulit hitamnya.

(sambung)

[ Last edited by racerX on 19-3-2004 at 06:22 PM ]
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
 Author| Post time 19-3-2004 05:53 PM | Show all posts

Tapi, aku hensem (part 3)

Kau tak boleh mengundi, kata suara itu.

Suara itu datangnya dari jasad lelaki berbahu bulat
berkacamata tebal yang duduk nun dihujung meja panjang
sana nun.

Jasad itu pula terperosok ke dalam kerusi baldu merah
yang begitu empuk hinggakan kalaulah ada lelaki kerdil
dari sarkas London duduk diatasnya maka tentulah si
kerdil itu akan hilang tenggelam ke dalam baldu
tersebut bulat-bulat dan akan matilah dia, si kerdil
comel yang malang itu, lemas dalam kemewahan dakapan
material import tersebut.

Suara itu terbit dari kerongkong seorang lelaki yang
sudah biasa dengan kuasa jadi sebab itu suaranya pun
bergema dengan kuasa juga. Setiap konsonan dan setiap
vowelnya menitik dengan kuasa, yang diludahkannya
keluar melalui suatu lidah tebal kemudian di celahan
bibir mungil berwarna kelabu kebiruan. Bibir-bibir
lebam itu pula terpasak pada seraut muka yang putih
macam anjing tak berbulu terlihat syaitan lalu.
Kalaulah jasad itu tidak bercakap dan duduk diam saja
dengan kaki katiknya terjuntai sebegitu dihujung
kerusi baldu merah tentu orang tidak akan tahu samada
jasad itu masih bernyawa atau tidak. Ini kerana mata
lelaki tersebut pun, walau masih berkerdip, sebenarnya
sudah lama mati.

Suara berkuasa tinggi itu selalunya cukup untuk memaku
sesiapa saja yang mendengarnya, tapi di dalam bilik
seluas padang bola sekolah rendah itu kekuasaannya
sedikit malap. Sengatnya separuh dihisap oleh
langsir-langsir tebal yang melanggiri setiap tingkap
setinggi tiga orang berdiri, separuh oleh permaidani
yang lembutnya bak padang rumput alfalfa merah di
saujana milik gaucho Buenos Aires, dan separuh oleh
jarak yang menguak di antara si bercakap dengan si
dipercakapkan.

Tuanpunya suara itu, yang duduk terperosok dalam
kerusi baldu empuk yang nyata terlalu besar saiznya
untuk tubuh lelaki Malaysia itu, tidak mampu melewati
ruang kosong yang wujud diantara dia dan objek yang
sedang dihadapinya. Mungkin sebab itu maka objek
tersebut terus saja mendongak-dongak ke atas,
melihat-lihat keliling ke arah langit-langit palsu
bikinan makhluk yang ingin menjadi tuhan. Mungkin
terpegun dengan keindahan yang meggawanginya, maka
objek tersebut tidak memberikan apa-apa reaksi.

Kerongkong yang mengalur dari kedua bibir lebam batuk
kecil. Barulah mata si dipercakapkan bertumpu kepada
yang bercakap.

Kau dengar, tanya bibir lebam, pantas mematuk kuasa ke
dalam telinga objek.

Ya dengar, kata objek itu. Aku tak boleh mengundi
sebab nama aku ada pada dua tempat yang berasingan
pada satu masa jadi undi aku batal sebab mana boleh
aku berada di dua tempat sekaligus.

Betul, kata bibir lebam berkacamata tebal.

Habis tu kenapa aku dibawa kemari, soal objek.

Diam. Jasad seputih anjing bercukur itu mati semula.
Mata objek berkerdip-kerdip. Satu kerdip. Dua kerdip.
Tiga kerdip.

Kau tak boleh mengundi, kata bibir lebam dihujung meja
panjang, tapi kau hensem. Kau tak boleh mengundi, tapi
kau boleh di undi.

Kerdip lagi. Satu kerdip. Dua kerdip. Tiga kerdip.

Aku mahu kau, kata bibir lebam, jadi perdana menteri.

Perdana menteri, kata lelaki berambut ikal itu.
Kenapa.

Sebab, kata bibir lebam sambil batuk kecil sekali
lagi, kau hensem.

(sambung)

[ Last edited by racerX on 19-3-2004 at 06:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
racerX This user has been deleted
 Author| Post time 19-3-2004 06:06 PM | Show all posts

Iklan

Nah, ikutilah, adik-adikku sekelian, kesudahan ceritera asyik masyuk yang penuh debar dan adegan mengejutkan ini, di minggu hadapan! Sementara itu marilah kita menjalankan tanggungjawab yang telah dianugerahkan oleh mereka-mereka yang jauh lebih pandai dan berkuasa dari kita dan pangkahkanlah sekadar pangkah diatasa kertas lusam yang menimbal seribu makna.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2004 10:07 AM | Show all posts
sekali mamat tuh cakap, againstr my religion la, sambil minum teh o ais limau..

camana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mocha This user has been deleted
Post time 22-3-2004 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by OnEdge at 2004-3-22 10:07 AM:
sekali mamat tuh cakap, againstr my religion la, sambil minum teh o ais limau..

camana?


masih ada hope la tu ...sebab masih leh minum teh o ais limau ..kalau dia put the gun at our temple pon masih ada hope lagik ....polyanna ka daku?:lol
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 02:27 AM | Show all posts

aik..?

teh o iced limau? my fave..okay apa kesudahannya?mcm tu jer?
allright ,then.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 02:45 AM | Show all posts
Cepatlah abang racer... adek2 nak dengo....
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
 Author| Post time 23-3-2004 03:18 PM | Show all posts

Tapi, aku hensem (Bhg Akhir)

Hari itu sungguh bagus sekali. Angin mendayu-dayu bertiup dari arah barat. Langit biru bak tasik dalam yang dikerumuni kapal-kapal kapas berwarna putih kekuningan.

Kalaulah lelaki berambut ikal itu dari golongan yang mudah percaya pada bisikan bayu dan tilikan planet-planet, tentu saja dia akan merasakan itu adalah hari yang cukup keramat. Kalaulah dia membaca ramalan bintangnya untuk hari itu maka tahulah dia bahawa hari itu apa saja yang dimahukannya akan jadi kenyataan.

Tapi lelaki berambut ikal itu tidak percaya pada tahyul. Dia hanya percaya pada apa yang tangannya mampu buat. Dan tangannya itulah yang telah memahat jatuh segala bidaian keemasan tebal dari setiap tingkap setinggi tiga orang berdiri, menggunting rumput merah alfalfa dan memunggah kerusi empuk dengan rangka mayat si kerdil sarkas London, keluar dari bangunan hikmat yang sudah jadi kediamannya untuk 5 pilihanraya berturut-turut.

Dan hari ini si rambut ikal itu akan menjadi calon perdana menteri untuk kali ke 6.

Daun tingkap terbuka dan sejenak terdengar riuh tempik dari luar. Seorang lelaki berambut keriting masuk dengan curut dicelah jari tengahnya. Mereka sudah lama menunggu tuan, kata lelaki itu.

Si lelaki berambut ikal itu masih berada diantara dunia.

Tuan, kata lelaki berambut keriting itu, tiada apa yang perlu tuan resahkan. Kerusi itu, kata lelaki tersebut seraya menunding ke kerusi kayu rapuh yang dahulunya pernah diduduki lelaki berambut ikal sewaktu dia di sekolah rendah beratap rumbianya, masih akan jadi milik tuan.

Lelaki berambut ikal itu tersenyum kelat. Kemudian dia melangkah ke balkoni diluar tingkap. Sejuta suara mengaum menyambut kehadirannya, perdana menteri yang sangat mereka kasihi itu.

Tuan tuan, puan puan, datuk datuk, datin datin, jeneral jeneral, kolonel kolonel, kapten kapten, mejar mejar... dan seterusnya disebut satu persatu dengan begitu cermat sekali, berakhir dengan anak kucing lima ekor yang baru beranak dibawah katilnya semalam. Kemudian dia diam. Rakyat bersorak.

Sudah lima penggal kamu meletakkan aku di sini. Untuk itu aku ucapkan terimakasih. Diam lagi. Sorak lagi.

Sebenarnya aku sendiri tidak pasti kenapa kamu meletakkan aku disini. Kerana aku bukanlah yang terbaik dari kalangan kamu. Kamu mesti sedar itu. Dia diam. Rakyat pun tiba-tiba terdiam.

Tapi aku yakin, kata lelaki ikal itu, aku yakin (walaupun suaranya kini tiba-tiba tidak yakin, dek sebab sambutan sunyi yang tiba-tiba itu), yang kamu semua meletakkan aku disini atas sebab aku mampu memberikan apa yang baik untuk negara ini. Kerana negara ini adalah ibu kandungku, dan ibu kandung kamu juga, dan kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuknya.

Dia memerhati keliling. Ditenungnya satu satu mata-mata yang berada dihadapannya. Sebenarnya, sambung lelaki berambut ikal itu lagi, sekaligus menggunting putus tali masa daripada jarum waktu...

Aku.

Tidak.

Hensem.

Jam dimenara berdetik namum masa masih tegak tidak bergerak. Orangramai menarik nafas sebagai satu kelompok.

Ya, kata si lelaki berambut ikal memecah kebuntuan. Aku tidak hensem. Aku cuma kata aku hensem.

Sunyi sepi. Tiba tiba ada bunyi ledakan macam senapang meletup. Orang semua terkejut. Rupanya ada sebuah kereta usang di atas jalanraya yang lalu berhampiran, minyak hitamnya dah lama tidak ditukar jadi enjinnya menjadi sembab lalu menghasilkan letupan kecil persis tembakan senapang. Di sana sini orang tertawa lega. Bunyi orang berbisik sesama sendiri mula melarat dikalangan rakyat banyak yuang berkumpul hari itu.

Tapi aku yakin, kata lelaki ikal itu, kita akan terus bersama, menganjak ibu kita ini kearah titik kemuncak yang lebih tinggi lagi. Kerana kita boleh. Walaupun aku sebenarnya tidak hensem, tapi kita boleh. Percayalah.

Tahun itu, lelaki ikal tersebut kalah teruk dalam pilihanrayanya yang ke enam. Dan, oleh sebab namanya masih terdaftar di dua tempat berbeza, dan kini dia tidak lagi hensem, maka selepas itu dia tidak lagi mampu menyertai persada politik ibundanya itu.

Demikianlah, kisah melarat yang disampaikan kepada datuk ku oleh datuknya, dan kemudian kepada aku, dan kini aku sampaikan kepada kamu, buat renungan. Kalaulah cerita ini menipu, maka sudah tentulah bukan aku yang menipu kamu, tapi datuk kepada datukku yang menipu kamu, semoga rohnya dicucuri rahmat.

TAMAT.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 03:34 PM | Show all posts

salam..

tapi.beginikah akhirnya..? Masya ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2004 03:37 PM | Show all posts
:ah:khusyuk membaca..terkesima jap...

ps..ceh emoticon sembelit dah tak de lak
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
 Author| Post time 23-3-2004 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by mbhcsf at 23-3-2004 15:34:
tapi.beginikah akhirnya..? Masya ALLAH.


I dunno. That's all my gramps told me.
Reply

Use magic Report

ShookDaGreat This user has been deleted
Post time 24-3-2004 12:06 PM | Show all posts
giler ahhhhh............

aku cadangkan citer datuk ko nie jadik teks rujukan utk STPM kertas sastera

apa lagi datuk ko citer kat ko?....citer pasal cipan ader tk ?..(haiwan kegemaran no. 1 aku)..huhuhuhuhuhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2004 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by ShookDaGreat at 24-3-2004 12:06 PM:
giler ahhhhh............

aku cadangkan citer datuk ko nie jadik teks rujukan utk STPM kertas sastera

apa lagi datuk ko citer kat ko?....citer pasal cipan ader tk ?..(haiwan kegemaran no. 1 ak ...

citer haiwan pra sejarah pong ader kot...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2004 03:00 PM | Show all posts

Tapi....engkau hensem...

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2004 07:08 PM | Show all posts
Sapa nih? Racer X ke???? Padanlah hilang langsung... buat plastik surgeri rupenya.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2004 11:20 AM | Show all posts
Terlalu menghayati citer...
Ni kawan saya.. yang saya bayangkan sebagai watak utama atau watak putih (betul ke?) dalam cerpen tu..

Mod,

Saya sedang mengarang citer bagi tajuk.... Tapi, Engkau Hensem.
Tak tau la bila nak siap...bahasa bunga2 tak pandai.
Nanti saya letak kat sini..


Thread ni ada antologi cerpen...okay gak.





ps.  kalau dia tau gambar dia kat forum ni... mati aku..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.074492 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list