CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: racerX

Tapi, aku hensem

[Copy link]
Post time 20-5-2004 10:52 AM | Show all posts
hihihi.. terkagum......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2004 11:52 PM | Show all posts
“Amir”.

“Ya bu”, sahut anaknya.

“Mari sini kejap”, perempuan tua itu memanggil dengan nada lembut.

Amir pun menuju ke tempat ibunya duduk membuat sulaman.

“ Meh duduk kat ibu”, ibunya menambah kata.

Amir tampil duduk di sofa menghadap ibunya dengan tertib.

“Ibu ni orang tua, tak selama mana pun hidup ibu.” Ibu Amir memulakan cakapnya.  “Ibu perhatikan engkau sekarang suka menghadap komputer, baik siang mahu pun malam.  Kadang2 sampai jauh malam dengan tak ada satu faedah pun.  Sudah berbulan2 ibu perhatikan hal kamu.  Tak berubah2, bahkan makin bertambah galak.  Keluar bilik bacaan pun masa makan je.  Sunyi senyap, apa yang engkau buat?  Kerja buat menolong abah kau tak kesampaian, melainkan asyik melayan dunia kau di hadapan komputer tu”.

“Tidak begitu bu.  Saya saja2 berinternet dengan kawan2. Kawan2 saya ramai di internet tu.  Di sanalah saya berbahas2 dan bertukar2 fikiran.  Kadang2 oleh sebab perbincangan itu menjadi menarik,  masing2 tak sedar hingga malam.  Tidaklah sekali2 saya melakukan perkara2 yang tak baik",  sahut Amir dengan adab tertib serta suara yang lemah lembut.

“Ibu tidak paksa dan tidak pula ibu menyuruh, tetapi engkau mesti bercakap benar di hadapan ibu ni.  Ibu mahu dengar sepatah kata dari mulut kau.  Sukakah engkau ibu perumahkan kau?  Semasa ibu masih hidup ini ibu mahu tengok anak menantu.  Ibu tengok engkau pun sudah layak berumahtangga,” kata Nordiana, ibu Amir.

Siiiirrr! Sekali darah naik ke seluruh tubuh Amir.  Air mukanya sekejap berseri dan sekejap pucat pula.  Berbagai2 fikiran datang menyerbu kepalanya.  Sesekali ingat rasa suka hendak beristeri.  Sekali fikir pula rasa tak mahu kerana dia masih belum bekerja.  Dunia pergaulan hidup suami isteri itu perkara yang sangat berat.  Salah2 perkiraan jadi bala dan kalau kena bawaannya mendapat bahagia.  Walhasil untung tuah suami di sisi isteri dan sebaliknya untung tuah isteri itu di tangan suami.  Bila difikir2kan oleh Amir hal itu semakin bertambah pecah fikirannya.  Tetapi hakikat yang sebenar dia suka beristeri.

Sekarang apa yang hendak dikatakan kepada ibunya.  Mahupun dikatakan suka, nanti nampak pula tembelangnya yang dia berintenet itu, itulah tujuannya.  Kalau pun dia bersembunyi dengan kata2, hatinya telah putus mahu beristeri.

“Bu, macam saya ni, mana patut lagi berumahtangga.  Siapa yang mahu dengan saya, kerja tiada, tak hensem pula.  Saya tak mahu menyusahlan abah lagi.  Abah banyak menghabiskan wang untuk menghantar saya belajar ke luar negeri.  Takkan pula sampai beristeri pun ibu dan abah juga yang keluar belanja.  Pada hal saya sudah memang patut mencari makan sendiri.  Bagaimana saya hendak bela anak orang pula.  Sekarang ibu dan abah ada hayat lagi bolehlah menolong saya.  Apa hal kalau ibu dan abah sudah tiada lagi, di manalah saya hendak mengadukan hal melainkan berserah kepada Allah semata2.” Amir berkata sambil mengelus2 rambut ikalnya yang panjang serabai.

Apabila Nordiana mendengar cakap anaknya begitu, datanglah serba salah bagaimana ikhtiar supaya Amir mengikut kehendaknya. Sebenarnya dia mahu Amir lebih bertanggungjawab dan tidak lagi berinternet serta membuat perkara yang sia2.  Dia menjeling Amir.  Suaminya pun tidak mempunyai perut seboroi Amir.

“Kalau begitu fikiran engkau tidak bolehlah ibu hendak perumahkan kau, tapi engkau hensem. Bila engkau beristeri, cita2 ibu, segala harta benda yang ada sedikit sebanyak itu ibu dan abah pulangkan kepada milik engkau.  Dengan itu engkau boleh hidup senang anak isteri dan engkau boleh usahakan harta2 itu.  Abah kau suruh ambil jurusan perniagaan kau berkeras nak jurusan art jugak.  Bila masa kau nak sampai tahap seniman kalau asyik menghadap komputer aje…” ujar Nordiana.

Amir makin bertambah2 nampak dan nyata yang dia akan hidup dengan senang-lenang anak isteri kelak, bila dia mengikut atau menyempurnakan hajat ibunya. Tergiang2 kata ibunya yang jarang berdusta.

Tapi engkau hensem.  

bersambung....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2004 08:06 PM | Show all posts
astaqfirrullahalazim.....crita yg buat otak lagi 'botak'!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2004 12:11 AM | Show all posts
Originally posted by Presa1200 at 28-5-2004 08:06 PM:
astaqfirrullahalazim.....crita yg buat otak lagi 'botak'!


He he he he....

Ini cerpen pertama dan terakhir saya...

Jadi.. saya tak berapa kisah kalo sesiapa jadi botak ke...
Lebih2 lagi tuan punya thread ini....

Yang penting.... cerpen ini akan saya teruskan sehingga tamat...

Keluarga, guru2 dan pensyarah2 saya faham bebeno perangai saya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2004 12:16 AM | Show all posts
Semenjak Amir dapat kata nasihat daripada orang tuanya kelakuannya telah bersalin rupa.  Dahulunya asyik menghadap komputer sekarang mahu menolong pekerjaan bapanya di syarikat penerbitan seperti menguruskan penghantaran buku2 baru.

Pada mulanya dia enggan membuat kerja2 yang dianggapnya 憀ow standard
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2004 01:49 AM | Show all posts
no komen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2006 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 29-5-2004 23:16
Semenjak Amir dapat kata nasihat daripada orang tuanya kelakuannya telah bersalin rupa.  Dahulunya asyik menghadap komputer sekarang mahu menolong pekerjaan bapanya di syarikat penerbitan seperti m ...


bila nak sambung niey:stp:....takkan sekerat nih jer:cool:..dah 2006 niey..:bodek:
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2006 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by evita_ina at 25-2-2006 05:14 PM
bila nak sambung niey:stp:....takkan sekerat nih jer:cool:..dah 2006 niey..:bodek:


:kantah tiada mood.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2006 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 25-2-2006 17:59


:kantah tiada mood.....


TUHLA..:kerek:
:dia:lenkali...kasi habis terus matikan citer:kant:
:cool:takperla..da takderk rezeki nak habiskan..:nyorok::bodek:

[ Last edited by evita_ina at 25-2-2006 10:52 PM ]
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055633 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list