CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6851|Reply: 35

[Tempatan] Lambakan graduan farmasi, pergigian berdepan isu penempatan latihan amali

[Copy link]
Post time 18-2-2016 07:28 AM | Show all posts |Read mode
Seperti ratusan graduan kedoktoran, ramai pemegang ijazah farmasi dan pergigian berdepan tempoh menunggu yang panjang untuk mendapatkan penempatan latihan amali di hospital kerajaan, satu prasyarat bagi pendaftaran profesion mereka.

Sesetengah graduan menunggu sehingga 6 bulan dan bimbang akan menganggur walaupun memegang ijazah dalam bidang mereka.

Mereka yang ditemuramah berkata, kelewatan penempatan disebabkan jumlah kekosongan tidak mencukupi untuk menampung jumlah graduan dilahirkan institusi pengajian tinggi setiap tahun –Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) memberi amaran mengenai keadaan itu sejak 4 tahun lalu dengan menggesa bilangan institusi menawarkan kursus bertauliah dihadkan.

Chong Chih Pin, 25, seorang graduan farmasi dari Puchong berkata, beliau menyedari jumlah graduan yang mendadak untuk bersaing dalam pekerjaan sama berbanding 4 tahun lalu, ketika mula memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi.

Selepas mendaftar sebagai ahli farmasi berdaftar sementara pada September tahun lepas dan menunggu beberapa bulan untuk mendapatkan penempatan yang nampaknya tidak membawa sebarang berita, beliau memutuskan lebih baik menyambung pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang farmasi sebelum masuk pasaran kerja.

"Saya berharap kelayakan yang lebih tinggi akan memberikan saya kelebihan lebih kompetitif.

"Ketika saya memulakan pengajian, seolah-olah seperti akan mendapat jaminan pekerjaan tetapi kini keadaannya sudah berubah.

"Apa yang pasti terdapat lebih ramai graduan farmasi dan saya tidak pasti ia mampu memberi prospek pekerjaan mencukupi untuk kami semua," katanya.

Chong yang juga bekas naib presiden Persatuan Pelajar Farmasi Malaysia (MyPSA) berkata, berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Lembaga Farmasi, pengambilan paling awal untuk penempatan graduan farmasi ialah pada Mac.

"Ini melegakan sesetengah daripada kami yang merancang sama ada kami mahu menunggu atau keluar daripada bidang ini, tetapi kami masih belum mendapatkan kepastian apakah punca utama kelewatan begitu lama dan berapa banyak lagi penempatan disediakan untuk graduan," katanya.

Presiden MPS Datuk Nancy Ho berkata dengan peluang pekerjaan terhad kepada graduan farmasi, ia boleh mendatangkan kesan buruk untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang jika bilangan institusi yang menawarkan kursus farmaseutikal bertauliah tidak dihadkan.

Beliau berkata terdapat 20 institusi yang melahirkan kira-kira 1,200 graduan farmasi setahun, peningkatan hampir separuh ganda sejak kebelakangan ini.

"Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi perlu bersama membendung masalah ini dengan tidak meluluskan lebih banyak institusi yang menawarkan kursus farmaseutikal," kata Ho.

Beliau berkata, persatuan farmaseutikal sudah mencadangkan supaya mengehadkan bilangan institusi sejak 4 tahun lalu ketika jumlahnya hanya 16 ketika itu.

"Sekarang sudah 20 institusi, kita sudah mencapai had berdasarkan unjuran tenaga kerja kami," katanya.

Graduan farmasi, Liyana Amira Hasnol, 24, berkata walaupun sudah menunggu lama dan dalam ketidakpastian, beliau masih memilih penempatan di hospital kerajaan kerana melihat ia sebagai satu cara untuk menyumbang kepada perkhidmatan awam.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusannya untuk menunggu itu dilihat membebankan kewangan keluarganya kerana beliau akan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga selepas ibu bapanya bersara tahun ini.

"Semakin lama saya menganggur, semakin sukar bagi saya untuk mengambil alih tanggungjawab dalam keluarga.

"Saya harap akan diberitahu sama ada terdapat penempatan yang mencukupi untuk menampung kami atau tidak.

"Sekurang-kurangnya jika mereka beritahu, kami boleh pertimbangkan sama ada terus menunggu penempatan hospital kerajaan atau menantikan peluang lain," katanya.

Graduan pergigian menghadapi nasib sama, dengan ramai mengadu perlu menunggu berbulan-bulan lamanya untuk ditempatkan di hospital kerajaan.

N Mohana, yang menamatkan pengajian ijazah pergigian pada Oktober tahun lepas, memohon untuk ditempatkan di hospital kerajaan selepas mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia pada November.

"Saya tahu 15 rakan graduan lain menghadapi masalah yang sama.

"Saya fikir memohon di kawasan kurang popular seperti di Sabah, Melaka dan Perak akan meningkatkan peluang saya tetapi saya masih menunggu hampir 4 bulan," katanya.

Graduan berusia 24 tahun dari Kepong itu berkata, beliau ketika ini melakukan kerja pentadbiran dalam bidang pergigian untuk menyara hidupnya.

"Pendapatannya tidak begitu baik dan tidak berkaitan dengan kemahiran saya tetapi sekurang-kurangnya saya dapat berada dekat dengan bidang ini sebelum mendapat pekerjaan sebenar sebagai doktor gigi," katanya.

Walaupun graduan pergigian diiktiraf sebagai pegawai tetap dan tidak perlu menjalani latihan amali, mereka tertakluk di bawah Pindaan Akta Pergigian 1971 supaya menjalani perkhidmatan mandatori selama setahun di Kementerian Kesihatan Malaysia atau dalam institusi yang diluluskan kementerian sebelum dibenarkan menjadi doktor bertauliah sama ada dalam sektor awam atau swasta di Malaysia.

Sebelum Jun tahun lepas, tempoh perkhidmatan wajib untuk doktor gigi ialah 2 tahun. Tempoh dikurangkan terpakai kepada graduan berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia dari 1 Julai, 2015 manakala mereka yang mendaftar sebelum tarikh itu masih tertakluk kepada tempoh latihan selama 2 tahun.

Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Pergigian Malaysia (MDA) Dr Ng Woan Tyng berkata, MDA memandang serius peningkatan bilangan graduan pergigian yang menganggur.

"Kerajaan sudah menetapkan monatarium atas meningkatkan pengambilan baru pelajar pergigian.

"Selaku NGO, MDA bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membantu menyelesaikan isu ini," kata Dr Ng.

Ho, pula menasihatkan graduan farmasi tidak cerewet kerana tidak dapat berkhidmat di hospital kerajaan, dengan berkata terdapat peluang lebih luas untuk diterokai dalam sektor farmaseutikal lain seperti pembuatan, penyelidikan dan pembangunan di hospital swasta, syarikat farmaseutikal dan farmasi komuniti.

Graduan farmasi dikenali sebagai ahli farmasi berdaftar sementara dan sejak 2013, mereka dibenarkan menjalani latihan selama setahun di organisasi swasta yang diiktiraf Lembaga Farmasi Malaysia.

Latihan wajib yang diperkenalkan pada 2004 untuk ahli farmasi ini dipendekkan dari 3 tahun kepada setahun pada September 2011.

Satu senarai organisasi latihan swasta yang diiktiraf boleh diperoleh di laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan bagi perkhidmatan farmaseutikal. – 18 Februari, 2016.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 08:02 AM | Show all posts
sekarang..graduan perubatan, pergigian, pendidikan bukan jaminan kerja..
apatah bidang lain seperti kejuruteraan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:06 AM | Show all posts
Sana lambakan, sini lambakan. Macamana la masa depan anak-anak kita....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:08 AM | Show all posts
dengan keadaan begini..its time for the grads to search overseas utk peluang pekerjaan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:16 AM | Show all posts
ak masih ingt lagi.. dulu2 zmn ak habis spm, sape ambik nurse InsyaAllah dapat kerja..

selain nurse, yg ambik bahagian farmasi pun terjamin. skg bila dh jd lambakan, mcm x tau nk letak mana dh..

zmn ak kecik2 kanak2 ribena lak, zape ambik bahagian akaun atau engineering, kaya wooo~lepas lambakan, suram gila.. ade yg menganggur bertahun2 gtuh n x dpt job pun.

skg ni x tau ape kije yg tjamin lps hbs belajar. entah2 bbrpa tahun akan dtg semua lambakan je..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni dah dijangkakan akan berlaku sejak 5 tahun lepas lgi tpi kerajaan tak ambil tindakan dan masih meluluskan kolej2 swasta dgan alasan nak jadikan malaysia sebagai education hub. Hujung2 graduan semua merempat menganggur dek ketidakcukupan traininh hospital dan klinik. Lepas tu baru menggelupor nak kurangkan compulsory service menyebabkan kualiti doktor2 baru questionable. Akhirnya yg rugi adalah rakyat marhaen jua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian diorg,penat belajar.
Nasib ler dulu tak apply pergigian.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
laki aku.ckp graduan.medic pon ada keje part time jadi tukang masak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
graduan farmasi sesuai banget berkecimpung bidang MLM produk2 kesihatan..mcm queer putih..pamoga etc.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
opis laku aku yg keje bahagian admin graduan dlm bidang nurse.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Uols rs bidang apa yg masih ada peluang pekerjaan utk 10thn akan dtg?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:33 AM | Show all posts
chinta89 replied at 18-2-2016 08:16 AM
ak masih ingt lagi.. dulu2 zmn ak habis spm, sape ambik nurse InsyaAllah dapat kerja..

selain nu ...

apply je sis keje dkt 7e....basic pun skrg da 900
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:43 AM | Show all posts
penjeja_awan replied at 18-2-2016 08:02 AM
sekarang..graduan perubatan, pergigian, pendidikan bukan jaminan kerja..
apatah bidang lain seperti ...

kalau tanya pak jahit tentu dia cabar  graduan yg dah penat lelah belajar ni kerja 3D

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak ambik jurusan2 itu...kawan2 gigeh ambik...skang malas sye nak ambik tahu sangat takut deyols terasa cam perli2 deyols.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
teruk mesia ni sana melambak sini mwlambak... darul pasar lambak xde kawalan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 09:57 AM | Show all posts
antara domino's effects dari kejatuhan ekonomi dunia.. kesian budak2 nie, dah penat belajar, habis duit beriban nak buat praktikal pun xde tempat. cane masa depan anak2 kte nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kawan kak teh dulu amek medik...masuk 2nd sem ramai tukar course farmasi atau biomedik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 posted on 18-2-2016 09:19 AM
Uols rs bidang apa yg masih ada peluang pekerjaan utk 10thn akan dtg?

Account...my future anak i memang akan suruh ambik account dan pengajian Yahudi di UAE....

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:30 AM | Show all posts
kentel replied at 18-2-2016 09:33 AM
apply je sis keje dkt 7e....basic pun skrg da 900

nak ke bebudak skg mtx kije 7e smntara dpt kije lain..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:36 AM | Show all posts
chinta89 replied at 18-2-2016 10:30 AM
nak ke bebudak skg mtx kije 7e smntara dpt kije lain..

kentel habis SPM keje 7e...penat wooo...hari hari keje 18 jam...staff tak cukup..kalau report dkt jab. buruh mau dapat compensation
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062461 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list