CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2369|Reply: 1

Pertahanan Kelantan perlu kerja keras

[Copy link]
Post time 19-2-2016 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Pertahanan Kelantan perlu kerja keras



BARISAN pertahanan Kelantan akan menggalas tanggungjawab berat untuk menentang kemaraan Selangor ke peringkat suku akhir dalam pusingan kedua peringkat Kumpulan C saingan kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok.
Pemain pertahanan Kelantan Nik Shahrul Azim Abdul Halim berkata ini kerana The Red Giants mempunyai dua penyerang import berbisa iaitu Andik Vermansyah dan Gulillerne de Paula yang mempunyai cara permainan tersendiri.

"Kami perlu merantai barisan hadapan Selangor kerana kita tahu penyerang mereka sangat pantas dan mampu membuahkan jaringan ketika berada di hadapan gawang.

"Selain itu, pemain tengah mereka Muhammad Nazmi Faiz Mansor turut mempunyai kreativiti merancang dan melorong bola kepada barisan hadapan pasukan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Justeru, Nik Shahrul Azim menyeru rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan pelawat walaupun Kelantan sebelum ini pernah menewaskan Selangor pada perlawanan pembukaan peringkat Kumpulan C baru-baru ini.
Perlawanan pada malam esok akan menjadi medan penentu kepada setiap pasukan untuk melangkah ke pusingan suku akhir. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:33 AM | Show all posts
Pertahanan korang perlu kerja keras je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.658123 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list