CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4300|Reply: 5

Kudeta yang gagal

[Copy link]
Post time 23-2-2016 03:51 AM | Show all posts |Read mode




Kalau korang nak tau, muvee"Valkyrie" lakonan Tom Cruise juga berdasarkan kisah sebenar mengenai rancangan Black orchestra untuk membunuh Hitler.Sepanjang tahun 1943-44, tidak kurang dari 4 percubaan untuk membunuh Hitler dan Himmler , namun kesemuanya gagal kerana Hitler ketika diambang kekalahannya amat jarang berada dikhalayak ramai dan jarang berada di Berlin. Kebanyakan masanya dihabiskan di Wolfschanze (Sarang Serigala) yang merupakan pusat operasi ketenteraannya. Hitler dikelilingi oleh para pengawal dan hanya berjumpa dengan orang yang dipercayai sahaja, lebih-lebih lagi apabila Himmler dan GESTAPO mendapat maklumat mengenai rancangan menjatuhkan Hitler.Black Orchestra atau dalam bahasa Jerman; Schwarze Kapelle merupakan istilah yang telah diberikan olehGeheime Staatspolizei (GESTAPO =polis rahsia) kepada gerakan anti-Hitler.Pada awalnya mereka merancang untuk menggulingkan Hitler menerusi saluran politik. Tetapi cara tersebut semakin mustahiil untuk dilakukan, terutamanya setelah Hitler menjadi Presiden dan Chancellor Jerman selepas kematian Presiden Paul Von Hindenberg (veteran Perang Dunia Pertama). Dalam tempoh dua tahun corak pemerintahan Hitler berubah dari pilihanraya kepada diktator seumur hidup. Hitler menerusi GESTAPO dan Schutzstaffel (SS = organisasi separa tentera yang berkhidmat untuk Parti Nazi) telah bertindak menghapuskan sebarang gerakan politik yang bertentangan dengan ideology Nazi
Stauffenberg seorang pegawai muda yang buta sebelah mata dan kehilangan sebelah tangannya secara sukarela membawa bom kedalam bilik mesyuarat Hitler. Himmler tidak hadir, tetapi rancangan tersebut terpaksa diteruskan. Bom tersebut akan berjaya membunuh Hitler seandainya mesyuarat tersebut diadakan di bilik bawah tanah. Tetapi pada hari tersebut cuaca agak panas dan mesyuarat terpaksa diadakan di tingkat atas dimana tingkapnya terbuka. Setelah meletakkan beg bimbitnya yang mengandungi bom jangka, Stauffenberg keluar dari bilik mesyuarat dan terus pulang ke Berlin apabila mendengar bunyi letupan bom yang memusnahkan bilik tersebut..Akibat Plot 20 Julai, 4.980 orang Jerman dihukum mati. Sebagian ditembak, termasuk Stauffenberg, dan yang lainnya digantung dengan kawat ..Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain ditembak mati pada malam itu juga . manakala beberapa pegawai seperti Tresckow membunuh diri. Rommel pula dipaksa membunuh diri bagi melindungi nyawa ahli keluarganya. Ramai diantara ahli konspirator telah dibicarakan di mahkhamah dan digantung menggunakan tali piano yang disangkut di penyangkuk daging. Seramai hampir 5000 orang telah diburu, diseksa dan dibunuh. Yang terahir ialah Canaris. Dia diseret keluar dari kem tahanan dalam keadaan bogel sebelum digantung pada 9 April 1945.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Liat nyawa hitler
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
aaa memang best valkyrie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2016 10:02 PM | Show all posts

Adolf Hitler 'had a micro penis as well as just one testicle'
SATU rekod perubatan menunjukkan diktator Jerman Adolf Hitler hanya mempunyai satu testis atau buah zakar, menurut sebuah media Jerman.

Hal ini sekaligus menunjukkan lagu Hitler Has Only Got One Ball gubahan F.J. Ricketts sebagai propaganda tentera Inggeris ada benarnya.

Khabar angin tentang Hitler kehilangan sebelah testisnya sudah lama tersebar, kononnya berlaku ketika Pertempuran Somme dalam Perang Dunia Pertama.

Namun begitu, satu rekod perubatan penjara (yang mengurung Hitler atas dakwaan penderhakaan selepas cuba merampas bandar Berlin pada tahun 1923) menunjukkan dia menghidap right-side cryptorchidism, suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.

Catatan perubatan doktor yang disangka hilang itu muncul semula dalam sesi lelongan pada tahun 2010 sekaligus dirampas oleh pihak berkuasa.

Pakar sejarah Peter Fleischmann yang mengkaji rekod perubatan tersebut mengatakan pegawai perubatan berpengalaman pada ketika itu serta-merta mengenal pasti penyakit tersebut, lapor akhbar Jerman Bild
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 06:44 PM | Show all posts
Interesting...suka tgk filem berkenaan dengan Hitler...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2016 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 tgk valkyrie ingatkan rekaan semata2..xsangka org german sndiri nk bunuh hitler....ingatkan german sokong padu dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062120 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list