Edited by taksukapeanut at 7-3-2016 03:42 PM
Adira Mengandung?
Kecoh baru baru ini bila ada yang mengatakan Adira mengandung.. Semuanya berpunca dari gambar yang Adira post di Instagram beliau dan mendapat komen dari suamu Adira, Datuk Seri Adnan Abu memberikan komen gambar botol susu di post tersebut.
Adira belum lagi mengulas lebih lanjut tentang perkara tersebut.
“Minta maaf…buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami. Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami.”
Malah, Adira memohon kepada peminat supaya mendoakan yang baik-baik saja buat dirinya dan suami. “Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham.”
Mungkin Adira belum bersedia untuk berkongsi khabar gembira tersebut jika ianya benar.. Semoga semuanya berjalan lancar dan perkhabaran tersebut benar. Insyallah
|