CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9812|Reply: 114

[Tempatan] Datuk Vida Mahu Gugurkan Dramane Traore Sebagai Penyerang Kelantan

[Copy link]
Post time 23-2-2016 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Datuk Vida Mahu Gugurkan Dramane Traore Sebagai Penyerang Kelantan
Posted on February 23, 2016 by Editorial|



Kuala Lumpur – Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dikatakan menggesa pengurusan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk mengugurkan Dramane Traore sebagai penyerang ekoran prestasi hambar ketika menentang pasukan Liga FAM, UKM FC malam Sabtu lalu.
Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida turut menghubungi kepimpinan tertinggi KAFA bagi menyuarakan hasratnya itu.

“Beliau telah menghubungi kepimpinan tertinggi KAFA untuk mengugurkan Dramane sebagai penyerang pasukan Kelantan.

Pihak pengurusan (KAFA) ketika ini semakin tertekan dengan tindakan Datuk Vida yang sering mencampuri urusan pentadbiran,” kata sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan itu.

Sumber itu turut menjelaskan sehingga kini pihak KAFA masih lagi belum menerima tajaan yang dijanjikan sebelum ini.

“Walaupun Datuk Vida merupakan penasihat pasukan Kelantan, namun itu tidak bermakna beliau boleh mencampuri semua urusan sehingga menentukan siapa yang harus dipilih sebagai kesebelasan utama.

“Paling mendukacitakan apabila wang tajaan yang beliau janjikan sebelum ini masih belum dimasukkan sehingga menyukarkan pihak KAFA untuk menguruskan pasukan tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai isu tersebut enggan memberikan sebarang komen.

Jutawan kosmetik itu sebelum ini memberi kata dua kepada penyerang import kelahiran Mali itu supaya memperbaiki rentak permainannya jika mahu kekal lebih lama bersama skuad kijang tersebut.

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu turut mendesak agar Ketua Jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),  Kelanta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 11:14 PM | Show all posts
sebab player tu hitam legam dan tak sesuai dengan tagline qu puteh
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:18 PM | Show all posts
hadap sangat kan duit dia..cash la
mana penyokong vida ni bagi komen sikit
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:19 PM | Show all posts
haha. tu je nak tulis.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:20 PM | Show all posts
jap lagi player nombor 24 tu pulak akan digugurkan sebab tak cukup cerah


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:23 PM | Show all posts
mana somi vida ni..awat tak tegur bini buat perangai pelik2 camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin lama makin kesian pulak kat red warrior.tok vida ni macam dah over sangat tau tau la penaja tapi  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2016 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
league baru start, panas pun belum... pesal apa makcik ni meroyan komen mcm dia coach?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2016 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
pompuan beb pompuan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Gedik ah badak sumbu pink ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:06 AM | Show all posts
Tok Vida ni makin lama makin overrated pulak. Kaduk naik junjung memang begitu sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Laa dia ni pengurus ke penaja suka2 hati nak buang orang.ke gaji pengurus pun dia yg byr
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap naik kejap la jatuh..kalau dah ghupa ni punya perangai
Bukan nak doa .tapi realiti dah banyak  terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Hadap sgt duit dia kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Calm your tits tok Vida!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg mocik nih tau pasal bola sepak ? Makin lama makin meluat dgn perangai dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 01:42 AM | Show all posts
Sesuka hati buat peraturan sendiri..Every players ada contract. Do your homework la Vida oii..
Be professional, not emotional.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ini era profesional...kalau tak boleh perform pasti kena sack punya..

kebanyakkam player import ada kontrak 6 bulan .jadi tak rasa dia akan kena buang dlm masa terdekat
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 01:59 AM | Show all posts
Paling mendukacitakan apabila wang tajaan yang beliau janjikan sebelum ini masih belum dimasukkan sehingga menyukarkan pihak KAFA untuk menguruskan pasukan tersebut


laaa... belum bg duit lagi. over nya ko makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
so annoying
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059915 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list