CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anyclassything

Unexpected

  [Copy link]
 Author| Post time 1-3-2016 12:23 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 1-3-2016 11:24 AM

Okay ngantok buat keje, sambung keje sini jap
Lepas tu kitorang pun sampailah..

Aku : Eh, mana rumah S??
Dee : Oh.. Sebenarnya everytime aku ambik S, aku akan tunggu kat sini.

Korang nak tahu tak kat mana?? Kat masjid/surau!! Dee masuk parking masjid tu!! Aku time ni speechless untuk beribu kali. Kat hujung pagar masjid tu ada pagar kecik, yg membolehkan org2 dari kawasan perumahan ke masjid guna pagar yang khas untuk pejalan kaki tu..

Dee : S cakap area perumahan ni guard kawal ketat sikit... Leceh dia tak bagi masuk kalau takde card.. So S selalu suruh aku tunggu dia kat sini je. Sebab dia cakap rumah dia row betul2 belakang masjid tu.. Yang wane kuning. Dia cakap “Yg kuning tu lah rumah saya”.

Speechless. Speechless. Aku duk terpikir betapa bodonye sepupu aku and liciknya jantan ni. Tak jantan ni tak licik, sepupu aku yg teramat bodoh tahap dewa. Then kitorang park kete, and jalan kaki masuk ke kawasan perumahan guna pintu kecik tu yg khas utk laluan pejalan kaki tu. Okay, belakang masjid tu.. Ada sebaris kawasan perumahan. So adalah 3 bijik rumah yang telah diubahsuai dicat kuning. Mula-mula kitorang pegi rumah yg S tunjuk bahawa tu rumah dia.

Lepas bagi salam keluar la penghuni rumah tu.. Acik2 dah.
Aku : Assalamualaikum. Maaf ganggu makcik. Tumpang tanya ni rumah Shitty bin Pot(nama rekaan) ke?
Makcik Rumah Kuning 1 : Wassalam.. Bukan.. Adik silap rumah ni.

Ok sorry makcik... Maknanya S memang dah tipu pasal rumah ni. Tapi takpe ada dua bijik lagi rumah kuning kan? Rumah Kuning 2 takde orang kat rumah tapi Dee cakap obviously bukan rumah S sebab Dee tahu kereta2 yg digunakan oleh family S. Rumah ke 3 pun sama, tu adalah rumah orang lain dan bukannya rumah S. Time ni Dee dah menggelabah, mulut dia tak habis2 duk sebut sampai hati dia tipu aku Axx, sampai hati dia sambil kitorang jalan seiringan bawah panas terik matahari di kawasan taman perumahan..

Kitorang jalan kaki ok tengah panas cang cang nih x berpayung tak berlapis apa duk round area kawasan perumahan tu! Lepas tu aku dah tak larat, aku ajak Dee pegi balik kat kete and pusing area perumahan guna kete lak, tak kuasa aku duk berpeluh berpanas bwh terik matahari gara2 jantan S ni!! Ishhh!

Then kali kedua round satu taman guna kereta. Kitorang main redah je tanya sape2 yang ada kat luar rumah masa tu. Tanya akak sorang ni, time ni Dee dah tak diam. Dia pulak yang semangat gi tanya orang, siap cite lg S ni sakit cancer otak dia tak dapat contact bla bla bla mintak tolong la tu konon nak jejak pesakit cancer tu. Cite lah apa pun, takde sape residents sana tahu kat mana rumah Encik Pot a.k.a bapak S!





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2016 12:25 PM | Show all posts
plasterhati replied at 1-3-2016 11:22 AM
panjangnya dek..nnt akak sambung baca time akak x bz ek..

Panjang lah ceritanya.. Wajib faham and imagine setiap plot ok akak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 12:31 PM | Show all posts
biskutraya replied at 1-3-2016 09:57 AM
best..stress.. sakit ati btul bace cite ni.. tnggu tt update lg



Stress sbb panjang ke sbb baca psl cousin aku yg dungu?
Ok update dah ni, tak sempat nak type panjang2 lagi kekdahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 12:32 PM | Show all posts

Dah sambung.. Tapi tak habis lagi baca yg mana sempat dulu ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 12:33 PM | Show all posts
ciklaser replied at 1-3-2016 09:05 AM
We want more! We want more!

Amboi kau aku kena kejar siapkan keje bg bos ptg ni tahu

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 12:36 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-3-2016 12:31 PM
Stress sbb panjang ke sbb baca psl cousin aku yg dungu?
Ok update dah ni, tak sempat na ...

dh bace smbungan.. tq. stress bce psl kazen ko la.. haha.. sbb aku pn pnh terkena dungu mcm kazen ko ni jgk. org n penyakit je lain..hahahahaah bile bce cite ni tergelak aku mengenangkn zmn dungu aku dlu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-3-2016 12:41 PM | Show all posts
biskutraya replied at 1-3-2016 11:36 AM
dh bace smbungan.. tq. stress bce psl kazen ko la.. haha.. sbb aku pn pnh terkena dungu mcm kazen  ...

Dungu mcm mana??
Share lah nanti aku rate tahap dungu tu  hahaha gurau2
aku bet xleh lawan cousin aku lah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 12:43 PM | Show all posts

Dah sambung sikit, xsempat nak update penuh lg sebabnya iols asyik smpai umah lewat mlm then kat office takleh nak focus nak bercerita sgt sambung mana sempat dulu klau sempat aku nak habiskan before khamis sbb lps tu iols unavailable seminggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2016 12:48 PM | Show all posts
Edited by anyclassything at 1-3-2016 11:51 AM

Last-last kitorang gi sembang dengan kat Pak Guard kat depan. Ni sebab dah betul2 buntu dah ni! Guards mesti tau kan penduduk kat area taman tu. Dee pulak lagi sekali pegi bagitau situasi S yang nak mati tu dari A sampai Z, tapi nasib baik la guard kat situ baik. Rasa ada 3 orang guards. Dua india, satu indon/malay. Guards ni siap bukak fail okay, nak cari orang nama Encik Pot, yang guna kereta Perdana Putih! Bukak fail then dapat kesan lagi ada 2 bijik rumah yang guna kereta Perdana Putih.. (Kitorang guna nama bapak S untuk refer fail penduduk sana tu kononnya mungkin senang jumpa )

Sorang nama Encik Pot, sorang lagi nama lain. Then Ada 2 biji rumah lagi yang pemiliknya bernama Pot tapi kereta bukanlah Kereta Perdana Putih.. Penat woi
Time ni dah tak kisah dah, suruh je guards g tunjuk pakai motor. Pastu kitorang follow dari belakang pegi kat rumah-rumah tersebut.

Memang semua rumah tu bukan rumah si S la gamaknya.. Dasar jejans tak guna! Paling kelakar ada salah sebuah rumah tu aku gi ketuk.. Pi bagi salam, keluarlah makcik terhendap di sebalik langsir.

Aku : Salam kak maaf ganggu, ni rumah Encik Pot ke?
Kak Terhendap2 Di balik Langsir : Ye.. Tapi dia takde kat umah.. (Muka dia time ni gabra gila. Mana taknya ada awek dua org duk cari laki dia. Muka memang gabra yang terkejut gila Muahahahahaha )
Aku : Akak ada anak nama S ke?? (Aku panggil akak sebab dia xdelah tuo sgt.. Maybe around 40+ kot umo dia)
Kak Terhendap2 Di balik Langsir : Oh.. Takde.. Kenapa dik?? (Muka maintain gabra)
Aku : Maaf kak, salah rumah. Nak cari orang silap orang plak.

Lepas tu baru akak tu tersenyum lega.. Hahaha lega la tu bukan skandal laki dia hihi

Kesimpulannya satu taman tercari-cari tak ku temui rumah Shitty Bin Pot ni. Guards pun mintak maaf sebab tak dapat tolong kitorang.. Okayla takpe. Lepas tu kitorang lepak dalam kete nak menikmati aircond kete. Sambil pikir. Time ni aku rasa dah dkt2 pukul 4 kot..


Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghhh, dasat btl penangan shitty tu kat dee. Rasa cam nak sepuk2 je kepala si dee tu, blaja pandai tp senang2 jek kena tipu
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 01:22 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-3-2016 12:32 PM
Dah sambung.. Tapi tak habis lagi baca yg mana sempat dulu ye

Thanks TT   
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 01:55 PM | Show all posts
Haaa... akhirnya dah mula terbongkar.
Aku tak tau le camana ko leh sabar ngan cousin ko Axx. Kalau aku kena bawah matahari terik nak carik jantan xguna yg tegak2 menipu pastu dia bengap xnampak, memang kat situ gak aku lahar dia.

Walaupun yes yg jahanam dalam cerita ni adalah si Shitty tu, tapi bagi aku lagi marah kat cousin ko. Apeke dungu sgt dia ni haiihh
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:16 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-3-2016 12:41 PM
Dungu mcm mana??
Share lah nanti aku rate tahap dungu tu  hahaha gurau2
aku bet xleh lawan cou ...

hahaha... cite lbih kurang gak tp tula x thp kronik mcm kazen ko lg la (jgn mrh ye tt).. knl jantan sengal ni pstu wat cite ade skit jantung.. hahaha.. nk kne operate msuk icu bgai.. nsb bek x dungu sgt blh pk dlm icu takkan la blh men hp kot? hahaha.. mmg best la.. siap hantar sms die ckp ni kakak die.. jantan tu tgh berehat lg la ape la.. aku siap col lg time tu.. siap dgr die wat suara mcm pnt.. batuk2.. uhuk2.. cume nsb baik cket xde mtk duit kt aku. topup ade kot kalau x silap..haha.. klu mtk pn mmg aku x bg sbb time tu mmg blaja lg..hahaha. last2 aku trus x lyn stop sms col sume..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 02:19 PM | Show all posts
Aku pun duk termenung, tengok area tu.. Banyak perumahan. Sebelah menyebelah banyak lagi taman2 lain, nak cari satu2 memang mampus aku rasa. Dee dah duk ajak balik tapi aku taknak. Tak puas hati sbb mcm sia2 je usaha kitorg. Ntah kenapa tiba-tiba aku teringat yg hari kejadian, Dee hantar S kat rumah kawan dia kan? Aku pun apa lagi...

Aku : Dee!! Kat mana kau hantar si S hari tu?? Before operate tu! Pegi sana skrg!!
Dee : Tak silap area-area ni jugak.. Jap try pusing..

Makanya kami berpusing2 area tu, nasib baik Dee ingat jugak jalan. Sebenarnya kawasan yang dekat-dekat je pon. Area perumahan and masjid tu jugak, Cuma jalan dia pusing-pusing banyak (or kitorang yang dungu sebab tak biasa area tu..) On the way nak ke rumah kwn S tu, Si Dee ada tunjuk salah satu rumah warna hijau lumut.

Dee : Rumah hijau tu, S kata rumah ex tunang adik dia. Sekarang da putus dah la..”
Aku : Hmm..

Tak sampai 5 minit dah sampai rumah kawan S (Di mana Dee hantar S yang hari S operate konon2 tu.) Dee tunjuk rumah kawan S yang corner lot.. Ni pun aku yang turun ketuk. Dee tunggu dalam kete. Bagi salam, then kuar la budak dalam umo 14 or 15 tahun camtu. Budak lelaki..

Aku : Adik, ada kenal orang nama S tak??
Budak Lelaki : Oh.. Kejap.. Abang! (someone)

Abang dia kuar.

Aku : Sorry bang, tumpang tanya ada kenal orang nama S tak? Sebab hari tu kitorang ada hantar dia kat sini.. Nak tahu rumah kwn dia mana satu..”
Abang Budak Lelaki :  Sorry dik, S? Tak kenal la.. Sebenarnya kitorang baru je pindah sini.. Tak sampai sebulan lagi.

Teruk betul penipuan mamat ni every single thing dia tipu rupanya!! Kat mana aku nak cari jantan cilake nii!!! Masuk kete aku suruh lagi Dee pegi kat rumah hijau yang S kata tu rumah bekas tunang adik dia ke haram jadah apa ntah. Kali ni aku dah berapi2, meluap2 rasa, makin aku rasa nak mengganas cari si S ni! Menipu habis!! Tapi aku pikir2 balik mesti rumah dia yang real area ni jugak tak bodoh sgt si S ni nak menipu jauh2!

Singgah rumah hijau lak. Aku dah tengok rumah hijau dipenuhi dengan basikal budak and kasut budak-budak sekolah... Aku buat bodo, bagi salam and tanya lagi. Kuar la seorang lelaki.

Syxx = Adik S
Aku : Encik, ni rumah bekas tunang Syxx ke?? Ada anak ke adik perempuan yg pernah bertunang dengan jantan nama Syxx ke??
Encik Rumah Hijau : Eh.. Anak2 saya sekolah lagi dik....
Maka, habislah rumah-rumah yang disyaki semua dah digeledah namun suspek masih belum ditemui..  

Detektif Axx belum putus asa ok. Time ni baru pukul 5 lebih. Detektif masih bersemangat nak mencari cuma dah tak tahu nak cari kat mana. Aku pandang Dee, Dee dah lemau dah aku tengok. Dia memang dah putus harapan dah nak mencari.. Dee cakap nak gi singgah solat kat surau tadi jap. Pegila balik kat surau tu.. Dee solat, aku uzur time ni. Aku tunggu kat beranda surau je sambil baca nota Finance. (Aku heret note kecik aku ok sebab rasa macam membazirnya hari ni!)

Kitorang rehat2 kat surau tu, beli air sejuk kat mesin gedegang tu.. Basuh muka semua. Rehat kaki sejukkan badan. Then pukul 6 tu Dee pun ajak balik. Ok, nak cite keadaan surau ni. Nama aku lupa. Surau ni macam area padang. Belakang surau ada taman perumahan, depan surau ada highway. Highway tu mcm tinggi and ada terowong kecik nak ke arah sebelah sana. Ada la jalan bertar dari surau ke arah terowong tu.. Masa Dee reverse nak pusing tu, ntah kenapa hati aku tertarik2 supaya Dee drive ke arah terowong pendek bawah jalan highway tu..

Aku : Dee, cuba pusing balik. Ikut jalan bawah highway tu.. Last round before balik.

Dee tak banyak cakap time ni, dia ikut je segala benda yang aku cakap. So kitorang pun lalu lah ke sana.. Ikut je jalan bertar tu.. Masuk terowong tu.. And then, kat sebelah sana kitorang nampak area flat lama. Aku and Dee masa tu pandang je sekeliling, kitorang pusing satu blok ke satu blok.. Then aku ternampak ada satu blok ni huruf dia belum pudar, Blok A/O/E lupa plak aku.

Dee : “Aku rasa aku tau tempat ni.. Ni rumah lama S” (Aku tak tahu sama ada Dee betul2 lupa atau dia buat2 lupa)

Then Dee pun pusing Blok yg aku tunjuk tadi.. Pusing gi rumah paling hujung. Then aku nampak ada 2,3 biji kereta bersepah depan rumah. Kereta Perdana Putih, Kereta MyVi Merah and kete apa ntah satu lagi..

Dee: Ni lah rumah S.. Tapi dia cakap dia dah pindah kat area surau tu.. Aku pernah datang sini dulu, sebelum S menghilang tu. Tapi time tu malam and S yang bawak kete. Sebab tu aku tak cam tadi jalan. Bila dah masuk baru cam.. Tu kereta S ada. Weh kita dah jumpa ni Axx. Camne ni Axx. Kali ni mmg confirm rumah dia aku pernah naik semua kete tu!

Dee : Oh.. Patutla.. Setiap kali aku nak ambik dia, dia pesan bila sampai tol gtau.. Supaya senang dia nak turun rumah siap2 nak jalan gi kat surau tempat aku ambik dia selalu tu..

Dee dah shaking balik sebab kali ni dah jumpa rumah S betul2. Kitorang pun turun. Pegi depan rumah tu. (rumah S flat tapi tingkat paling bawah yg sama level tanah) Kat luar tu ada jemuran kain.. Then tetibe je Dee cakap

Dee : Confirm rumah dia! Aku cam boxer pink tu S punya!!
Aku : ......................
Dee : Aku pernah tengok masa kitorang skype.  


Ok back to work.. Byee


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 02:25 PM | Show all posts
biskutraya replied at 1-3-2016 01:16 PM
hahaha... cite lbih kurang gak tp tula x thp kronik mcm kazen ko lg la (jgn mrh ye tt).. knl janta ...

Itu biasa!!
Aku pon pernah dulu kenal someone kat internet je la, xpernah jumpa sekali pura2 mati lagi bangang!!
Sedih aku, sekali aku cuba guna no org lain hidup je bodo gila aku percaya.
Xpelah aku form3 masa tu ahahaha ahahaha dungu jugak la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2016 02:27 PM | Show all posts
Missy_la replied at 1-3-2016 12:55 PM
Haaa... akhirnya dah mula terbongkar.
Aku tak tau le camana ko leh sabar ngan cousin ko Axx. Kalau  ...

Aku dah update lagi nasib baik aku jenis bwk lunch dari rumah, makanya sambil makan aku update citer ni..
Banyak lg kejadian yg menguji kesabaran harap maklum.
Btw panjang plak cite ni rupanya aku pun dah boring ha hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 02:31 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-3-2016 02:25 PM
Itu biasa!!
Aku pon pernah dulu kenal someone kat internet je la, xpernah jumpa sekali pura2 mat ...

hahaha..same la!!! knl kt internet jgk.. smpat jmpe skali je.. lawak2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:43 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-3-2016 02:27 PM
Aku dah update lagi nasib baik aku jenis bwk lunch dari rumah, makanya sambil makan aku update cit ...

Ko dah boring. Aku belum Aku tgh tunggu sampai part ko luku kepala Dee hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:52 PM | Show all posts
Adoiii......

Keras perut aku gelak tt oiii....
Dee kenal boxer pink S.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 02:53 PM | Show all posts
tt...update pjg-pjg le sikit...

tak sabar nak tau ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.087362 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list