CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3149|Reply: 3

Water Zorbing! 'Ohsem' Berjalan Atas Air Di Tasik Titiwangsa

[Copy link]
Post time 26-2-2016 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nak ke mana hujung minggu ini? Teringin tak, nak berjalan atas air? Sesiapa yang ingin mencuba untuk berjalan atas air, bergolek atas air, berguling dan sebagainya tanpa basah di atas air bolehlah cuba main water zorbing.

Mainan bola air atau juga dikenali water zorbing ini menjadi tarikan pengunjung hujung minggu di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Harga yang dikenakan untuk 20 minit hanya RM15. Nak main seorang boleh, dua orang pun dibenarkan. Tapi saiz untuk dua orang, mestilah tubuh bersaiz kecil ya.

Terfikir juga kan bagaimana boleh masuk dalam bola itu? Mula-mula, petugas akan mengepam angin. Kemudian, petugas akan suruh masuk ke dalam bola tersebut sehinggalah gas atau angin dipam penuh.

Setelah anda bersedia sepenuhnya, water zorbing ini akan dicampak, bukanlah dicampak jauh-jauh tetapi hanya digolekkan ke dalam air.

Seterusnya apa lagi, terumbang-ambinglah anda dalam bola air tersebut. Berguling-gulinglah kalau tak pandai nak kawal bola air ini. Setelah tamat 20 minit, petugas akan menarik anda semula ke atas darat.

Seronok kan? Bawalah keluarga ke sana, selain memenuhi hari minggu dengan aktivit berfaedah, ia juga dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga. - CARI Infonet


























Kredit Foto : Rizal Hakimm FB dan google



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2016 12:18 AM | Show all posts
macam mana eh bernafas dalam tu? ada lobang udara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2016 01:26 AM | Show all posts
Kat KL semua pun jd komersial.. bbbwwahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:08 AM | Show all posts
BebeQ: macam mana eh bernafas dalam tu? ada lobang udara ke?


i don't think ade lubang...
kalau cuaca sejuk..snowing...syok la kot..
ni dgn el-nino....kalau nak try gi la pagi2....ke ptg2.....

ade sape2 dh try ke?..sila syer...pengalaman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.054214 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list