Enki Bracaj, wanita 21 tahun dari Albania baru saja mendapat peluang percubaan untuk bergelar sebagai pembaca berita di Zjarr News Channel. Untuk mencapai cita-citanya, dia telah melakukan suatu "kerja gila" dan terbukti berhasil.
Dipetik dari Dailymail, Enki telah menayang payudaranya dengan sengaja membuka butang baju ketika membuat screen test. Cara unik itu rupanya mendapat perhatian dan disambut baik oleh pemilik stesen TV tempatnya bekerja. Enki Bracaj terus diterima sebagai pembaca berita.
"Rating penonton juga mula naik mendadak sejak penampilan Bracaj" kata pemilik saluran TV itu.
Sementara itu Bracaj mengakui dia cuma ingin lebih menonjol di antara para pesaingnya. “Bukan satu perkara mudah untuk terjun di dunia televisyen. Atas dasar itu, saya pun memutuskan untuk menawarkan sesuatu yang berbeza,” katanya.
Bracaj juga sudah meminta izin terlebih dahulu pada kedua ibubapanya.
“Mereka tak ada masalah tentang cara dan penampilan saya ketika membaca berita. Dan ya, mereka telah pun memberi ‘lampu hijau’ atas pilihan tersebut,” ujar pelajar lulusan Perhubungan Awam tersebut.
Ketika screen test, Bracaj disuruh membaca berita tentang Perdana Menteri Aleksandar Vucic. Semenjak itu dia semakin dikenali oleh warga Albania. - CARI Infonet.