View: 2453|Reply: 4
|
Kurang Macho Ke Jadi 'Momma Boy' ?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: google image
"Momma's Boy" bukanlah gelaran yang menarik untuk didengar buat lelaki dewasa kerana kebanyakan gelaran ini merujuk kepada anak lelaki yang tidak pandai berdikari, mengada-ngada, terlebih manja dan ada juga yang mengatakan gelaran ini sesuai kepada anak lelaki yang kurang jantan. Betul ke?
Lelaki anak emak dikatakan lebih mementingkan pandangan emaknya berbanding pandangan orang lain baik teman baik, kekasih atau isteri sendiri. Malah, golongan lelaki anak emak ini juga sering dianggap anak lelaki yang sukar mencari jodoh kerana tidak percaya kepada sesiapa melainkan ibu sendiri.
Setiap apa yang dilakukan perlu dirujuk kepada emak baik dari segi pandangan memilih bakal isteri, memilih barang-barang, mencari destinasi percutian, memilih makanan sehinggalah bab meminta pandangan emak sama ada boleh mengikut rakan keluar menonton wayang, bersukan dan sebagainya.
sumber foto : google image
Kesimpulannya, sama ada anda anak emak atau bukan, anda perlu mempunyai sikap-sikap bertanggungjawab terhadap orang-orang di sekeliling.
Sebagai lelaki anak emak, tidak semestinya anda tidak berhak, tidak bijak membuat keputusan dan hanya bergantung kepada emak.
Kelebihan anda menjadi anak emak adalah anda lebih menghormati kaum wanita. Jika anda pandai memujuk dan mengambil hati seorang emak, anda pasti handal mengambil hati pasangan anda. Bukankah itu ciri-ciri lelaki macho?- CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
aku anak mak
mak, aku tak boleh cari
benda lain , kadang kadang tak cari, kadang kadang kena tepis |
|
|
|
|
|
|
|
berapa banyak aaa benang nak bukak?
ibu adalah priority.
redha/doa ibu sngt penting.
ibu sentiasa mahukan yg terbaik utk kita.
jgn melawan ibu.
stakat pompuan lain, ada berjuta2 seluruh dunia, pelbagai warna dan bentuk. sekiranya ada pompuan yg mengkritik/tidak suka ibu kita, rejek awal2. cari pompuan yg boleh membahagiakan ibu - insyaallah kita akan bahagia dgn pompuan tersebut.
sekiranya kita ada masaalah, x kira aa besar mana. ibu akan tetap backing kita - bkn kengkawan, bini, awek, bos, cikgu skolah, ketua jabatan, kekayaan harta benda etc. utamakan ibu kita.
sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahahah..member ofis aku..ade yg anak emak...anak emak yg menyusahkan...kawen cerai dah 3 kali..tapi perangai macam budak2...untung dapat mak yg bkerja...dapat gak minta duit blanja...tapi xmalu ke...dah besa...tapi mintak duit emak....dah la berlagak di opis..konon nye tadi loaded..duit bkepok2..tapi hakikatnya..bila xde duit..merempat pinjam kat orang.....huhuhuhuhu...belum keluar lagi sijil cerai tapi dah usung girlfriend sana sini.....ntah ngaku ke tidak jadi duda 3 kali depan pompuan tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
opkos ler mak tu penting...
tapi bini kan yg lahirkan anak2 uols...
yg uols sakit tua nanti bini tu jugak yg nak basuh berak...
samala laki pun, penting bagi bini...
jangan simply cakap pompuan tu bersepah untuk buat bini...
kuang ajo sangat stetmen gitu...kang membujang sampai tua baru padan muka... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|