Edited by CARI-LTS at 5-3-2016 12:00 AM
Artikel: Izzah Abbasy l Video: Izzah Abbasy, FirdausZ l Suntingan Visual: FirdausZ
Maskulin adalah merujuk kepada sifat-sifat kelakian seperti cara mereka berfikir, berpakaian, bertindak dan cara pergaulan dengan orang sekelilingnya. Lelaki maskulin juga dikategorikan sebagai lelaki yang bijak mengekspresikan diri mereka dengan ciri-ciri lelaki sejati dan sentiasa menunjukkan dirinya yang 'macho'.
Lelaki maskulin memiliki wajah fotogenik jika bergambar dan terlibat dalam sesi fotografi. Sekaligus, hasil yang diberi pasti memukau pandangan sesiapa saja.
Tetapi, adakah lelaki maskulin sering menjadi pilihan untuk dijadikan pasangan hidup? Ada yang senang dan selesa dengan lelaki maskulin namun tidak kurang menjauhinya kerana mereka dikatakan agak cerewet dan memilih orangnya.
Tak kurang juga ada yang menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan wanita dan cenderung kepada kaum sejenis. Betul ke? - CARI Infonet |