CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

~ KaSiH kItA ~ TAMAT

[Copy link]
Post time 4-3-2016 11:46 AM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:41 PM
Layla melabuhkan punggungnya di kerusi rehat di taman depan rumahnya. Beberapa minit kemudian, Nazim ...

nice... sambung lg TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2016 11:49 AM | Show all posts
Pukul 9.00 malam..

Selepas selesai makan malam, Raisya membawa pinggan yang dia gunakan itu ke sinki.

“Adam, bagi pinggan dekat Along. Along basuhkan.”

“Adam boleh basuh sendiri la, Along.”

“Tak pe. Malam ni Adam tak yah basuh. Adam pegi gosok gigi, masuk bilik kemas-kemas buku. Pastu tidur. Ok?”

“Ok.”

“Kiss Along sikit.”

Raisya bongkoknya tubuhnya lalu Adam cium pipi kanannya.

“Ok. Goodnite, sayang.”

“Goodnite!”

Adam berlari anak masuk ke dalam bilik. Layla yang masih di meja makan memandang tajam ke arah kakaknya.

“Esok kau pun sekolah kan? Pegi tidur.” Arah Raisya sambil membasuh pinggan.

“Bukan main lagi ko erk. Lelaki mana hantar kau balik tadi?”

Raisya diam kerana malas nak layan. Ini membuatkan Layla bertambah geram.

“Mak cik Leha ngadu ape kat ko petang tadi?”

“Pasal jantan kuar masuk rumah kita la. Apa lagi?”selamba jawab Raisya namun di hati geram giler!

“Sebok sangat kan mak cik tua tu.”

“Jaga mulut kau tu sikit, Layla!” Raisya tunjuk penumbuknya yang berlumuran sabun itu pada Layla.

“Lantak la nak bawa masuk lelaki ke.. nak ape ke..”

“Kan? Kau nak jadi hantu ke.. nak jadi anak tak kenang budi ke tu lantak kau lah! Tapi pikir sama maruah mak dengan ayah. Jangan pentingkan diri sangat.”

“Eleh.. mentang-mentanglah kau anak kesayangan ayah.”

“Tak ada bezanya pun.”

“Yeke? Kalau tak ada beza, kenapa ayah jarang sembang dengan aku? Benci betul ayah dengan aku.”

“Perasaan kau aje tu.”

“Kau tak payah nak sebelahkan ayah la. Aku ni sebenarnya anak dari mak lain kan?”

“Apa kau merepek ni?”

“Along… tolong balutkan buku Adam ni boleh?” tanya Adam yang tiba-tiba muncul.

Raisya dan Layla saling berpandangan satu sama lain.

“Jap.” Raisya basuh tangan lalu membawa Adam masuk ke dalam bilik meninggalkan Layla bersendirian.



*************************


Harraz hisap rokok di halaman rumah sambil memandang bintang di langit. Berselang seli wajah Marissa dan Raisya di kotak fikirannya.

“Oii!!”

Sergah Haikal lalu duduk di sebelah Harraz.

“Teringat awek tadi la tu. Ko jangan, Harraz. Ko dah nak kahwin kan? Jangan buat pasaiii..”

Harraz terus baling rokoknya ke tanah lalu dipijak.

“Aku tak jadi kahwin.”

“Hah? Sebab girl tadi tu ke?”

“Merepek apa hang ni? Tak da kena mengena pun dengan gadis comei lotei tu.”

“Habis tu?”

“Marissa buat pasai. Mujoq tak nikah lagi ngan dia.”

“Sedih la ni?”

“Mau tak sedih. Gila frust aku!”

“Sabar la, sahabat. Nak buat macam mana. Dah tak da jodoh kan?. Bukan boleh paksa pun."

“Harap aku boleh lupa dia secepat mungkin.”

“Hang boleh punya.”

Haikal menepuk manja bahu Harraz.

“Pompuan tadi maneh kan?”

“Hamboi hang, Harraz. Dan-dan aihhhh”

Mereka berdua lawan ketawa memecah kesunyian pada malam itu. Harraz tersenyum sendiri. namun di dalam hati susah dia nak lupakan apa yang Marissa telah buat padanya.



*************************


Jam 11.30 malam.

Raisya baringkan tubuhnya di katil lalu memandang kipas yang ligat berpusing di siling. Kemudian dia tersenyum sendirian apabila wajah Harraz muncul di fikirannya.

Brip! Brip! Raisya terkejut handphonenya berdering pada saat itu.

“Siapa call malam-malam ni?”

Raisya mengambil handphonenya di meja sisi.

“Encik Mukriz?”

Raisya menjawab panggilan itu.

“Hello, encik..”

“Assalammualaikum, Raisya.”

“Waalaikummussalam.” Raisya malu sendiri kerana tak mulakan dengan salam. Selalu macam tu!

“Sorry Raisya ganggu malam-malam ni.”

“Eh, tak pe. Kenapa, encik? Ada apa-apa perlu Sya bantu?”

“Memang ada pun.”

Raisya suspen.

“Esok pagi belikan Ia nasi lemak erk.”

“Ceh. Aku ingat apa la tadi. Sabar je lah bos aku ni.” Bisik hati Raisya.

“Sya, tidur dah ke?”Mukriz syak Raisya tidur sebab Raisya terdiam.

“Haha.. ya, ya. Ada ni haa..”

“Main-main erk.”

“Tak de lah.” Raisya cuba menahan dari ketawa.

“ Boleh ke tak ni belikan nasi lemak untuk I esok?”

“Takkan saya nak cakap tak boleh plak. Kang tak pasal kena potong gaji.”

“Kan? Bila dah potong gaji, kenalah kahwin.”

“Kahwin? Tak faham.”

“Yelah. Bila dah kahwin, suami yang akan tanggung si isteri.”

Raisya mula syak sesuatu dengan bosnya sendiri.

“Diam plak dia. Tidur la tu.”

“Hahaha.. tak la. Tengah terbayang.”

“Terbayang I erk?”

Raisya hanya tersenyum. Cakap lelebih kang, bos sendiri.

“Oklah, Raisya. Melalut plak I ni. Sebelum terlajak melalut lagi, I nak ucap goodnight.”

“Ok.”

“Bye.”

“Bye.”

Raisya mematikan talian. Dia tersenyum sendiri lalu terus mengambil bantal dan menerkup mukanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 11:51 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-3-2016 11:43 AM
remaja zaman sekarang suka ikut kepala masing2... tak pandai nak beza baik atau buruk perbuatan de ...

sedih kan.. hari2 ada ja berita yang kurg menyenangkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:52 AM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:49 PM
Pukul 9.00 malam..

Selepas selesai makan malam, Raisya membawa pinggan yang dia gunakan itu ke si ...

En Mukhriz umur berapa ek? Mcm muda lg je siap nak tackle Rasya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 11:53 AM | Show all posts

lapaq.. insyaallah ptg ni kita smbung lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:53 AM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:51 PM
sedih kan.. hari2 ada ja berita yang kurg menyenangkan

entahlah TT... nak ckp lebih pun tak kena tak ckp pun tak kena... dunia akhir zaman...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-3-2016 11:54 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-3-2016 11:52 AM
En Mukhriz umur berapa ek? Mcm muda lg je siap nak tackle Rasya...

br nak masuk 40thn. umoq tua jiwa muda tak gitu haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 11:54 AM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:53 PM
lapaq.. insyaallah ptg ni kita smbung lg

alahai kesiannya... pilah makan dulu... nanti free boleh sambung lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2016 11:55 AM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:54 PM
br nak masuk 40thn. umoq tua jiwa muda tak gitu haha

life begin at 40.... of coz ler muda lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 11:56 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-3-2016 11:55 AM
life begin at 40.... of coz ler muda lg

itulah hahaha cheq p mkn dulu naa
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 12:04 PM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 03:56 PM
itulah hahaha cheq p mkn dulu naa

dengan segala hormatnya dipersilakan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 12:36 PM | Show all posts
t,dah bca.best yg marrisa tu,kerna topup sanggup bagi badan.Adik raisya lak,ikut perasaan..Bodoh act cemburu adik beradik ni.serious. adik beradiklah ada time kita tak tentu hala.kawan..haihh..sbb tu doksoh pedulik kta2 org.Thnxlah tulis,momeyla org yg sy hrp blh tulis cerita yg sedikit lain selain beberapa writer kt bod ni.

akhir zmn,cm2 blh berlku.dan tok mustahil,mujizat pun wujud.


era pre-kiamat.harap dpt capai wish list sebelum itu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2016 01:17 PM | Show all posts
momey replied at 4-3-2016 11:25 AM
anak no 2 kan keraih kepala skit

jgnlah ckp camtu
akak pun anak no 2 gak tp akak xdelah cam si layla tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 02:04 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 4-3-2016 12:04 PM
dengan segala hormatnya dipersilakan...

alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 02:04 PM | Show all posts
Esmiria replied at 4-3-2016 12:36 PM
t,dah bca.best yg marrisa tu,kerna topup sanggup bagi badan.Adik raisya lak,ikut perasaan..Bodoh act ...

zaman anak2 nnti mcm mana la agknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 02:08 PM | Show all posts
fatehana replied at 4-3-2016 01:17 PM
jgnlah ckp camtu
akak pun anak no 2 gak tp akak xdelah cam si layla tu

haha sori2.. momey lupa nk abiskan ayat td
spatutnya momey nak tulis anak no2 memang keraih pala tapiiiiii bukan semua
ampunkan kamiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-3-2016 02:42 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Raisya bekalkan roti telur untuk adik-adiknya.

“Adam.. Adam ok tak?”

“Ok.”

Setelah memakaikan bedak ke muka Adam, Raisya betulkan kolar baju adik bongsunya itu.

“Along risau Adam demam je.”

“Adam kan kuat! Along jangan risau ok?” Adam terus mencium pipi Raisya.

Raisya terharu. Layla yang baru keluar dari biliknya terus ke meja makan.

“Bekal merah tu untuk kau.” Kata Raisya sambil ikat tali kasut Adam.

“Roti telur je?”

“Belajar bersyukur.”

Layla langsung tak sentuh bekal tersebut. Raisya menggelengkan kepalanya.

“Ayah dah boleh balik pagi ni.”

“What ever!”

Layla memakai kasut sekolah lalu terus keluar dari rumah tersebut. Adam memandang Raisya.

“Along, kenapa Angah asyik marah-marah je. Angah dah tak sayang kita ke?”

Raisya memandang Adam sambil memegang erat tangan kecil adiknya itu.

“Angah ada masalah. Kita biar dia tenangkan fikiran dulu erk.”

Adam mengangguk tanda setuju.

“Jom along hantar Adam gi sekolah.”

Raisya masukkan bekal ke dalam beg sekolah Adam.



*************************


Sebaik sahaja Adam selamat di hantar ke sekolah, Raisya terus ke kedai Mak Uteh untuk membeli nasi lemak. Dulu boleh di katakan selalu juga la Raisya menyinggah beli, tetapi oleh kerana kekangan masa, dah jarang Raisya singgah.

“Mak Uteh, dua bungkus!”

“Untuk bos?”

“Untuk siapa lagi kan, Mak Uteh?”

“Sebab dah lama Sya tak datang beli sini.”

“Entah la. Apa la mimpi bos Sya semalam teringat nasi lemak Mak Uteh ni.”

Mak Uteh menghulurkan dua bungkus nasi lemak di dalam plastik. Raisya menghulurkan sekeping duit RM5.

“Sya pegi dulu.”

“Eh, baki ni..”

“Mak Uteh ambil je la.”

Mak Uteh tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. Raisya memang macam tu pun. Selalu bagi lebih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 02:46 PM | Show all posts
Harraz menghidupkan enjin motornya sambil menghisap rokok.

“Bro, berhenti hisap la wei! Semak tengok asap berkepol-kepol.” Perli Haikal sambil berjalan ke arah keretanya.

Harraz pandang ke arah Haikal. Lagi rancak dia hisap lalu keluarkan asap melalui mulut dan hidungnya. Haikal tergelak sambil menggelengkan kepala.

“Orang lain pun stress jugak wei tapi tak da la sampai nak bunuh diri dengan isap rokok berkotak-kotak.”

“Hang tak rasa apa aku rasa.”

“Sebab aku tak rasa la aku nak nasihat hang. Bunga bukan sekuntum, bro.”

“Tahu.”

“Tahu pulak..”

“Dah lah! Pi la keja cepat sikit.”

“Hamboi, halau kita. Hahaha”

Harraz dan Haikal berbalas ketawa.

“Aku gerak dulu la. Ni ko nak gi mana?”

“Mencari ketenangan.”

“Pergh ayat! Hahaha ok la, bro.” Haikal terus masuk ke dalam kereta lalu terus memandu ke pejabat.

Harraz termenung seketika. Memang betul dia masih teringat akan Marissa. Dia mengeluh seketika.

“Kenapa, Marissa? Why u do this to me? Why? Perghh speaking beb! Hahahaha” Harraz cuba tenangkan diri dengan bercakap sendirian lalu mematahkan rokok yang melekat di bibirnya tadi.

Dia kemudian mengambil helmet di dalam rumah. Dikuncinya pintu lalu terus bonceng motor.

“Ada rezeki mana la tau kan jumpa awek semalam.”

Harraz tersenyum apabila terbayang akan wajah Raisya.



*************************


Raisya meletakkan sebungkus nasi lemak dan secawan kopi panas di atas dulang. Seperti biasa dia membawa dulang tersebut masuk ke dalam bilik Mukriz. Ketika itu Mukriz sedang menyiapkan satu report. Sambil itu dia curi-curi memandang Raisya.

“Encik, jemput ya..” pelawa Raisya lalu hendak berjalan ke luar.

“Jap.”

Raisya terus toleh memandang Mukriz.

“Sya dah makan ke?”

“Err.. dah.”

“Betul?”

“Belom.” Terpaksa mengaku.

“Jom makan dengan I.”

“Eh saya makan dekat pantry je, Encik.”

“Tak sudi?”

“Bukan. Nanti apa pula staf kat luar cakap.”

Mukriz dan Raisya bertentangan mata. Kemudian Mukriz bangun lalu berjalan ke arah Raisya. Perlahan-lahan kaki melangkah sehingga berhenti apabila bertemu. Laju jantung Raisya berdegup manakala Mukriz senyum je kejenya.

“Terima kasih.” Ucap Mukriz yang kedua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar.

“Sebab?” Raisya mengerutkan dahinya.

“Untuk nasi lemak tu.”

“Owh.. sama-sama.”

Mukriz dekatkan mukanya dengan Raisya.

“U Ingatkan sebab apa?” Mukriz berbisik.

Raisya malu sendirian.

“Err.. saya keluar dulu encik.” Raisya terus keluar dari bilik sambil tersenyum malu.

Mukriz tersenyum.

“Aku tak tolak kalau ini jodoh aku.”

Mukriz memandang nasi lemak yang terhidang di atas meja kopinya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 02:52 PM | Show all posts
Semasa di dalam perjalan ke KLCC, Harraz terserempak dengan Raisya yang ketika itu sedang berjalan seiringan dengan seorang lelaki yang segak gayanya keluar dari sebuah bangunan yang gah tersebut . Motornya di perlahankan sambil mata masih ke arah gadis itu.

“Owh, hang keja kat sini ka.”

Kemudian mata meliar ke arah lelaki yang sedang membuka pintu belakang untuk Raisya.

“Siapa pulak mamat tu? Bos dia kot? Takkan boyfriend plak kan?”

Harraz pandang ke depan meneruskan perjalanannya ke KLCC.



*************************


Raisya dan Mukriz duduk di tempat duduk belakang menuju ke sebuah pejabat di Damansara untuk menghadiri satu mesyuarat. Semasa di dalam perjalanan, Raisya masih sempat edit kertas kerja menggunakan laptop yang diribanya itu sambil dibantu bosnya sendiri.

“Betulkan ayat atas tu.” Arah Mukriz.

“Yang mana?”

“Ni.”

Serentak dengan itu juga tangan Raisya dan Mukriz bersentuhan ketika hendak menolak cursor ke atas.Raisya dengan pantas menarik tangannya. Jantungnya berdegup pantas.

“Sorry.” Ujar Mukriz lalu memandang ke depan dan cuba mengawal perasaan.

Pemandunya, Joe hanya tersenyum dan pandang melalui cermin pandang belakang.



15 minit kemudian..

Raisya dan Mukriz keluar dari kereta.

“Joe, ambil kami pukul 12.30 tengah hari ni.”

“Baik, bos.”

“Thanks. Jom, Raisya.”

Mukriz jalan di hadapan diikuti Raisya di belakangnya. Sambil berjalan ke bilik mesyuarat, sempat Raisya membetulkan tudungnya melalui cermin setiap bilik yang di laluinya.

“Pendrive ada kan?”

“Ada, encik.”

“Good.”

Pintu bilik mesyuarat diketuk lalu mereka berdua masuk sambil tersenyum.



*************************


Harraz berjalan sendirian di dalam KLCC tersebut. Tiada arah tuju! Dia menghentikan langkahnya di tengah-tengah bangunan tersebut.

“Awat aku asyik ingat pompuan tu erk?”

Harraz tersenyum sendirian. Tiba-tiba handphonenya berdering.

“Sapa plak call ni?”

Handphone di dalam poket seluar diambil lalu di tatap.

“Haram aihh pompuan ni!”

Harraz bengang Marissa masih cuba hubunginya. Padahal jauh di sudut hati dia memang mengharapkan Marissa terus dan terus mencarinya.

Harraz tak jawab. Handphone masih digenggamnya. Dia ingat Marissa dah berhenti, rupanya dia masih terus hubungi tanpa putus asa.

“Hang nak apa?!” Harraz jawab juga.

“Aku nak kita kembali macam dulu.”

“Mimpi la wei.”

“Please, sayang.”

“Sayang konon! Hang pi la kat laki idaman hang tu. Buat apa terhegeh-hegeh kat aku lagi?”

“Aku sayangkan hang.”

“Dah la wei. Aku dah meluat dah dengaq sora hang. Hang jangan kacau lagi hidup aku. Pompuan macam hang ni merosakkan hati lelaki macam aku. Boleh jadi tak waras hang tau? Mujoq iman aku kuat.”

“Maafkan aku. Bagi aku peluang sekali lagi. Aku janji tak buat dah.”

“Dah lah!”

Harraz terus mematikan talian. Dia mengeluh. Terus mata terpandang ke sebuah kedai makan korea.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2016 03:00 PM | Show all posts
Marissa memandang Syazwan yang ketika itu masih duduk di atas motor. Marissa menggelengkan kepalanya menandakan Harraz tidak mudah terpedaya lagi dengan pujuk rayu Marissa.

“Lembab!” Syazwan menolak kepala Marissa.

Marissa menangis.

“Aku nak hang pujuk gak dia sampai dia melutut kat hang.”

“Boleh dak kita lupa ja pasai dia. Kita mulakan hidup baru bersama.”

“Hang ingat senang aku nak lupa apa pak dia pernah buat kat aku?Keluarga aku?”

“Benda dah lepaih.”

“Cakap senang hang no!” Syazwan menghidupkan enjin motor.

“Nak pi mana ni?”

“Tanya banyak ngat aihh! Naik la cepat!!” marah Syazwan lalu memakai helmet.

Marissa dengan kelam kabut bonceng motor di belakang Syazwan tanpa memakai helmet.



*************************



Jam 1.00 tengah hari..

Mukriz dan Raisya berjalan seiringan menuju ke lif. Raisya tersenyum memandang bos disisinya.

“Kita hampir berjaya.” Ucap Raisya.

“Insyaallah. Kena usaha lagi ni.”

Raisya dan Mukriz berbalas senyuman.

Ting! Pintu lif terbuka.

“Jom.” Mukriz membiarkan Raisya masuk dahulu diikuti dirinya.

“Joe dah sampai ke?”

“Tadi dia whatsup kata dah sampai.”

“Ok.”

Mukriz curi memandang Raisya. Raisya perasan lalu membalas pandangan bosnya itu lalu tersenyum.

“Ada yang tak kene ke?”

“Tak de lah” Mukriz tersenyum lalu memandang semula ke pintu lif.

Sebaik pintu lif terbuka, mereka berdua berjalan menuju ke jalan besar dan Joe telah pun sampai menanti kedatangan mereka berdua.

“Joe, kita lunch kat tempat biasa.”

“Baik.”

Raisya dan Mukriz masuk ke dalam kereta.



*************************


Harraz turun dari motor. Sengaja dia parking berhadapan gerai makan di Kampung Baru tersebut. Rasa macam dah lama tak menjamu selera di situ!

Ketika itu jam menunjukkan pukul 1.15 petang. Waktu klimaks untuk makan tengah hari. Memang kelihatan ramai pengunjung yang lapar ketika itu sedang beratur panjang mengikut giliran ambil nasi dan lauk termasuk Harraz.

Sedang kusyuk menunggu giliran mencedok nasi, dia terdengar suara gadis yang dia rasa macam pernah kenal.

“Takkan kot?”

Perlahan-lahan dia toleh ke belakang.

“Hah?”

Dengan cepat dia pandang ke depan semula. Kemudian dia tersenyum.

“Haihhh.. kerap plak jumpa pompuan ni. Nampak gaya macam jodoh aku dah..” bisik hati Harraz lalu mencedok nasi dan diletak atas pinggan.

Setelah lauk di ambil, Harraz mencari tempat duduk. Dalam masa yang sama dia sengaja lalu di sebelah Raisya. Raisya yang ketika itu sedang rancak berborak dengan Joe dan Mukriz, terkejut apabila ternampak Harraz lalu bersebelahannya.

“Eh, awak..”

“Eh, hai..” Harraz buat-buat terkejut dan perasan dengan kehadiran Raisya tersebut.

“Tak sangka jumpa lagi kita ya?”

“Itulah. Macam jodoh plak kan?” Harraz jerling ke arah Mukriz yang berdiri di belakang Raisya.

“Eh, saya duduk dulu la erk. Nanti leh join makan sama.”sambung Harraz.

“Ok je.” Jawab Mukriz sambil tersenyum.

Harraz terkejut Mukriz yang jawab. Terus dia gerak mencari tempat kosong. Raisya tolong cedokkan nasi dan lauk untuk Mukriz. Mukriz memang suka makan di Kampung Baru tersebut. Banyak pilihan lauk katanya! Dan Mukriz juga asal dari kampung.

Sambil Raisya cedokkan lauk, Mukriz dekatkan mukanya dekat dengan telinga Raisya.

“Boyfriend?”

“Eh, siapa?”

Mukriz muncungkan mulutnya ke arah Harraz.

“Hahaha.. a’ah.”

Mukriz terus terdiam. Tak tahu pula Raisya dah ada boyfriend. Yang dia tahu Raisya pernah putus tunang sahaja. Itu pun sudah 4 tahun yang lalu.

Raisya tersenyum memandang bosnya.

“Nama pun kawan lelaki kan?”

Mukriz tersenyum kembali.

“Hamboi, dah pandai kenakan I?”

“Hahaha bukan selalu..”

Harraz pandang ke arah Raisya yang cukup mesra dengan Mukriz itu.

“Silap-silap sugar daddy dia!” bisik jahat hati Harraz.

Mukriz, Raisya dan Joe datang ke meja makan Harraz. Kebetulan beberapa orang di meja makan Harraz dah habis makan. So, mereka sama-sama menjamu selera di meja yang sama.

“Lupa nak kenalkan. Ini Harraz. Harraz, ni bos saya Encik Mukriz dan ni pemandu peribadi Encik Mukriz, Joe.” Raisya duduk bersebelahan dengan Mukriz.

Mereka saling membalas senyuman.

“Selalu ka lepak makan sini?” tanya Harraz lalu mengunyah ulam.

“A’ah. Selalu gak. Itu kalau ada meeting dekat luar.” Jawab Raisya.

“Nah.” Mukriz masukkan telur rebus ke pinggan Raisya.

Raisya dengan Mukriz memang macam tu. Joe dah terbiasa dengan gelagat mereka berdua. Kalau ambil lauk, saling bertukar walaupun secubit. Harraz memang asyik jerling sahaja memandang Raisya dan Mukriz.

Tiba-tiba rasa cemburu pula. Harraz bangun walaupun lauk di pinggannya masih berbaki separuh. Dia cuci tangan sambil di pandang Raisya.

“Dah ke?” tanya Raisya lalu mengunyah nasi.

“Dah. Insyaallah ada rezeki jumpa lagi.”

“Ok.”

Harraz dan Raisya berbalas senyuman. Kemudian dia menepuk bahu Joe dan senyum ke arah Mukriz.

“Perlu ka hang cemburu Harraz oiiiii” bisik hati Harraz sambil berjalan ke arah motornya.

Raisya pandang Harraz sambil menghabiskan lauk.

“Mesti lelaki tu baik kan?”

Raisya terkejut dengan kata-kata Mukriz itu.

“Aah. Baik. Dia yang selamatkan saya dan Adam masa jatuh motor hari tu.”

“Jatuh motor?”

Raisya tersentap. Dia terlepas cakap la pulak! Satu ja perangai Mukriz ni, dia langsung tak boleh dengar sesuatu benda dari mulut Raisya yang Raisya sembunyikan dari dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.073630 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list