View: 2674|Reply: 1
|
Inspirasi Rona Putih, Buat Lelaki Bertambah Kacak
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Kebanyakan lelaki jarang memakai baju atau seluar yang sepenuhnya putih kerana menganggap ia terlalu ringkas dan tak menarik.
Sedangkan, ia merupakan satu pilihan warna yang sangat baik untuk digayakan, bukan sahaja untuk acara kasual, malah formal sekalipun.
Adanya kajian yang mendapati lelaki yang memakai baju rona putih dilihat 12 peratus lebih menarik dan 'hot' oleh kaum wanita, memetik laporan The Telegraph.
Menariknya, warna putih ini boleh dipadankan dengan pelbagai jenis warna lain seperti kelabu, biru, hitam, oren dan sebagainya. Atau jika anda selesa dan berani, boleh menggayakan baju dan seluar yang putih keseluruhannya.
Percayalah, tiada warna lain yang dapat menandingi pesona dan kuasa putih. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia panas la bro. Sini hampir smua org berkerak, sng koto kalau pakai bju kaler putih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|