Edited by Abangspek at 9-3-2016 02:49 PM
tukar jek "lelaki" tu ke "wanita"
dan "wanita" ke "lelaki"
Sama jek. Ko ingat laki ni shallow jek ke, pandang fizikal 100%? Ramai jek pompuan lawa tp kena tinggal gak sebab masalah perangai cam dalam list ko sumbat tu, TT
Ayat lelaki mengutama kecantikan fizikal sama macam cakap "wanita mengutamakan wang"
Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Untuk seseorang lelaki memilih wanita yang bersesuaian dengan mereka merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza dengan wanita yang lebih mengutamakan wang ringgit. Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan soal pemilihan pasangan hidup. Mungkin 7 petanda ini boleh membantu anda. - Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul langsung.
- Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang wanita tersebut kata sebaliknya lihat apa yang wanita tersebut lakukan untuk anda.
- Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.
- Dia selalu bercerita mengenai lelaki lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.
- Dia dengan selamba bermain WhatsApp ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya dengan siapa dia WhatsApp, dia akan kata kawan atau urusan tertentu. Ingat, wanita ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan WhatsApp dari melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting sekarang.
- Anda selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
- Dia selalu terlepas perkara penting seperti minat anda atau appointment penting, ataupun perkara penting tentang diri anda.
- Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan yang menjadi punca harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik bagi mengelakkan masalah dimasa hadapan. |