CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6057|Reply: 43

[Tempatan] PALSU katanya: Viral Luahan Hati Tan Sri Mokhtar al-Bukhary

[Copy link]
Post time 7-3-2016 10:34 AM | Show all posts |Read mode
BERNAMA 1 September 2015

KUALA LUMPUR: Hartawan korporat dan pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, bukan penulis artikel bertajuk 'Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak' yang pertama kali muncul pada Sabtu (29 Ogos).

Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.


======================================


Luahan hati Syed Mokhtar Bukhary berkenaan Najib Razak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Selama ini saya menulis kepada ahli UMNO dan rakyat Malaysia n islam (izin edit sikit jer) izinkan saya buat kali pertama menulis kepada rakyat Malaysia. Hari ini, Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. olah-olah Mohd Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita.

2. Hampir menitis air mata saya apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

3. Memang dalam masa lapan bulan ini Mohd Najib berhadapan dengan kemelut 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). Mohd Najib dalam usaha memulihkan 1MDB kerana beliau percaya syarikat ini sungguhpun bermasalah, ia adalah masalah yang perlu diselesaikan.

4. Tidak cukup itu Mohd Najib dituduh merompak wang 1MDB sebanyak RM 2.6 Bilion. Siasatan SPRM mendapati ia tidak benar.  SPRM juga mengesahkan ia merupakan sumbangan dana politik yang tiada kena mengena dengan sebarang keputusan  atau hasil kerajaan mahu pun 1MDB.

5. Dengan kata lain tiada unsur rasuah atau korupsi. Rakyat biasa memang tidak faham dan tidak akan faham permainan politik ini. Baiklah kita anggaplah ini sisi buruk Mohd Najib. Soal salah atau tidak biarkan Undang-undang menentukan. Namun, apakah sejak mengambil alih pentadbiran Mohd Najib tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia sehingga beliau layak dijadikan bahan jenaka, cercaan, umpatan dan lebih teruk difitnah?

6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

7. Apakah kerana kita tidak mendapat dan secara langsung, maka kita tidak langsung menghargai pentadbiran Mohd Najib? Pertumbuhan dan pelaburan besar inilah yang membolehkan ramai dari kita meningkatkan taraf hidup. Dulu makan di KFC atau McDonald adalah acara bila dapat gaji, hari ini sebahagian besar sudah menjadi acara mingguan dan harian.

8. Mohd Najib juga dimaki hamun oleh sebahagian rakyat yang tidak mahu membaca dan mengkaji apabila ringgit jatuh kepada RM 4 per USD 1. Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh 17 tahun adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar.

9. Adakah rakyat Malaysia tahu daripada 174 matawang dunia, hanya 18 matawang yang tidak terjejas berikutan pengukuhan US Dollar? Malaysia sebagai negara pengeksport minyak dan minyak kelapa sawit sama seperti beberapa negara yang komoditi utama jatuh.

10. Bencinya mereka kepada Mohd Najib, sanggup menipu mengatakan keadaan sekarang lebih teruk dari 1998.

11. Ramai tidak suka tapi saya mahu sebut juga bahawa di bawah Mohd Najib, pembangunan luar bandar digandakan, Sabah dan Sarawak serta kawasan pedalaman mendapat perhatian khusus. Polisi pro-rakyat seperti BR1M, Klinik 1 Malaysia, Pusat Tranformasi Bandar (UTC), Permata, bantuan pembinaan rumah rakyat miskin, pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat dan ratusan pembaharuan lain; dilaksanakan dengan pantas bagi mengurangkan beban hidup rakyat dan karenah birokrasi.

12. Malangnya ini dilupakan oleh sebahagian rakyat kerana mereka suka melihat keburukan dari kebaikan. Kita lebih suka mendengar keburukan dari kebaikan. Budaya apa, ajaran apa dan budi apa yang kita ada hari ini?

13. Sangat mengelirukan yang banyak memaki hamun dan mencerca Mohd Najib di laman sosial ialah manusia Melayu, Islam dan ada yang bertudung. Mereka seolah-olah lupa sumbangan dan usaha Mohd Najib menyediakan begitu banyak peluang dan modal kepada bumiputera dan pembangunan syiar Islam.

14. Sepanjang lima tahun pentadbiran ini sudah berbilion Mohd Najib beri bantuan dan peruntukan kepada kaum bumiputera. Namun Melayu tidak pernah sepatah mengucap terima kasih. Sebaliknya apabila Mohd Najib mengumumkan bantuan 50 juta kepada usahawan Cina, itulah dijadikan modal memaki Mohd Najib.

15. Melayu apa, Islam apa kita ini? Hanya kerana diuji sedikit dalam kegetiran ekonomi kini, kita mula menghina dan mencerca pemimpin Islam. Sebahagian kita menghina pemimpin Islam hanya kerana prasangka buruk dan kecewa dengan kehidupan kita sendiri?

16. Perdana Menteri yang kita hina ini, seperti kata Profesor Ridhuan Tee Abdullah, merupakan penggerak pendamaian Islam di seluruh dunia, dari mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur,  sehinggalah turun sendiri ke Gaza bagi mendamaikan umat Islam di sana.

17. Mohd Najib juga turun sendiri ke Selatan Filipina bagi membantu umat Islam, menamatkan konflik 70 tahun  bangsa Moro dengan kerajaan Filipina; dan sekarang sedang berusaha menyelesaikan konflik umat Islam Selatan Thailand yang telah berlarutan selama 50 tahun.

18. Malangnya ada antara kita bukan sekadar mahu menjatuhkan beliau, malah sanggup memfitnah, memaki hamun dan tidak mahu menerima sebarang penjelasan langsung kerana kepentingan politik. Tidak cukup itu, isteri Perdana Menteri juga dicerca, dihina dan dituduh bermacam-macam, seolah-olah kita semua hidup berjiran dengannya dan tahu segala perilaku beliau.

19. Mohd Najib sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari kesilapan dan kelemahan. Namun apakah sekian banyak usaha baik yang dibuat beliau ini tak ubah seperti mencurah air di atas daun keladi? Atau kita sudah menjadi bangsa yang tidak mengenang budi?

20. Hari ini Allah uji kita sedikit, kita sudah berpecah belah, lupa kepada jasa dan usaha pemimpin hari ini dan menafikan nikmat hidup di negara ini yang jauh lebih baik dari sebahagian negara.

21. Sedar atau tidak mereka yang memperlekehkan kerajaan hari ini melalui gosip, taksub dan taklid buta kepada usaha menjatuhkan Mohd Najib telah mewujudkan krisis keyakinan kepada negara ini di kalangan pelabur asing.  Jadi siapa yang sedang memusnahkan negara ini, Najib atau kita sendiri?

Akhirul kalam, jangan kita kufur (nafikan) nikmat Allah kerana saya khuatir suatu hari nanti Allah tarik nikmat ini.

Wassalam,
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary
Sayangkan Islam dan Negara


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
org bijak mmg dah lama tahu itu pembohongan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti red bean army yg buat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:21 AM | Show all posts
walau siapa pun yg menulisnya...tak penting..yg penting semua yg ditulis adalah fakta benar...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:24 AM | Show all posts
kufur nikmat yang mana nih
nikmat bayo gst ker nikmat pikirkan utang negara makin beso
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:28 AM | Show all posts
1 dosa vs 1000 deeds

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:45 AM | Show all posts
yg penting bukan siapa penulisnya tp ISI KANDUNGAN adalah BENERRRRR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 11:48 AM | Show all posts
merapu apa rba ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Songlap duit tabung negara xpa janji ada pegi buat umrah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:28 PM | Show all posts
Simunggu replied at 7-3-2016 11:21 AM
walau siapa pun yg menulisnya...tak penting..yg penting semua yg ditulis adalah fakta benar...

Ada juga fakta yang tak benar. Bukan Najib yang menyelesaikan masalah di Selatan Filipina. Kebetulan masa dia jadi PM perjanjian damai itu ditandatangani.




Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:36 PM | Show all posts
Baca menda ni kat blog-blog, Tipah sudah tertipooooo........
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:45 PM | Show all posts
org kaya xde masa layan urusan org2 xkaya ,org2 xberapa nak kaya ,org2 miskin papa-kedana


org2 kaya hidup didunia persis bayangan Tuhan di langit tp sujud tiap2 kali azan selesai ...............


Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 02:59 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 7-3-2016 02:28 PM
Ada juga fakta yang tak benar. Bukan Najib yang menyelesaikan masalah di Selatan Filipina. Kebetul ...

kamu silap...memang govt kita yg tolong settle masalah di Mindano..
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 03:14 PM | Show all posts
Simunggu replied at 7-3-2016 02:59 PM
kamu silap...memang govt kita yg tolong settle masalah di Mindano..

Ya memang government kita. Tapi bukan najib yang mulakan. Baca la rencana tu betul-betul. Jangan la asyik berkhayal dalam jamban.

Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 04:39 PM | Show all posts
part yg makan kfc tu, macam berulang2 kali aku dengar. nampak sangat tipunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 04:45 PM | Show all posts
betapa sukarnya memerangi fitnah dan penipuan
dalam internet

menyamar, mengelirukan

dan macam2 lagi perkara buruk
boleh terjadi melalui internet jika sengaja disalahgunakan
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 05:02 PM | Show all posts
Defcon2 replied at 7-3-2016 03:14 PM
Ya memang government kita. Tapi bukan najib yang mulakan. Baca la rencana tu betul-betul. Jangan l ...



IMT yang diketuai malaysia pertama kali dihantar
ke selatan filipina pada tahun 2004 di atas inisiatif
DS Najib yang merupakan menteri pertahanan pada ketika itu

ia semakin ditingkatkan sewaktu beliau menjawat
jawatan PM

sebab itu misi perdamaian di wilayah bergolak
filipina itu dikaitkan sepenuhnya dengan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang benar belaka apa yg ditulis, itulah hakikatnya yg sebenarnya. Usahlah penfitnah Dan pembenci najib kecewa, kebenaran dah terserlah sedikit Demi sedikit. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Besar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 02:58 AM | Show all posts
DAP yang tulis tu...fitnah bagi diaorang is art of war...bila kantoi...prank katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.394112 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list