View: 1971|Reply: 5
|
Terlalu Sopan Pun Jadi Masalah
[Copy link]
|
|
oleh Adib ZA
Terlalu sopan dan baik hati juga boleh menyebabkan orang memijak kepala anda. Ini kerana anda tidak mungkin memarahinya apatah lagi keluar perkataan maki hamun.
Jom lihat petanda yang anda ini seorang yang terlalu baik hati, seterusnya haruslah berhati-hati agar kepala anda tak dipijak sewenangnya.
1. Anda mengucapkan terima kasih bila keluar dari lif.
Ini tak patut terjadi, bukan mereka yang membawa anda ke tingkat-tingkat tertentu dalam bangunan.
2. Gemar membuka pintu untuk orang lain.
Memang ia satu perbuatan baik, namun jangan sampai anda dilihat seperti hamba abdi dan buat orang lain jadi malas.
3. Asyik terlepas bas.
Ini kerana anda suka biarkan orang lain memasuki ke dalam bas terlebih dahlu berbanding diri anda. Nak bantu orang pun, jangan sampai diri terkorban, setuju?
4. Gemar memberi peluang wanita mengandung.
Kalau dalam bas atau MRT, anda sahajalah yang memberi peluang kepada wanita mengandung dan warga emas untuk duduk.
Satu perbuatan baik namun harus 'ajar' juga orang lain untuk bertindak sedemikian.
5. Asyik terpaksa melayan
Orang yang baik hati ini, tak sampai hati nak patahkan hati orang lain. Diajak berbual, maka anda layankan sahaja.
Hasilnya, tak pasal-pasal terpaksa melayan orang lain bercakap, meskipun anda sedang sibuk dan tiada masa. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
No 1 tu x patut lh. 2,3,5 kdg2 boleh lah. |
|
|
|
|
|
|
|
no, u should continue the good deeds
after all, bukan niat yg you nak ditolong manusia yg sama pun tapi nak ALLAH tolong you dalam ketika u memerlukan pertolongan ALLAh kelak.
kalau ikhlas tak perlu buat di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
maaf lah sape2 pun yg tulis psl ni..
sy rase itu sume perkara baik yg sume org patut ade... kcuali no 3..
yg nombor 5 tu.. ade cara nak bgtau org lain nak berckp ngn kite tu. kite patuu bgtau yg kite xde masa dan tnjukkan yg awk
xnak diganggu dgn cara berhemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Point no 4 tu tak perlu ada pun. Its common courtesy, if you are willing to give your seat to wanita mengandung/warga emas, just continue the good deed. So be it la kalau org lain taknak bagi pun. Jgn sbb kan org lain taknak bagi, kita pun nak jadi hati batu sanggup tgk mak buyung terhuyung hayang pegang pemaut takut terjatuh. Jgn sebabkan segelintir org yang tak perhati perut, kita pun terikut jadi org tak x berhati perut |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya masalah bukan datang dari orang yg bersopan tp orang yg ambil kesempatan dari kesopanan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|