CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15327|Reply: 65

Jiran Puaka

[Copy link]
Post time 7-3-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum Malaysia!

Actually, dah lama sebenarnya aku nak share story ni ngan korang. Tapi maybe sbb aku terlalu memikir sgt sama ada nak share ke tak, so, ni lah dia. Dah sampai 2016 baru ada kekuatan. Haha. Kalau korang tgk profile aku, tarikh aku join forum ni masa tahun 2014. Story yg aku nak share ni adalah kejadian yg berlaku pada tahun tu. Dulu, niat aku nak share sebab nakkan pendapat dari korang sume. Sbb masa tu boleh kata tahun yg mencabar utk aku dan mak, terutamanya mak lah. Tapi skarang ni sumenye dah settle, alhamdulillah (harap-harapnye gitulah). So, aku cuma story bukan dgn niat nak burukkan sesape, jauh sekali nak mengaibkan. Diharap dgn story ni, kita sama2 boleh ambik iktibar, okeh? Kalau korang nak baling pendapat pun aku tak kisah, aku tadah je. Hehe

Oh, sebelum tu! Story aku ni maybe boring kut utk korang. Sbb ape yg jadi takde lah angker sgt kalau nak banding dgn story2 lain yg ada dalam forum ni. Story ni pun dah biasa rasanya org dok bercerita. Alah, citer hantar-menghantar benda kat org. Cuma, terus terang aku cakap, aku tak sure sama ada mmg jiran aku ni terlibat ataupun sebaliknya. Ni bukan fitnah ye kawan2. Ni cuma tekaan, berdasarkan experience kitorang hidup berjiran. Dan, aku ni bukan pandai sangat buat karangan ni, so harap korang bersabar ye. Hehe. Pergh! Panjang gila intro! Oke dah, jom start!

Al-kisah~~~
Cerita ni jadi kat parents aku. Abah aku terutamanya. Abah aku keje kt pejabat tanah batu gajah, perak. Ktorg pindah kat batu gajah dah lama. Dalam tahun 2000 kut. Masa tu aku darjah 4. Start dari perpindahan tu, abah selalu bawak kami 1 family ikut family day yg opis dia buat. So dr situ la aku kenal makcik2 1 opis ngan abah aku. Ada la 2-3 org yg boleh kata berkawan rapat ngan mak aku. Dah kenapa aku story panjang2 gini? Sbb antara 2-3 org tadi ada kisahnye dalam cerita ni. Jeng jeng jeng...           

Tahun ni mmg tahun yg mencabar sgt utk mak aku. Masa ni abah mmg sakit. Kami pun taktau dia sakit ape. Bawak pergi 2-3 hospital tp ada kata abah kena darah tinggi, ada kata kena kencing manis. Abah makan mcm2 ubat tapi sama jgk takde perubahan. Masa tu mmg boleh nampak badan abah susut mendadak. Sume ni jadi dlm masa yg singkat.

Satu benda yg aku perasan masa benda ni jadi. Abah aku yg dulu bukanlah yg sekarang. Dulu penyayang sekarang kami ditendang. Haha. Takde la. Gimik je. Maksudnya kat situ, dulu abah mmg berhati lembut, penyayang. Tapi masa tu abah mmg cepat naik angin. Salah sikit je, mengamuk macam ape. Mak jadi tempat dia maki je. Tapi masa tu mak pikir positif. Maybe perangai org sakit mmg mcmtu. Kami pun anggap benda tu benda biasa.

Tapi yg aku takleh terima, kenapa abah start sakit masa senja? Siang2 dia ok, sihat walafiat dgn baran dia tu, tapi bila senja abah start demam menggigil2. Tapak kaki jadi pucat biru2. Mak aku mengadu kat kakak dia, makcik aku la tu. Kita panggil dia wan. Lepas wan bincang2 dgn husband dia (pak wan), dorang buat keputusan nak tlg abah. Sabtu tu dorang dtg siap bawak air berbotol2 dgn limau purut. Pak wan mintak izin nak mandikan abah dgn air yg dia bawak tu. Aku agak air tu dah dibaca. Air yasin, maybe.

Sesi mandi manda tu pak wan buat masa senja. Kami yg gegurl ni dok kat ruang tamu makan pisang goreng. Sempat lagi kan. Dah tu takkan nak join sekali, ye dak?
Dah selesai sesi tersebut, dorang pun balik sbb pak wan ada hal esoknye. Ape jadi seminggu lepas tu? Abah tetap mcm tu, pak wan pulak demam dah seminggu. Aku terdengar mak aku sembang dgn wan dlm tepon. Wan cakap sampai je rumah haritu pak wan terus demam. Aku suspek ada benda jadi masa sesi mandi manda tu. Bila aku tanya mak, dia diam termenung.

Bersambung....



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dah smbung cepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dah smbung cepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mne tt ni. Cerita pun da layan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabar ye kawan2. Mak aku pesan, kalau tgh mkn jgn bawak tepon.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi lh woi.. Cite sekerat2.. Apebende la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2016 10:53 PM | Show all posts

sambungan..


seterusnya aku pon menalipon wan...nomo wan adelah 0111-11001010..wan, jom tgk cite boboyot, eh boboboi...wan pon menjawap, jadah apekah, dah tua bangka nk tgk boboboi, kalu munafik ok la jugak..maka kami tgk boboboi di midbeli smalam..biase je xdela best manepon, mase tgk muvi tu dpt aku rasekan sejuk bukan main...sejuk ekon derang set negatif 10 kot..semasa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom sambung~~~

Lepas kes pak wan demam, mak amik inisiatif nak bawak abah gi darul syifa. Macam2 mak buat nak bagi abah naik kete. Cara romantik, cara kasar, sume mak dah try. Satu pun tak jalan. Last2, mak tipu abah kata nak bawak gi spital. Aku tak ikut sbb aku piyed kot masa tu, mak aku tak bagi ikut. Dah setel kat darul syifa, sampai je kat rumah, aku dah dengar abah maki mak. "Bodoh sangat kenapa? Pergi tempat mcm tu mmg la dorang kata ada hantu ikut!" Maka, bertengkarlah mereka berdua, depan anak2. Masa tu mmg aku frust giler. 1st time tgk mak abah gaduh camtu. Hancur imej "one happy family at home" tu. Hahaha.

Yg buat keadaan jd lagi parah, bila abah kantoi dgn mak. Mak baca msg2 kat tepon abah. Penuh dgn ayat pickup line. Cuba teka sape yg bagi...hehe. Yup, salah sorang dari 2-3 org yg rapat dgn mak. Kita panggil dia makcik memey ye. Makcik memey ngan abah kerja kat tempat yg sama, departmen lain2. Dan ya, dialah jiran puaka yg korang tunggu2 tu. Kenapa aku panggil dia puaka? Dia ni suka memasak. Memang gila memasak. Pantang ada resepi viral kat FB sume dia try. Tapi, dia tak pernah tukar2 masakan dgn jiran. Aku tak kisah pun sbb dia ada hak utk tak share dgn jiran. Tapi yg aku kisah bila tiap2 kali dia masak, dia share dgn abah sorang je. Tak ke puaka namanye tu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2016 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei entah2 dia bg abah kau makan benda tak elok? sambung pleasee
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 11:15 PM | Show all posts
citer tt ni psl jiran yg masak dan bagi makanan ni..teringat plak jiran saya kat kampung...
itulah salah satu cara nak santaukan orang melalui makanan...selain santau angin/tuju nih..
santau melalui makanan ni memang susah nak sembuh berbanding santau angin dan tuju..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan....

Aku ngan mak buat meeting tergempar. Sempat la aku bluetooth bukti2 sms abah dgn makcik memey. Bila diingat balik, kejadian ni start lepas abah bawak balik kek dari opis. Kawan bagi katanya. Lepas tu, boleh kata tiap2 hari abah bawak balik makanan. Kek la selalunya. Bila mak dah tahu punca, sejak dari tu, kalau abah bawak balik makanan, mak akan langkah dulu makanan tu. Ni petua org dulu2 nak elak dari kena benda2 mcmni. Opah aku yg ajar, betul ke tak wallahualam. Dalam masa yg sama, mak aku tetap usaha bawak abah gi darul syifa. Amik masa berbulan jgk la nak clean dari benda2 camtu. Aku cuba korek citer dari mak, apa jadi masa abah dalam bilik kat darul syifa tu. Tapi mak kata "cukup je la kamu tahu yg selama abah sakit ni, bukan abah kamu yg betul". Sampai sekarang aku tak dapat hadam ayat mak aku tu.

Masa tempoh abah berubat tu, aku rasa makcik memey tak puas hati ngan mak aku. Start pulak mak kena kacau. Rutin mak, malam2 sebelum masuk tido mak akan buang sampah kat tong sampah luar rumah. Kalau korang dok area taman, belakang tiap2 rumah kan ada tong sampah utk lori sampah kutip. Yg tu la. Boleh pulak masa mak nak buang sampah benda tu munculkan diri. Yg mcm bola-bola api. Kebetulan masa benda tu muncul adik aku ada sekali. Dah mcm watson nyambek dia pecut masuk dlm rumah semata2 nak suruh aku tgk. Bila aku pergi tak nampak pulak benda tu. Adik aku puas tunjuk, "yg tu ha! Tak nampak ke!". Oh ye. Sejujurnya, selama aku hidup ni, aku belum pernah lg nampak benda2 halus. Dan aku selalu mintak ngan Allah jgn la bg muncul depan mata. Aku cuma pernah dgr orang dok panggil2 nama aku je. Suara mcm mak aku tapi bila aku tanya dia kata bukan. Dia takde panggil pun. Aku tak tahu tu kejadian mistik atau pun perasaan je. Dan aku tak tahu la benda tu ada kena mengena ke tak dgn makcik memey. Aku pikir positif je la buat masa ni. Back to the story, mak aku lepas nampak benda tu, dia terus baca2 ayat sambil tabur lada hitam depan belakang rumah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi....

Lepas kejadian tabur menabur lada hitam tu, boleh kata gangguan2 mcm tu dah stop. Tak tau la makcik tu offday ke ape. Abah masih lg pergi berubat. Masa ni, hujung tahun 2014, dah nampak dah berat abah naik sikit. Pipi pun makin tembam. Tapi masa ni mak tak stop lagi menyiasat. Ingat tak aku ada cakap 2-3 org yg rapat dgn mak aku tu? Sorang makcik memey, sorang lagi kita panggil makcik ila. Kalau korang perasan la kan, cemana mak aku tau makanan yg abah bawak balik tu makcik memey yg bagi? Sbb makcik ila yg bagitahu. Kiranya, dia ni spy mak aku la. Haha. Makcik ila ngan makcik memey ni rapat sbb dorang satu departmen. Sbb tu makcik ila boleh tau ape yg makcik memey bg kat abah. Dia kata, makcik memey ni dah lama jatuh cintan dgn abah. Dah 3 tahun. Btw, makcik memey ni dah bersuami ye kawan2. Anak ada 4-5 org, sume kecik2 lagi. Dia ada citer ngan makcik ila yg dia jealous dgn mak. Abah pergi mana2 pun bawak mak, walaupun gi kedai beli whiskas je. Selalu nampak mak abah berkepit. Makcik ila citer lagi, sebelum abah sakit, makcik memey ada luah perasaan kat abah. Tapi abah tolak. Maybe dia tak boleh terima kot.

Awal tahun 2015, abah amik keputusan tukar tempat kerja. Tapi abah mintak kawan2 rapat tolong rahsiakan lokasi opis baru dia. Skarang ni abah dah ok. Dah mcm dia yg dulu. Takde marah2 maki2 mak dah. Makcik tu pulak sampai skarang kalau jumpa mak aku mesti tanya pasal abah. Mak aku bukan kata salam, pandang dia pun takde dah. Mak pandang dia mcm pandang dinding je. Harap lepas ni takde lah apa2 kejadian mcm ni lagi. Oh ya. Aku ada lg 1 story masa aku kat asrama dulu. Aku tak tahu benda tu mimpi ke apa. Esok2 aku cerita lah ye.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
@Ipo yeke? Aku tak pernah tau pun santau mana lg bahaya. Takutnya dapat jiran mcm ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
@ciklaser kami suspek mcmtu, tp yela. Main agak2 gitu je la
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 09:20 AM | Show all posts
Makcik memey tu jiran sebelah rumah ke atau jiran berbelah belah rumah?
Husband makcik memey tu tak tau ke bini dia mcm tu TT?

Kesiannye mak TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2016 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
@3bidadara ekceli dia taman lain, kami taman lain (taman kemboja - bukan taman sebenar ) taman kemboja ni kecik je, tak sampai 25 buah rumah pun dalam tu. Rumah dia pulak betul2 kat sebelah jalan nak masuk taman kemboja. Jarak kitorang takde la jauh pun. Kira jiran la kan? Hahaha.

Masa kejadian ni, dia dlm proses nk bercerai dgn husband dia. Dia mintak cerai sbb nak kawin ngan abah. Aku rasa aku simpan lagi sms dia merayu mintak abah jadikan dia bini no 2. Husband dia pernah bape kali jumpa mak bincang pasal hal ni. Dia salahkan abah kata abah punca wife dia jadi camni. Kalau dah keluar masa tu akta yg boleh dakwa org ketiga mmg aku paksa mak buat report gangguan rumah tangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2016 10:38 AM | Show all posts
tierasylar replied at 8-3-2016 09:49 AM
@3bidadara ekceli dia taman lain, kami taman lain (taman kemboja - bukan taman sebenar  ) taman ke ...

Huishh.. Dasyat betul makcik memey tu. Kesian abah TT tak salah pape.
Padahal mokcik tu yg meroyan.

Sekarang mak abah TT da ok sepenuhnye ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:01 PM | Show all posts
tierasylar replied at 8-3-2016 12:00 AM
Sambung lagi....

Lepas kejadian tabur menabur lada hitam tu, boleh kata gangguan2 mcm tu dah stop ...

menyirap darah aku
gatai betul makcik memey tu

orgnya mcm mana ya, ko penah jumpa tak?
bergaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:06 PM | Show all posts
tierasylar replied at 8-3-2016 09:49 AM
@3bidadara ekceli dia taman lain, kami taman lain (taman kemboja - bukan taman sebenar  ) taman ke ...

gatal beno makcik memey ni

ko sebut akta gangguan rumahtangga ni...
ada ke akta tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2016 12:16 PM | Show all posts
ooo...mcm tu pulak yer..
donia ni mcm2...
alhamdulillah..abah TT dah ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074715 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list