|
|
WASHINGTON: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak tawaran untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Rumah Putih akhir bulan ini dan membatalkan lawatannya ke Washington, kata Rumah Putih semalam.
Keputusan Netanyahu untuk membatalkan lawatan ke AS menandakan episod terbaru hubungan yang belum pulih dengan Obama berikutan perbezaan pendapat membabitkan perjanjian nuklear antarabangsa tahun lalu dengan Iran, musuh tradisi Israel.
Rumah Putih berkata, kerajaan Israel meminta pertemuan antara Netanyahu dan Obama diadakan pada sama ada 18 atau 19 Mac, dan dua minggu lalu beliau ditawarkan untuk bertemu pada 18 Mac.
"Kami berharap untuk menganjurkan mesyuarat dua hala, tapi terkejut apabila mendapat tahu melalui laporan media bahawa Perdana Menteri memilih untuk membatalkan lawatan beliau," kata jurucakap Rumah Putih Ned Price dalam kenyataan yang dihantar melalui emel.
"Laporan yang mengatakan kami tidak dapat memenuhi jadual Perdana Menteri adalah palsu," katanya.
Setakat ini tiada maklum balas daripada pejabat Netanyahu mengenai pembatalan itu, yang berlaku ketika dua sekutu rapat itu sedang merundingkan perjanjian 10 tahun bantuan pertahanan baharu bernilai berbilion dolar untuk Israel.
Netanyahu dijangka melawat Washington bulan ini bukan saja untuk bertemu Obama tetapi untuk menyertai persidangan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC). - Reuters
BH Online
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|