CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 0

Sempena Hari Wanita Sedunia : 5 Tips Selfie Untuk Wanita Tampil Cantik

[Copy link]
Post time 8-3-2016 03:46 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Khas untuk adik-adik dan kakak-kakak yang gemar berselfie. Sempena hari wanita sedunia, penulis kongsikan tips yang betul kepada anda untuk mendapatkan gambar selfie terbaik walaupun muka kita tak berapa cantik.






1. Persiapkan diri
Salah satu faktor membuatkan gambar selfie menjadi cantik adalah memastikan penampilan diri sudah terurus. Make-up wajah serta rambut supaya nampak lebih semenggah sebelum upacara selfie.






2. Pastikan pencahayaan yang baik
Pencahayaan yang baik sangat diperlukan ketika selfie. Jika pencahayaan terlalu terang atau gelap, penampilan anda akan tenggelam dan tiada guna make up setebal satu inci sekalipun.




3. Memilih latar belakang yang betul
Elemen paling penting untuk menghasilkan gambar selfie yang cantik merupakan latar belakang yang bersih dan cantik. Tak kan posing macam diva nak bergambar berlatarbelakangkan jamban pula?






4. Pakai software edit gambar
Dapatkan software untuk mengedit dan haruslah pandai menggunakan filter. Tapi awas, jangan terlalu over hingga menampakkan gambar anda terlalu "fake" berbanding realiti sebenar. Tidak kah akan menimbulkan rasa bersalah pada diri anda kerana telah menipu rakan-rakan dengan kecantikan "fake" itu?






5. Pandai memilih sudut (angle)
Pandai memilih berbagai sudut menjadikan gambar anda lebih menarik. Janganlah semua gambar selfie yang diambil dari sudut hadapan, kreatif lah sikit. Baru terserlah kecantikan anda dari pelbagai sudut, atas, bawah depan, belakang? Eh.




Akhir sekali, pastikan anda mempunyai kamera atau telefon bimbit yang mempunyai megapixel tinggi bagi menghasilkan gambar superb. Jom selfie dan muatnaik di IG. - CARI Infonet.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.587022 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list