View: 3286|Reply: 6
|
[Dunia]
{6} Kerna Meldonium, Maria nan jelita digantung !
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 9-3-2016 04:00 AM
Maria gagal ujian doping dan didapati positif Meldonium.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selasa, 8 Mac 2016 @ 9:25 PM
Los Angeles: Juara lima gelaran Grand Slam Maria Sharapova mendedahkan dia gagal ujian doping pada Terbuka Australia tahun ini dan tidak pasti apa hukuman yang akan diterimanya kerana “kesilapan besar” itu.
Bekas pemain nombor satu dunia dari Russia itu berkata, perubahan dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Doping Dunia bagi 2016 menjurus kepada pengambilan tidak sengaja itu, yang mana dia akan “digantung sementara” oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).
Dalam satu reaksi yang mungkin menjejaskan penajaan terhadap Maria, pengeluar barangan sukan terkemuka Amerika Syarikat Nike menyatakan mereka “sedih dan terkejut” dengan berita itu.
“Kami memutuskan untuk menghentikan hubungan kami dengan Maria ketika siasatan diteruskan.”
Maria diuji positif kerana Meldonium, dadah yang dikatakannya sudah diambil sejak 2006 namun hanya dimasukkan ke dalam senarai bahan larangan tahun ini.
“Saya gagal ujian itu dan bertanggungjawab sepenuhnya,” kata Maria pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di pusat bandar Los Angeles.
“Saya melakukan satu kesilapan besar. Saya mengecewakan peminat saya. Saya mencemarkan sukan yang saya sertai sejak usia empat tahun dan amat saya sayangi,” ujar Maria dengan suaranya terketar-ketar.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/121328#sthash.L9e7zxu1.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib bukan Maria Ozawa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung main...kalau gantung kat leher lg sadis |
|
|
|
|
|
|
|
Bkn salah die kn....bhn terlarang tu bru msuk list thn ni..b4 this x pn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe boleh jadi model..dia ni kan sangat tinggi,muka pun boleh la berbanding serena williams tu |
|
|
|
|
|
|
|
tak apa...kuota jadi bini aku masih ada...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|