View: 1228|Reply: 14
|
[Tempatan]
Berjaya cipta penawar diabetes
[Copy link]
|
|
Berjaya cipta penawar diabetes
NORAWAZNI YUSOF
10 Mac 2016
Dr Daing (tengah) melihat produk yang dihasilkan Hui Ni.
KUANTAN - Penuntut tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seah Hui Ni dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Best of the Best’ kategori pelajar melalui Ekspo Rekacipta, Inovasi, Teknologi dan Penyelidikan (Citrex) sempena Hari Terbuka UMP di kampus Gambang di sini.
Gadis berusia 23 tahun berasal dari Pontian, Johor itu berjaya menghasilkan penawar penyakit diabetes atau kencing manis daripada pokok misai kucing dalam bentuk kapsul.
Kajian dan penyelidikan yang dihasilkan bertajuk ‘Phenolic-Rich Microcapsule From Orthosiphon Stamineus itu berjaya menewaskan 23 penyertaan lain. Malah, Hui Ni turut menerima pingat emas bagi penyelidikan itu.
Nui Hui akui berbangga dan berpuas hati apabila hasil usahanya selama ini membuahkan kejayaan.
“Produk ini akan dikomersialkan dan saya sudah menandatangani perjanjian bersama sebuah syarikat iaitu Cosway pada 2014. Syarikat berkenaan akan memasarkan kapsul misai kucing ini,” katanya kepada pemberita pada majlis itu, kelmarin.
Katanya, keputusan untuk menghasilkan kapsul misai kucing dipilih atas beberapa faktor iaitu selain membantu pesakit diabetes, bahan asas ini sangat mudah diperoleh tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Malah katanya, ramai masyarakat di negara ini menghidap diabetes dan itu antara sebab dia sedaya upaya mencuba menghasilkan produk untuk merawat penyakit berkenaan.
Pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UMP dan Institut Sukan Negara serta Silterra Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata, Citrex 2016 yang memasuki tahun keempat penganjuran menyaksikan pengembangan skopnya dengan membuka penyertaan kepada sekolah menengah.
“Saya harap jawatankuasa penganjuran akan melipatgandakan promosi agar lebih banyak pihak khususnya swasta, industri dan badan korporat tampil menyokong terutama dalam penajaan hadiah.
“Selain itu, dengan adanya 24 buah sekolah kluster di bawah UMP maka aspirasi pembudayaan inovasi dan kreativiti dapat dikembangkan lagi dengan menjemput semua sekolah berkenaan menyertai Citrex secara tetap mulai tahun depan,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/berjaya-cipta-penawar-diabetes-1.495424
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga bermanfaat |
|
|
|
|
|
|
|
Misai kucing ni senang tumbuh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by haryatie at 10-3-2016 12:54 PM
daun misai kucing ni kalau org yg rajin..
ambil daun tu bersihkn dn keringkan
boleh simpan lama..
minum buat mcam teh tu..mmg bagus utk kesihatan bukan utk kencing manis jerk..
tp aku x penah buat..
kakak aku yg tinggal kt kpg tu buat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi pokok hiasan taman pun cantik |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 dulu pernah tanam misai kucing belakang rumah lepas baca manfaatnya, tapi tak pernah guna pon, hahah... |
|
|
|
|
|
|
|
Research UMP ni yang ni much better dari yang kit penghalau hantu tu...Please laa..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow..ujung2 ummah mereka jua yng cepta ubat berguna..mesti ummah suchi maksum kata..iyalah sebab matlamat hidup mereka di duniya jahhh..thats why gigeh cari ilmu kembangkan sains bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
misai kucing ni dah lama dikomersialkan....
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...bangsa tu yang cipta penawar diabetes...tapi dijek masih salahkan RBA dgn DAP...padahal dijek jua yang bodoh macai |
|
|
|
|
|
|
|
Yg xde diabetes boleh ke amalkan minum teh misai kucing? |
|
|
|
|
|
|
|
Cina jdt cipta ubat dari herba renek
Kebangg ummah Jawa sepet
Mislan bin miskon
Parit ponorogo
Serkam pontian johor |
|
|
|
|
|
|
| |
|