CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8772|Reply: 37

Senarai Anak-anak Menteri Yang Bermasalah?

[Copy link]
Post time 10-3-2016 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Oleh : TS LOO




Baru-baru ini, selain isu menjatuhkan Najib, topik perbincangan yang paling hangat di media sosial tak lain tak bukan adalah anak kepada Perdana Menteri iaitu Norashman Najib.  


Menurut laporan, Norashman didakwa memberi arahan kepada pengurusan kelab malam terkenal Zouk yang bertempat di Singapura menghentikan set (senarai) lagu pilihan deejay Mesir yang terkenal Aly dan Fila supaya set lagunya dapat dimainkan.


Kejadian dikatakan berlaku Sabtu lalu dan telah disebarkan di media sosial dengan video berkenaan disiarkan di Facebook dan You Tube.


Ia juga dilaporkan dalam portal hiburan Coconuts Singapura dan SAYS.com.


Pihak pengurusan Zouk dan anak Najib menerima kecaman daripada netizen, termasuk ada yang menyelar sejauh mana kewajaran anak PM bersikap sebegitu.


Oleh yang demikian, seorang netizen CARI Infonet mengatakan perkara tersebut membuatkannya teringat sememangnya terdapat beberapa anak menteri di Malaysia yang bermasalah dan boleh dijadikan ikhtibar.






1. Norashman Najib
Identiti : Anak bongsu kepada Datuk Seri Najib dan Rosmah


Latar belakang: Norashman pada umur 19 tahun, pernah mengambil kursus belajar bahasa Cina selama 3 minggu di Universiti Bahasa luar negara di Beijing, China. Bukan sahaja fasih berbahasa Cina, malah mempunyai nama Cina iaitu Ji Pin.  Pada tahun 2011, Noraashman pernah bersama ayahnya Najib menerima undangan dalam sesi temubual di Stesen Radio Bahasa Cina,One FM, ketika itu, beliau pernah beritahu dirinya amat minat muzikal elektronik serta sering main piring putar di rumah.


Insiden : Deejay terkenal dari Mesir terpaksa tamatkan persembahan lebih awal, hanya kerana anak Perdana Menteri Norashman Najib ingin membuat persembahan juga.

Proses kejadian : Biarpun pihak pengurusan Zouk Singapura, kejadian itu hanyalah salah faham. Manakala  pembantu kepada isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor iaitu Rizal Mansor menafikan dakwaan bahawa Norashman memaksa Zouk Singapura atau deejay memberhentikan persembahan. Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Rizal berkata, Norashman mula membuat persembahan selepas tamat sesi deejay jemputan oleh Zouk. Tetapi DJ terbabit yang bernama Fadi, dalam akaun Facebook nya menyatakan : " bukan salah faham, bos memang nak VIP adakan persembahan.".






2. Mohd Nazifuddin
Identiti : Anak yang kedua kepada Najib dan isteri pertama Tunku Zainal

latar Belakang : Setelah dilantik menjadi pengarah bagi Syarikat Industri Harvest Court pada tahun 2011, harga saham berulang kali mencapai kenaikan yang terbaru dalam jangkamasa yang pendek. Difahamkan mana-mana syarikat tersenarai ada hubung kait dengannya, saham syarikat tersebut pasti akan meningkat secara mendadak, oleh itu Nazifuddin pernah suatu ketika diberi gelaran 'Budak Cilik Pasaran Saham'.


Insiden : Pernah disyaki terlibat dalam kes penipuan mata wang U yang berjumlah lebih 4 billion.

Proses Kejadian : Menurut laporan Stesen TV Thailand (NOW26) pada bulan Mei 2015, menganggarkan Nazifuddin ada hubung kait dengan sindiket penipuan antarabangsa iaitu Ufun Group Bhd Ltd dalam kes penipuan yang membabitkan 120 ribu orang dengan wang berjumlah lebih 4 billion. Akan tetapi, kemudian ketika  ditemubual Malaysiakini, dia mengatakan, dakwaan penipuan yang dikaitkan dengan dirinya, ianya mungkin adalah tindakan bermotif politik yang hanya untuk memburukkan namanya dan 'serang'  keluarganya. Dia beritahu, biarpun dia pernah memegang jawatan eksekutif pengerusi untuk syarikat Sagajuta( Ufun dan anak syarikat Sagajuta adalah rakan kerjasama), tetapi dia telah lama meletakkan jawatannya pada 31 Mei 2012.








3. Nurul Hidayah
Identiti : anak perempuan kepada timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi


Latar belakang : Pernah dikatakan telah mengalami penceraian, sambil seorang diri membela 3 orang anak. Tetapi, susulan itu, Nurul telah menjelaskan dirinya memang ada 3 orang anak, tetapi masih beridentiti sudah berkhawin. Kalau tidak mengetahui kena lah tanya, jangan buat fitnah sesuka hati.


Insiden : Pernah mengutuk peserta Bersih 4.0 adalah 'bodoh' dan menyelar golongan pemuda tempatan bersikap 'malas'.


Proses kejadian : Himpunan BERSIH 4.0 berlangsung pada tahun lepas 29hb Ogos, lebih ratusan ribu orang berjalan di jalanraya Kuala Lumpur untuk menggerakkan pembaharuan sistem yang sedia ada. Namun, Nurul Hidayah menerusi laman internet bukan sahaja menyelar mereka yang mengadakan himpunan sedang melakukan tindakan yang 'bodoh' dan sia-sia saja, malah juga menyindir mereka membuat protes di atas jalanraya hanya untuk hiburan bersama.


Februari tahun ini. Nurul Hidayah memberi sokongan padu ke atas sistem pekerja asing  yang diperkenalkan oleh ayahnya Ahmad Zahid Hamidi. Tindakannya mengutuk pemuda rakyat Malaysia bersikap memilih pekerjaan dan malas, mengakibatkan dirinya dikecam oleh sebilangan besar netizen sehingga terpaksa menukar nombor akaun Instagram sebanyak 3 kali dalam masa satu hari, semata-mata untuk elak netizen.








4. Mohamad Nedim
Identiti : Anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Latar belakang: Pernah dilantik oleh ayahnya sebagai "pembantu khas"  Kementerian Pelancongan, tetapi kemudian telah diubah menjadi " pembantu khas kawasan pilihanraya" yang tidak menerima gaji daripada kerajaan.

Insiden : Pernah terlibat dalam kes memukul orang dan memiliki rumah dan kereta mewah.

Proses kejadian : Pernah terlibat dalam insiden memukul orang pada bulan Mac tahun 2012, difahamkan ketika itu dia sedang memandu sebuah kereta mewah jenama Porsche masuk ke dalam kondominium, diikuti belakang oleh sebuah kereta mewah MPV yang dipandu oleh pengawal peribadinya. Berikutan pihak penjaga keselamatan kondomidium bertegas untuk mengasingkan pendaftaran data peribadi pemandu bagi kedua-dua kereta tersebut, maka berlaku lah perterlingkahan. Pada masa itu, Nedim mencengkam leher menumbuk kepala pengawal sekuriti berkenaan akibat tidak dapat mengawal kemarahannya.


Pada 2013 pula, dia juga dibongkar membeli rumah mewah bernilai 7 million, tetapi teman wanita Nedim Nora Danish jelaskan, rumah mewah tersebut dibeli oleh Nedim dengan gabungan nama bersama orang lain untuk dihadiahkan kepada ibunya.  Pada ketika itu, respond Dato Seri Nazri adalah perkara tersebut bukan sahaja tiada kaitan dengan dirinya malah beliau turut mengatakan biarpun apa yang dibeli oleh anaknya adalah "istana", juga bukan masalahnya.








5. Dafi Ismail
Identiti : Anak kepada Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob

Latar belakang : Setelah menyertai Akademi Fantasia  yang kelima, terus menjadi seorang penyanyi

Insiden : Mengeluarkan duit poket sendiri untuk mengadakan konsert

Proses kejadian : Disember tahun lalu, Dafi menubuhkan syarikat dengan mengadakan konsert yang terdiri daripada 5 orang penyanyi lelaki. Ada khabar angin yang tersebar menyatakan konsert tersebut diadakan dengan perbelanjaan keseluruhan bernilai 2.5 million tanpa tajaan. Namun demikian, Persoalannya, dari mana jumlah wang sebanyak itu diperolehi?  - CARI Infonet




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 12:44 PM | Show all posts
sib bek mahathir bukan menteri dah..
kalau tak senarai nama anak dia pun ade skali..

anak tiri najib takleh masuk skali eh
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dafi ok je kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing makcik nama nedim horkeh!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 01:56 PM | Show all posts
set2 anak tak menjadik sbb makan................
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurul hidayah, sila belajar dari mizz nina.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2016 03:27 PM | Show all posts
HibinoSama: Dafi ok je kot


Dafi macam clear aje dari masalah... keje kuat lain macam...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 04:18 PM | Show all posts
nooryana najwa dan kos perkahwinan yang tak masuk akal tak masuk senarai?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 04:23 PM | Show all posts
sakan admin page ni korek salah anak org...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian nedim, diambilnya gambo lama yg x hensem ni.   nedim skarang hemsem ok! Rambut berkaler mengikut latest trend! Pakaian pun stylo! Da xde da misai seciput itu. Penat dia tukar imej, tt still guna gambar lama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:02 PM | Show all posts
ANAK ANAK PEMIMPIN PAS??? TAK ADA KE?
ANAK ANAK DAPigs?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
irwansuhadi replied at 10-3-2016 03:27 PM
Dafi macam clear aje dari masalah... keje kuat lain macam...

Ayah dia rajin buat event, pastu bg ke ank dia tender event tu.org kate lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nper x masuk kn wedding mewah anak pmpuan najib di saat negara tgh kecoh psl myk trn..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 10:06 PM | Show all posts
pichee replied at 10-3-2016 05:56 PM
Nper x masuk kn wedding mewah anak pmpuan najib di saat negara tgh kecoh psl myk trn..

kan .... meols nak tau sangat ...... and kalau boleh senaraikan semua anak najib ..
pasal skandal beli umah ... kat oversea bagai ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dafi ok ape.. sopan je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 11:49 PM | Show all posts
insiden dafi tu cam klako...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2016 12:10 AM | Show all posts
uniq61: ANAK ANAK PEMIMPIN PAS??? TAK ADA KE?ANAK ANAK DAPigs?


ko boleh tahan sengal gak. title kan anak anak menteri. sejak bila plak ada menteri dari PAS ngan DAP?? Hidup Hannah Yeoh!
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sipendiam replied at 10-3-2016 04:18 PM
nooryana najwa dan kos perkahwinan yang tak masuk akal tak masuk senarai?

Majlis kahwin dia simple je kalau nak banding dgn najib. Apa yg kos tak masuk akal? Cuba jelaskan skit
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 04:42 AM | Show all posts
bermasalah.. eh eh anak MB kedah yg baru tak masuk list  ke.. meroyan seblm bapa jd MB
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 07:46 AM | Show all posts
alestorm replied at 11-3-2016 12:22 AM
Majlis kahwin dia simple je kalau nak banding dgn najib. Apa yg kos tak masuk akal? Cuba jelaskan  ...

weyyy nooryana najwa tu anak bijan lerrr... yang kos bunga pegang kat tangan pun dah berjuta..

bukan najwa anak wak sembab
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 1.331678 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list