CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 7

[Jenayah] Menang PR1M: Rezeki beralih akhbar

[Copy link]
Post time 10-3-2016 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by hadihusin at 10-3-2016 03:03 PM

Menang PR1M: Rezeki beralih akhbar
AZIZAN INCHE HARUN
10 MAC 2016





Latifah menunjukkan wang tunai RM1,000 yang dimenanginya bersama Muhd Awis Alwie.


JOHOR BAHRU - “Alhamdulillah, tak sangka menjadi rezeki saya selepas beralih langganan daripada sebuah akhbar tempatan popular sebelum ini kepada Sinar Harian,” kata Latifah Ahmad, 54.
Menganggap dirinya terpilih sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) anjuran Sinar Harian sebagai rezeki buat keluarga selepas lebih dua bulan menjadi pembaca setia akhbar itu.
Latifah berkata, dia mula melanggan Sinar Harian sejak Januari lalu selepas teruja dengan berita yang disiarkan, selain anak tunggalnya, Muhd Awis Alwie Abd Rahim, 22, gemar mengikuti perkembangan pasukan bola sepak kesayangannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam akhbar tempatan itu.
Menurutnya, berita pemenang PR1M yang disiarkan setiap hari menarik minatnya untuk turut mencuba sehingga sanggup berulang- alik ke pejabat pos berhampiran setiap pagi.
“Setiap hari sekitar jam 7 pagi, saya akan keluar membeli sarapan dan Sinar Harian, sebelum bergegas ke pejabat pos berhampiran untuk menghantar borang penyertaan selepas seronok membaca berita kemenangan orang lain,” katanya.
Menurutnya, wang RM1,000 yang dimenanginya itu sangat bermakna sebagai persediaannya untuk berpindah ke rumah baharu selepas rumah dihuni lebih 20 tahun itu bakal dibangunkan pemaju dalam masa terdekat.
Menurutnya, perbelanjaannya agak terhad selepas bersetuju untuk dipindahkan kerana pasti memerlukan kos tinggi dalam proses pemindahan nanti.
“Terima kasih kepada Sinar Harian kerana saya memang memerlukan wang ini, mungkin dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga dalam proses pindah rumah nanti.
“Saya akan terus membeli Sinar Harian setiap hari dan menghantar penyertaan ini lagi selepas ini,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 02:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak try lah mana tau menang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan hadi awang tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:46 PM | Show all posts
dari utusan meloya ke sinar hairan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:47 PM | Show all posts
Ceh....menang cetu pun nk masuk sotkabar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2016 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
To be honest...meols nmpk kedai2 makan byk letak sinar harian jah skrg..selain tu kosmo dan metro. utusan xde.. klu ada pun jd pelapik periuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 03:53 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 10-3-2016 03:50 PM
To be honest...meols nmpk kedai2 makan byk letak sinar harian jah skrg..selain tu kosmo dan metro. u ...

Ada lg ke Utusan paper besar gedabak tuh? Ingat dah pupus...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.231250 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list