View: 680|Reply: 3
|
[Tempatan]
{23} Pemberontak UMNO mcm budak-budak !
[Copy link]
|
|
ATIRAH HASLI
10 MAC 2016
Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor
|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan tindakan pemberontak Umno adalah bersifat kebudak-budakan.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan sesetengah pemimpin Umno yang menghadiri Deklarasi Rakyat.
"Kenapa saya perlu komen tentang mereka yang bersikap seperti budak-budak," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.
Antara pemimpin Umno yang hadir dalam Deklarasi Rakyat itu adalah Timbalan Presiden Umno yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan juga bekas Anggota Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal.
Deklarasi yang diumumkan itu menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatannya.- Sinarharian
http://www.sinarharian.com.my/po ... udak-budak-1.495504
|
|
|
|
|
|
|
|
dah boleh cucuk botox dah nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|