|
oleh Adib ZA
Suka minum kopi? Namun, kadangkala tumpahan kopi pada pakaian bukannya semudah yang disangka untuk dihilangkan.
Malah, ia menjadi pekat jika terdedah pada cahaya matahari atau anda cucinya dengan air panas.
Jom lihat tips mudah untuk menghilangkan kesan kopi pada pakaian:
(Sumber foto: Carian google)
1. Campur satu sudu cuka ke dalam 1 liter air sejuk.
2. Tuangkan larutan tadi ke atas span, kemudian tepuk dan gosokkan pada pakaian yang kotor tadi.
3. Lap sisa campuran cuka yang masih berbaki pada pakaian tadi dengan kain lembut.
4. Cuci pakaian seperti biasa.
5. Jika masih terdapat kesan kopi, tambahkan baking soda dalam larutan tadi. Kemudian cuci kain itu. - CARI Infonet |
|