Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1187
View
2
Reply

[Tempatan] Putrajaya sudah membangun, mana elektrik kampung kami?

[Copy link]

Author: malayu       Show all posts   Read mode

Author
Post time 11-3-2016 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk kampung Orang Asal dakwa tiada bekalan elektrik meskipun duduk berhampiran dengan pusat pentadbiran Putrajaya.



Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 11-3-2016 07:53 AM | Show all posts
BANGI: Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul mendedahkan bahawa mereka dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih setiap kali pilihan raya.

Lina Abdullah, 63, berkata janji itu ditabur ahli politik yang bertandang ke kampung berkenaan setiap kali kempen pemilihan diadakan.

Letih dah kami, ada orang dacing ini setiap kali pilihan raya cakap mahu bagi bekalan elektrik dan air bersih tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.

Itulah kami pun hairan sebab kampung kami sebelah sahaja dengan Putrajaya tapi Putrajaya ada semua, kampung kami tak ada apa-apa, katanya ketika ditemui FMT, baru-baru ini.

Mohamad Amin Abdullah, 67, janji sama juga ditaburkan bahawa akan ada bekalan elektrik dan air bersih, namun ia kekal tiada dan penduduk kampung tetap menunggu.

Katanya, penduduk kampung sudah lama dahagakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.
Perkara ini tidak patut berlaku, Putrajaya dekat sangat dengan kampung kami, tapi kampung ini tiada elektrik.

Orang kampung di sini sudah macam cerita P Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul timbul, katanya.
Kadir Mohamad Amin, 32, berkata penduduk kampung sudah beberapa kali memohon bekalan elektrik dan air termasuk menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang, tetapi tiada maklum balas.

Katanya, perkara itu amat dikesali dan menyebabkan penduduk kampung Orang Asal di kawasan Dengkil merasa diabaikan sekali pun mereka rakyat negara ini.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-3-2016 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list