CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2100|Reply: 2

[Tempatan] Putrajaya sudah membangun, mana elektrik kampung kami?

[Copy link]
Post time 11-3-2016 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk kampung Orang Asal dakwa tiada bekalan elektrik meskipun duduk berhampiran dengan pusat pentadbiran Putrajaya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2016 07:53 AM | Show all posts
BANGI: Penduduk Kampung Orang Asli Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul mendedahkan bahawa mereka dijanjikan bekalan elektrik dan air bersih setiap kali pilihan raya.

Lina Abdullah, 63, berkata janji itu ditabur ahli politik yang bertandang ke kampung berkenaan setiap kali kempen pemilihan diadakan.

“Letih dah kami, ada ‘orang dacing’ ini setiap kali pilihan raya cakap mahu bagi bekalan elektrik dan air bersih tapi sampai sekarang tak ada apa-apa.

“Itulah kami pun hairan sebab kampung kami sebelah sahaja dengan Putrajaya tapi Putrajaya ada semua, kampung kami tak ada apa-apa,” katanya ketika ditemui FMT, baru-baru ini.

Mohamad Amin Abdullah, 67, janji sama juga ditaburkan bahawa akan ada bekalan elektrik dan air bersih, namun ia kekal tiada dan penduduk kampung tetap menunggu.

Katanya, penduduk kampung sudah lama dahagakan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih.
“Perkara ini tidak patut berlaku, Putrajaya dekat sangat dengan kampung kami, tapi kampung ini tiada elektrik.

“Orang kampung di sini sudah macam cerita P Ramlee, tunggu punya tunggu, bulan tak timbul timbul,” katanya.
Kadir Mohamad Amin, 32, berkata penduduk kampung sudah beberapa kali memohon bekalan elektrik dan air termasuk menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang, tetapi tiada maklum balas.

Katanya, perkara itu amat dikesali dan menyebabkan penduduk kampung Orang Asal di kawasan Dengkil merasa diabaikan sekali pun mereka rakyat negara ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 07:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083170 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list