View: 4787|Reply: 19
|
[Tempatan]
{9} Ikan tahai didaftar sebagai Harta Intelek Sarawak!
[Copy link]
|
|
March 13, 2016, Sunday
LAWAS: Produk kampung ikan tahai keluaran daerah Limbang dan Lawas sudah diiktiraf dan didaftar sebagai Harta Intelek Sarawak di bawah Petunjuk Geografi (GI) merupakan salah satu komponen Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Limbang dan Lawas amat popular dengan keluaran ikan tahai.
“Dengan ada pengiktirafan itu, ia akan mendapat pasaran lebih luas. Kita bakal membawa produk kampung kepada pasaran bandar dan luar bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Karnival Usahawan Majlis Perasmian Karnival Usahawan dan Kepenggunaan Sarawak dan Regatta Lawas 2016, semalam.
Untuk fakta, ikan tahai boleh dibuat sambal, keropok, serunding, atau dimasak sup yang dikenali sebagai ‘sup dadah tahai’.
Sementara itu katanya kerajaan Brunei menyatakan persetujuan menjadikan kawasan Limbang dan Lawas sebagai pusat pengeluaran ternakan termasuk kerbau, kambing dan ayam.
“Adanya pusat pengeluaran ternakan di kawasan kita kelak, ia bakal boleh memberi peluang kepada masyarakat kita untuk menjadi pengeksport daging halal ke Brunei,” katanya.
Usaha sama dengan Brunei ini, kata Awang Tengah satu peluang terbaik dalam memaju ekonomi domestik melalui kesedaran penduduk tempatan untuk berniaga.
Selain itu satu jawatankuasa sudah ditubuhkan untuk mencari mekanisme bagaimana meningkatkan sektor dan aktiviti ekonomi dalam pelbagai bidang yang dibincang termasuk penternakan, industri halal, perikanan, pelancongan dan sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. - Sarawak News
P/s Satu-satunya dadah yg halal dijual dan makan - Sup dadah tahai !
|
|
|
|
|
|
|
|
sup dadah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke ikan daftar under ip? Unless dia maksudkan produk hasil dari ikan tu maybe boleh lah kut..tapi kalau ikan itself tak boleh kan..
Ke mzz yg x faham artikel |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan tamban segar le ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
2010 - RM1.00
2016 - RM10.00 (naik rege sbb didaftar sbgi harta intelek )
|
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan ikan tamban ke?
sedap dibuat keropok lekor dan kerabu lawa sebab tak hanyir
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab baek ikan tahai bkn tahi... |
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 replied at 13-3-2016 10:22 AM
Nampak mcm sedap jer..... |
|
|
|
|
|
|
|
`ooh..ni ikan tahai.....masa kat Brunei dulu, selalu nampak yg kering, tapi tak tahu rupa asalnya, pada hal kat pasar Brunei, melambak2 jual ikan ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ikan ni pakat ramai2 migrate ke negara lain guaner? |
|
|
|
|
|
|
|
..jangan...nanti tepelancot semua indon masuk tudoh kita klaim hak depa.... @mepulima @malondul
|
|
|
|
|
|
|
|
Elhamdulillah didaftarkan. takde lah indon klaim nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi katok sambal tahai...di tamu kianggeh ikan tahai salai 10bnd.Yg tanpa kepala 20bnd 1kg,blend halus dan di buat sambal. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by XxNotTruexX at 13-3-2016 02:20 PM
Hahahahaha ... produk ciptaan Tuhan-pun hendak diklaim sebagai hak intelektual ... Tak heranlah jika nama Tuhan Allah=pun diklaim sebagai hak intelektual umat Islam sahaja ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|