CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22006|Reply: 124

'Sy Patut Dengar Cakap Paul Moss, Idzham Omar & DCT' – Radhi OAG

[Copy link]
Post time 14-3-2016 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 15-3-2016 10:09 AM

‘Saya Patut Dengar Cakap Paul Moss, Idzham Omar & Siti Nurhaliza – Radhi OAG Nyatakan Kekesalan


Siapa yang tak mengenali kumpulan rock alternatif, OAG yang satu masa dulu sangat popular dengan lagu ’60’s TV’ yang berjaya melonjakkan nama mereka sehingga ke peringkat antarabangsa. Malah, lagu hits mereka seperti PerMysuri, Slumber, Generasiku, dan Merpati Putih masih lagi menjadi bahan siulan anak-anak muda sehingga kini.

OAG sememangnya mempunyai potensi yang sangat besar pada masa itu kerana muzik yang dibawa lain dari yang lain. Jom ikuti temubual ekslusif antara Juiceonline.com dan Radhi OAG dalam artikel berjudul: Wanna Bee Radhi – Staying Afloat With Radhi-O


Saya dah penat jadi hamba dadah…

“Saya mula terlibat dengan heroin pada tahun 1994, apabila kawan saya memperkenalkan heroin.  Pada masa tu saya terpengaruh dengan gaya hidup rock star Barat macam kumpulan-kumpulan rock yang jadi idola saya. Saya nak jadi hebat macam dorang, hebat dalam penulisan lagu dan muzik yang berkualiti…”

“Kurt Cobain ialah salah seorang artis pujaan saya. Saya terlalu mengikut falsafah dan gaya hidup dia. Saya sangat muda dan tidak matang. Pada saya heroin hanyalah ubat yang boleh buat saya segar dan bersemangat. Sehinggalah saya ketagih…”

Saya tak datang interview dan recording. Saya suka menyendiri…

“Saya lebih suka menyendiri, saya dah nampak kesan dadah tu kat saya. Saya tak datang interview, tak datang recording. Saya bergaduh dengan semua orang termasuk lah Paul Moss dan Idham Omar. Saya tak suka jumpa keluarga. Saya melepaskan peluang untuk buat show di London. Melody Mocker pun ambil masa dua tahun untuk disiapkan sebab saya sangat ketagih.”

“Bayangkan berapa banyak duit yang saya dah habiskan. Dah terlambat pun nak menyesal…”

Dadah merosakkan hidup saya.. Saya patut dengar nasihat mereka…


Dengan nada kesal Radhi mengimbau kembali betapa ruginya dia sebab  melepaskan peluang berada satu pentas dengan Siti Nurhaliza di Indonesia.

“Kalau saya dengar cakap Paul Moss, Idham Omar dan Siti Nurhaliza, saya mungkin dah jadi artis no. 1 mengalahkan Siti pada waktu itu. Mungkin saya tak seperti sekarang. Saya dilahirkan di Sibu, dibesarkan di Sarawak dan fucked up di KL. Siti pernah mahu membawa saya mengikutinya tour sebanyak dua kali. Tapi saya melakukan kesilapan besar dimana saya terlepas kedua-dua flight tersebut”

“Kata Siti saya rugi sebab lepaskan peluang tu sebab saya ada potensi besar di Indonesia. Malah Siti ada bagi sejumlah wang untuk saya siapkan lagu yang tertangguh. Namun, sampai ke hari ini lagu itu masih belum siap. Saya berjanji akan menyiapkan lagu itu dan menyelesaikan hutang Siti. Lagu tu mungkin bukan lagu yang sama tapi mungkin kita boleh berduet?”

Menurut Juiceonline.com, mereka percaya OAG masih berpeluang untuk melakukan ‘comeback’ setelah mendengar beberapa buah lagu preview OAG dalam Bahasa Inggeris. Pada mereka, Radhi sangat kreatif dalam penulisan lirik serta mempunyai kelainan tersendiri dalam mencipta lagu.

Begitulah pengakuan dari Radhi OAG mengenai kisah gelap hidupnya. Diharapkan semoga Radhi cekal dan teguh dalam menempuh kehidupan seperti lelaki yang normal. Bukan senang untuknya keluar dari lembah tersebut. Namun demi anaknya, dia harus berubah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 01:28 PM | Show all posts
Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna...tp bagusla dh insaf.nk mcm dlu mmg dh xblh,moga blh dpt peluang yg lbh cerah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokle ex wife dia dah cerai dgn dia dulu
Shazleen tu mcm x padan je dgn radhi ni...sheols dah le anak org kaya..umah ada pool..patut kawen je dgn org sekufu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:37 PM | Show all posts
semua org leh berubah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:40 PM | Show all posts
itu biase....bila dah insofff, beribu sesalan datang

all the best utk hari mendatang

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
amboi confident ye mampu mengalahkan mek iti sbg pnyanyi no. 1 negara
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2016 01:53 PM | Show all posts
Orix replied at 14-3-2016 01:48 PM
amboi confident ye mampu mengalahkan mek iti sbg pnyanyi no. 1 negara

hahaha confident seorang bekas penagih dadah

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Orix at 14-3-2016 02:02 PM

so far kt malaysia iols rse belum ada retis yg amek dadah n mampu bebas sepenuhnya n nampak sihat lepas keluar pusat serenti.. iols wonder kt hollywood, bruno mars, tom hardy, robert downey jr. deyols pn struggle utk bhenti isap dadah, siap ad yg pakej skali dgan alcoholic bgai, tp lepas rehab terus nmpak sihat n nsem.. apa kt malaysia ni dadahnya umphh sgat ke? tp kt hollywood celeb pmpuan lg rmai yg drug addict compare to celeb laki rsenye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 14-3-2016 01:48 PM
amboi confident ye mampu mengalahkan mek iti sbg pnyanyi no. 1 negara

Tula.. yakin betul hah statementnye...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:03 PM | Show all posts
dulu aku mmg menggilai OAG
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:05 PM | Show all posts
aww...sweetnya siti..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:12 PM | Show all posts
ko nk berubah, beruba btl2.. jgn setakat nk tagih simpati lps tu wat onar balik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:12 PM | Show all posts
penah teringat satu gosip pasal radhi ni, tak tau lah betul ke tidak..dia penah tinggalkan gf ke stok gegeli ke tak pasti kat tepi jalan dgn half naked ke full naked ke, tp yg pastinya masa tu radhi tgh high..tak pastilah sape pempuan tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:21 PM | Show all posts
sayang nyaaa... semoga insof hingga ke hujung nyawa.. jangan sekerat jalan.. jangan pandang belakang okay
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:24 PM | Show all posts
d_dalia replied at 14-3-2016 02:12 PM
penah teringat satu gosip pasal radhi ni, tak tau lah betul ke tidak..dia penah tinggalkan gf ke sto ...

yg aku bc dalam FHM dulu2,dia nampak awek dia half naked ngan laki lain..


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:24 PM | Show all posts
radhi jumpa naza the times pon dalam rehab kan..kalau x silap lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 02:28 PM | Show all posts
supersudoku replied at 14-3-2016 06:24 AM
yg aku bc dalam FHM dulu2,dia nampak awek dia half naked ngan laki lain..

oh mcm tu pulak eh..kiranya main point awek half naked..hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:34 PM | Show all posts
lagu2 heshe ini memang sedap2 dulu2...
rugi sangat karier hancur hanya di sebab kan hadap  makan dadah
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:36 PM | Show all posts
Bacani, terus aku respek mak iti. Aku rasa takde pulak makiti canang kat reporter radhi amik duit dia tapi x dpt lagu. #respectmakiti
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:43 PM | Show all posts
Orix replied at 14-3-2016 01:55 PM
so far kt malaysia iols rse belum ada retis yg amek dadah n mampu bebas sepenuhnya n nampak sihat le ...

artis msia amik dadah gred cekai kot
artis holiwood amik hat premium gred
tgklah maradona time masuk rehab
gemok gila time tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.487942 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list