View: 2359|Reply: 8
|
4 Jenis Lelaki Yang Perempuan Menjauhi
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Apabila perempuan bercakap pasal jenis lelaki yang digemari, ianya pastinya terdapat pelbagai jenis. Tetapi mengenai jenis lelaki yang paling benci pula, pastinya wujud banyak pertindihan. Berikut adalah 4 jenis kelakuan lelaki yang paling dibenci oleh kaum hawa. Anda akan sedar lelaki yang memiliki perangai seperti berikut , hubungan percintaan lazimnya tidak akan kekal lama..
sumber foto : http://m.c.lnkd.licdn.com/
1) Lelaki yang tiada pendirian
Percayalah cakap saya, lelaki jenis ini lagi dibenci oleh perempuan berbanding dengan lelaki yang panas baran. Lelaki seumpama ini tiada pendirian, susah nak buat keputusan, malah kelihatan selekeh, tiada gaya kelelakian, mudah dibenci dan menyebabkan perempuan naik angin. Yang paling digeram oleh perempuan adalah sifat tiada pendiriannya dalam hubungan percintaan, lelaki begini tamak kerana semua pun ingin memiliki. Berdepan masalah hanya tahu guna cara mengelak, langsung tidak mahu mencari penyelesaian, tidak ada sikap bertanggungjawab.
sumber foto: http://uf.cari.com.my/
2) Lelaki yang tidak 'gentleman' dan mementingkan diri
Bukan nak lelaki terlalu 'gentleman' sehingga semua perbelanjaan perempuan pun kena tanggung, tapi janganlah bersikap terlalu tidak 'gentleman' sehingga memperlihatkan diri kedekut sangat. Contohnya, pernah jumpa sepasang kekasih selepas menjamu selera, ketika membuat bayaran yang berjumlah RM276, teman lelaki terbabit dengan tepatnya mengeluarkan jumlah wang RM138, pasangan tersebut seringgit demi seringgit mengeluarkan jumlah bayaran masing-masing. Ada pula teman lelaki yang bersikap kedekut enggan tolong bayar untuk teman wanita yang membawa duit yang tidak cukup. Alasan teman wanita itu tidak pernah pulang wang yang dipinjam.
Jimat cermat bukannya kedekut, lazimnya orang macam ini perangainya pentingkan diri. Tidak gentalman bukan tidak elok, cuma terlalu berkira sangat, boleh mengakibatkan hidup seseorang itu tidak ada keriangan yang sewajarnya.
3) Lelaki yang tiada sifat tanggungjawab
Dalam hubungan cinta antara manusia apa yang paling penting adalah [Kepercayaan], dan asasnya berasal dari sifat tanggungjawab. Semua ini lebih penting berbanding dengan sifat luaran seseorang, tahap pendidikan, keupayaan dan kelakuan. Lelaki yang bertanggungjawab akur dengan apa yang pernah diperkatakannya, dan akan menunaikan apa yang dijanjikan, selaras itu ia turut kelihatan lebih matang dan tegas yang memboleh perempuan rasa selamat. Selain itu, lelaki seumpama ini bukan sahaja bertanggungjawab pada dirinya, ia juga bertanggungjawab terhadap pasangannya, masalah main kayu tiga tidak akan terjadi pada lelaki tersebut.
4) Lelaki yang tidak keyakinan diri
Lelaki yang tiada keyakinan diri lazimnya kelihatan merendah-rendahkan dirinya, sehingga mudah bersikap abnormal atau amat pesimis. Lelaki sebegitu bukan sahaja kekurangan sifat tanggungjawab, mereka juga akan mencari pelbagai alasan untuk menutup sifat rendah dirinya. Situasi yang biasa ditemui adalah janji yang tidak dapat ditunaikan, biasanya lealki seumpama ini akan menyalahkan pengaruh luaran, dan akhirnya diselesaikan dengan memohon maaf.
Lelaki yang tiada keyakinan diri memang juga bersifat kurang berkeyakinan terhadap hubungannya dengan pasangannya, dalam keadaan macam ini juga amat mudah menimbulkan perasaan tidak yakin, dan percintaan yang tidak berkeyakinan, macam mana boleh berkekalan?- CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai2 la ko tan siew loo |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yg sembang deraihhhhhhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
laki yg blagak kaya tp nan hado.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki yang cakap pusing pusing
Lelaki yang beri harapan palsu
Lelaki yang guna agama untuk tackle perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 15-3-2016 10:00 PM
1. agama - knowledge based - yang amat rendah religious mindfullness - ketara sedar dalam beragama yg rendah sehinggakan dikhuatiri sampai taraf DAYUS yakni tak mempu membimbing isteri ( sama ada dia actually sedar atau tidak ) dalam bab bab asas agama yg bagi impak secara seriosu dan tak sedar kepada dirinya sendiri keluarga dan etc.
2. yg tak ada kemampuan dari aspek zahir dan batin - ini a must ikut syarak sebab nikah ni pun ada hukum wajib, makruh, haram etc ,
3. yg mentally challenge , tak matang , tak ada sense of judgement yg betul ( ikut cakap mertua membuat tuli sampai bab cerai berai tu ( yups ada ) )
4. yg tak sekufu - ni amat bahaya
5. seperti di atas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Asik laki je kne bayo kopak la |
|
|
|
|
|
|
|
Awang Hitam pun patut dijauhi sekali.. Baru sesuai. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|