CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14508|Reply: 98

Tunang Aliff Aziz Dipulaukan Sahabat Selepas Bertunang

[Copy link]
Post time 16-3-2016 08:27 AM | Show all posts |Read mode
Tunang Aliff Aziz Dipulaukan Sahabat Selepas Bertunang

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2016/03/16/tunang-aliff-dipulau/

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2016 6:01 AM


Aliff dan Bella bakal berkahwin selepas sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

PETALING JAYA: Tunang kepada Aliff Aziz iaitu Bella Astilla kesal apabila dipulau beberapa teman baiknya selepas dia bertunang dengan penyanyi berasal dari Singapura itu.

Bella berkata, dia tidak mengetahui punca sebenar mereka berbuat demikian namun mengakui cukup terkilan kerana hubungan mereka rapat bagaikan adik-beradik sebelum ini.

"Sebelum saya mengikat tali pertunangan hubungan saya dengan kawan-kawan memang baik tetapi mereka berubah secara tiba-tiba tanpa saya tahu puncanya.

"Saya tertanya-tanya juga kenapa berbuat demikian, adakah kerana tidak menyukai Aliff atau ada perkara lain menggangu mereka.

"Memang sedih kerana hubungan kami rapat seperti adik-beradik," katanya.

Terdahulu, pasangan berkenaan mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai depan.

Bagaimanapun keluarga kedua-dua belah pihak masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis tersebut dan ia akan dimaklumkan kemudian.

Aliff, 26, dan Bella sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Aliff dan Bella mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Aliff berkata, dia tidak mahu Bella terlalu memikirkan soal berkenaan kerana sebagai manusia biasa mereka tidak dapat memuaskan hati semua pihak.

Jelasnya, tindakan rakan-rakan tunangnya itu cukup mencerminkan siapa diri mereka sebenar selain niat mereka berkawan baik dengan Bella.

"Saya tidak pernah percaya bahawa lelaki boleh berkawan baik dengan perempuan dan sekiranya mereka tidak boleh menerima hakikat saya dan Bella bakal berkahwin kami tidak dapat lakukan apa-apa.

"Paling penting sekarang kami fokus kepada perancangan untuk perkahwinan kami nanti," katanya.

Sementara itu, Aliff berkata, ikatan pertunangan banyak mengajar mereka berdua untuk memahami diri masing-masing dengan lebih baik.

"Dalam tempoh bertunang ini orang kata banyak dugaan tetapi pada saya, kami lebih memahami di antara satu sama lain.

"Pertengkaran itu perkara biasa dan Alhamdulillah kami semakin matang sebelum menempuh alam rumah tangga," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 08:30 AM | Show all posts
oohh kwn baik tu adalah lelaki?xpe sgt kalo da xnk bkawan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:50 AM | Show all posts
chekacheku replied at 16-3-2016 08:30 AM
oohh kwn baik tu adalah lelaki?xpe sgt kalo da xnk bkawan...

mana tau laki?

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
minah_kidal replied at 16-3-2016 08:50 AM
mana tau laki?

Baca komen Aliff
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih sgt bella kwn laki xnk kwn
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:05 AM | Show all posts
ingatkan bff dia yg jd dulang girls mase tunang tu..choyy lelaki rupanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2016 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Gentle la kawan dia takmo ganggu tunangan orang. Bella dah mula nak cari populariti ye. Nanti jadi macam bini abang Mat Haron ek... ala2 celeb.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:07 AM | Show all posts
ini pun nak jadi bahan berita kewww..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:09 AM | Show all posts
cerita macam ni pun boleh keluar...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:10 AM | Show all posts
Leeerrr mati-mati ingatkan bff dia tu perempuan. Sekali lelaki daa. Dia paham lah tu awak tu dah jadi tunang orang, kalau rapat kang si alif plak jeles.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hok aloh ceta gini pun boleh, asal dpt bahan ye reporter
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:17 AM | Show all posts
ini pun leh wat cte??
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian...citer gini pon masuk paper...
Nampak beno x dok citer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:26 AM | Show all posts
Yeye bersedih Bella, Alif happy je haha
Kecik je dia, berapa umur dia btw?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih mggelitis bff laki dah xmo kwn ngn die..fefeeling inesen xphm knapa..blh jd plakon ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:31 AM | Show all posts
klu bff nya lelaki sewajarnya lah dia dah x kawan...awak tu tunag org bella oiii....

kang boleh menjadi syak or kuar cerita2 x patut...aliff jeles ke..apa ke...tak pasal2 putus tunang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2016 09:35 AM | Show all posts
catalina replied at 16-3-2016 09:21 AM
Sian...citer gini pon masuk paper...
Nampak beno x dok citer...

wartawan mesia ni mmg xde cerita nk cover, bini alip merajuk belikan henbeg,bella hilang kwn..entah pape..


btw, lawa nye mangkuk tingkat pastel kaler itteww
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:36 AM | Show all posts
itu pun ko nak bagitau ke bedah? sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:37 AM | Show all posts
bottombikini replied at 16-3-2016 09:07 AM
ini pun nak jadi bahan berita kewww..........

kannnn sampah betul wartawan nama mohd qayyum azizi nih

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2016 09:39 AM | Show all posts
minah ni yang petite ke si alip ni tinggi melangut?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.192842 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list