Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
1638
View
1
Reply

Dapatkan tiket percuma - Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7s Sepasukan 2016

[Copy link]

Author: Defcon       Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-3-2016 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Singapura yang menjadi negara destinasi ke-8 dalam siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan 2016 ini bakal menjadi medan pertembungan 16 pasukan seluruh dunia untuk merebut kejuaraan sekali gus persedian yang terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Rio 2016 nanti. Penganjuran ini yang bakal berlansung pada 16 & 17 April 2016 di Stadium Nasional Singapura yang telah dibaikpulih sepenuhnya memiliki kapasiti 55,000 penonton. Malah sebelum ini juga Stadium Nasional Singapura turut telah menganjurkan kejohanan ragbi World Club 10s pada 2014.

Pada April 2015, Singapura telah berjaya dipilih sebagai venue baru pertandingan Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan dengan kontrak selama 4 tahun melengkapkan 10 siri kejohanan ini yang turut berlansung di Sydney,        Dubai, Cape Town, Wellington, Las Vegas, Hong Kong, London, Vancouver dan Paris. Siri kempen kejohanan 7 sepasukan ini yang berlansung selama 8 bulan disertai oleh 16 pasukan ragbi 7 sebelah terbaik di dunia akan berakhir sebelum temasya Olimpik Rio 2016 di mana sukan ini kembali mejadi acara sukan yang dipertandingkan.

Jepun yang layak secara wild-card menjadi pasukan tunggal dari benua Asia hadir ke siri kejohanan ini. Pasukan Brave Blossoms ini yang dibimbing oleh Tomohiro Segawa selaku jurulatih optimis untuk memberi cabaran kepada pasukan yang bertanding dengan sasaran tempat ke-4 teratas. Pasukan dari negara matahari terbit ini kian memperkukuhkan tangga kedudukkan dunia di tangga ke-17 setelah muncul juara dalam acara kelayakan Ragbi Asia 7 Sepasukan di Hong Kong pada November lepas.

Susulan kejayaan pasukan 15 sebelah kami di Piala Dunia Ragbi, kini giliran kami untuk menyampai mesej kepada dunia bahawa kami mampu untuk bersaing dengan negara-negara kuasa besar ragbi. Kami akan bermain ragbi 7 sebelah ini dengan penuh kebanggaan, semua rakyat Jepun di luar sana boleh berbangga dengan kami ujar Tomohiro Segawa dengan penuh semangat.

Pemain sayap, Yoshikazu Fujita yang dijangka akan menjadi tumpuan di dalam pasukan ini setelah beraksi di dalam kejohanan Piala Ragbi Dunia 2015 yang telah berlansung di England. Pada kejohanan Piala Ragbi Dunia lepas, Jepun telah berjaya mencuri tumpuan dunia dengan aksi mendebarkan menewaskan pasukan Afrika Selatan dengan kutipan mata 34 berbalas 32.

Selain itu peningkatan pasukan Amerika Syarikat juga dijangka tidak akan memberi laluan mudah kepada pencabar di mana berjaya menewaskan pasukan New Zeland selaku pencabar hebat dan mara ke suku akhir di kejohanan Dubai Sevens pada bulan lepas.

Bernard Lapasset, Pengerusi World Rugby berkata Siri kejohanan ragbi dunia 7 sepasukan kian mendapat perhatian yang kuat dari kalangan peminat, media dan penaja di seluruh dunia. Singapura selaku tuan rumah yang turut menawarkan pakej destinasi perlancongan & perniagaan merupakan negara destinasi terbaik untuk kejohanan ini menjelang acara Sukan Olimpik Rio 2016 nanti.

Brett Gosper, CEO World Rugby juga turut mengulas di mana Asia kini telah mendapat perhatian dalam perkembangan sukan ragbi dunia 7 sepasukan dan Singapura telah dipilih untuk menganjurkan siri Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan bagi tahun 2015 dan 2016. Berbekalkan pengalaman menganjurkan kejohanan besar dan kesungguhan yang telah diusahakan malah dengan fasiliti stadium baru yang hebat sudah pasti penganjuran ini akan menjadi satu sejarah di dalam sukan ini.



Semperna dengan kejohanan ini, pihak penganjur telah menawarkan tiket percuma bernilai RM 2152.00 kepada para peminat ragbi dari Malaysia dengan melengkapkan soalan mudah di C http://goo.gl/cocPK3

Maklumat terkini Kejohanan HSBC Ragbi Dunia 7 Sepasukan Singapura 2016 boleh dilawati di C http://www.singapore7s.sg

Artikel dari - Sukandaily

Sukandaily-World-Cup-HSBC-Sevens-Series-Singapore-Promo02.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2016 12:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.081632s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list