CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: uniq61

Langsuir ganggu penduduk

  [Copy link]
 Author| Post time 1-4-2016 11:51 AM | Show all posts
Ada yg kata suara langsuir bunyinya macam bunyi break motor.bunyi yg nyaring tu.bukan bunyi mengilai.kalau mengilai tu cik pon..

Kalau bunyi langsuir kat umah aku ni selalu je dengar..


TU BUNYI PELESIT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2016 12:11 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2016 12:16 PM | Show all posts
Langsuir ini hobinya suka ketawa mengilai duduk atas dahan pokok. Rambutnya lebih panjang daripada pontianak.Suka mengusik-usik manusia di jalanan dengan ketawa.   Langsuir memang suka pada ibu2 yang bakal bersalin. Nakkan darah yang tumpah daripada rahim ketika melahirkan bayi. Apabila berjaya, maka satu perjanjian telah dimeterai di antara bayi.

Pontianak merupakan satu jenis hantu seolah-olah seperti kembar Langsuir tetapi banyak perbezaannya. Pontianak gemar berjalan kaki.Kekadang boleh nampak membawa bayi batu nisan. Adakalanya melompat-lompat ketika berjalan. Langkah jalannya pantas. Jenis ini akan ketawa dalam keadaan tertentu seperti tunai hajatnya atau gembira atas sesuatu dalam keinginannya.

Ada golongan hantu terbang mengiring dengan muka menghadap kita. Ada yang sendeng dan seperti meniarap.Golongan hantu akan terbang bergerak pantas dengan bunyi hembusan angin. Mereka akan lebih cepat kalau mengikut cahaya diwaktu gelap. Macam bawa lampu suluh pi suluh kat benda tu. Tapi tak nampak pun. Kalau tutup lampu, nampak.

Awas! Jangan sekali-kali suluh golongan mereka ini sebab dia akan bergerak melalui cahaya lampu itu dengan pantas(kelajuan cahaya). Ikatan perjanjian atau dampingan tanpa restui empunya diri dengan mereka adalahmelalui darah. Kekadang tidak logik kalau difikirkan tetapi ini adalah hakikat serapan dan gandingan mereka. Darah merupakan asas yang paling utama. Tak dapat dipisahkan. Itulah juga sumber asas kekuatan golongan mereka. Golongan makhluk halus memasuki tubuh manusia melalui pembuluh darah. Bahagian yang paling utama diganggu adalah daerah minda bertempat diotak,jantung,buah pinggang,perut. Dapat bergerak bebas dalam tubuh manusia. Oleh sebab itu sesiapa yang dirasuk tidak sedarkan diri apakah peristiwa yang berlaku.....


Langsuir dikatakan berasal daripada seorang wanita yang meninggal dunia ketika melahirkan anak. Disebabkan terlalu bersedih dengan kematian anak yang baru dilahirkan, wanita itu menjadi tidak waras. Sebelum dia meninggal dunia, dia bertepuk tangan sambil mengilai. Keadaannya itu berterusan sehinggalah dia meninggal dunia. Akibat tidak dikawal dan dijaga, jasad itu hidup semula dan terbang ke pokok berhampiran rumah wanita malang itu. Hantu itu akan ketawa mengilai sambil menepuk tangan.
Disebabkan itu, orang Melayu pada masa dahulu, akan meletakkan telur di celah ketiak mayat wanita yang mati ketika bersalin. Tapak tangannya pula dicucuk dengan sebatang jarum. Manakala di dalam mulutnya akan diletakkan sekeping syiling. Tujuannya, apabila mayat yang bertukar menjadi langsuir itu bertepuk tangan, telur di celah ketiaknya akan jatuh. Jarum pula mengelakkan ia menepuk tangan, manakala syiling mengelakkan hantu itu daripada ketawa.
Identiti langsuir boleh dikhususkan contohnya, berambut panjang mengerbang, berpakaian longgar putih yang ada kalanya berjerumbai, terbang sama ada secara terlentang atau meniarap dan menjadikan pokok-pokok besar sebagai port melepak. Kerap juga menjelma sebagai wanita cantik untuk menggoda manusia dan diiringi bau wangi sebelum kemunculannya.


Pontianak pula dikatakan anak langsuir yang baru dilahirkan dan mati. Dikatakan juga, ketika lahir, bayi itu melompat dan kemudian terus terbang keluar. Disebabkan terperanjat dan bersedih, si ibu meninggal dunia dan bertukar menjadi langsuir.
Tidak banyak bezanya antara pontianak dengan langsuir. Bagaimanapun klasifikasi pontianak agak berbeza kerana pontianak kerap menjelma sebagai kucing, musang atau anjing. Kecuali belalang yang merupakan penyamaran ibunya (langsuir), pontianak yang menyamar sebagai haiwan, tidak menjadikan pokok sebagai port melepak, sebaliknya gemar berada di tulang bumbung rumah atau masuk ke dalam rumah.
Mangsa utama langsuir dan pontianak adalah kanak-kanak dan orang yang lemah semangat.

Begitulah...WALLAHUAALAM BISSAWAB.













Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.057796 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list