View: 2964|Reply: 5
|
Akan Datang, Bakal Dijual Coli Kesan Kanser Payudara
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Satu hari nanti, coli boleh menjadi satu alat yang menyelamatkan nyawa. Terdapat sekumpulan pengkaji di National University of Colombia's School of Electric Engineering yang mahu menghasilkan coli bukan sekadar pakaian biasa.
Mereka ingin menjadikan coli sebagai alat pengesan kanser payudara yang mampu menyelamatkan beribu-ribu nyawa.
Jika ini terjadi, kaum wanita mampu mengesan kanser payudara lebih awal dan seterusnya menyingkirkan penyakit itu lebih efektif.
Pengkaji tersebut berkara kepada portal Fusion, mereka bukan mahu menggantu tugas doktor, namun idea ini dijadikan alat bantuan agar penyakit tersebut dapat dikenalpasti lebih awal.
Sumber foto: Carian google
Coli itu nanti dikatakan akan dipasang dengan pengesan infra merah untuk merekod suhu payudara kerana ia sangat berkait rapat dengan cara mengesan kanser itu sendiri.
Jika ada sesuatu yang abnormal dikesan, coli tersebut akan menghantar signal amaran kepada pengguna.
Buat masa ini masih belum ada lagi tarikh yang diberitahu untuk pasaran coli tersebut namun, pihak pengkaji sedang bertungkus lumus menghasilkan coli tersebut pada harga yang mampu milik. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat...mesti laris bila mula dipasarkan |
|
|
|
|
|
|
|
hebat idea tuh... chaiyokk |
|
|
|
|
|
|
| |
|