Semua sekolah di Kedah dan Perlis diarah ditutup selama dua hari bermula Selasa berikutan cuaca panas melampau.
Arahan itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
"engumuman lanjut akan dibuat berdasarkan keadaan cuaca semasa," katanya kepada pemberita selepas menerima penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pendidikan) daripada Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya siang tadi.
Mahdzir berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Penutupan itu hanya membabitkan murid sahaja kerana arahan itu tertakluk kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&).
"Bagaimanapun, guru mesti menghadiri sekolah seperti biasa," katanya.
Mengulas lanjut mengenai penutupan itu, pihak sekolah katanya, tidak perlu mengganti cuti terbabit.- CARI Infonet