CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5335|Reply: 25

Baik yg di KEJI

 Close [Copy link]
Post time 22-3-2016 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Salam semua.

Tak tahu dah nak meluah n mintak pendapat dekat mana. Rasa mcm nak tersungkur dah..terpeleot sudah. Suami MT freelance consultant utk 1 JMB. Start masuk, ramai dah berhenti sebab kan dia. Tak tau samada sebabkan dia atau sikap pekerja tu sendiri. Bagi saya, rasanya dia dah buat benda betul tapi tak tau la apa pendapat org lain.

(Berhenti)
Yg 1st berenti, manager, freelance jugak dekat situ. Puncanya dpt detect ada figure yg disorok dalam laporan audit. Macam ada yg tak kena, tak lama manager tu cabut dia angkut sekali 2 3 org kat situ keja dgn dia. Ok, cari org lain. Lepas manager berhenti, dia naik jd manager.

(Berhenti)
2nd, juruteknik. Tua la jugak 40 lebih. Dia ni jenis tamak, apa benda rumah penduduk nak kena repair dia bagi harga tinggi. Org marah, org ingat JMB buat duit padahal rosak tu takde kaitan dgn JMB. Panggil repair pun org luar tp dah sebab dia yg attend, dia yg bagi harga, org ingat JMB. Yg dapat nama MT. Juruteknik ni pulak jenis ngelat banyak, asyik main chess dekat mamak. Org komplen, dia tak attend borang aduan dia simpan. Keja tak jalan. MT lagi sakit sb tak dapat handle anak buah sendiri. Kalau suruh keluar, mesti lama. Juruteknik ada buat partime letak mesin air dekat sekolah. Pukul 10 dia mesti kelam kabut nak mintak keluar pegi bank balik petang. Itu masa dia hari-hari. Dia cuma rajin buat kerja bila benda tu mendatangkan duit/ komisen dekat dia. Dah kena panggil, kena tegur.
Selalu hold keja, tak bagitau, salah satu sabotaj utk menampakkan yg MT tak boleh kawal ofis. Bila dah banyak kali, dia pun buat la cerita kata MT gila kuasa. Tak lama berenti. Sebelum juruteknik keja apa tah, kena vss tp tak nak ambik nak fight utk dpt pampasan. Tak tau kesudahan.

3rd, juruteknik. 40 lebih jugak. Asalnya dia ni QA/QC tp kena turun pangkat jadi worker sampai vss jugak. Ambik dia keja jd technician. Tp yg ni keja pulak alahai.. Dia buat kerja ni mcm part time je. Tengari mintak rehat 2 jam alasan nak ambik anak. Ok. Keja pulak alai balai. Takde effort untuk JMB. Tp dia ni tak la sebusuk hati yg kedua tadi.

(Bakal berhenti)
4th, Akaun admin. Perempuan. Dia ni dah kawin, suami bawak teksi. Tp selok nak kutip komisen jual rumah. Org kelatan cakap jadi brokar. Bila buat, banyak la keja ofis yg terbengkalai. Kuat menipu, tak pernah mengaku dia salah. Setiap kali ada benda jadi, ada je alasan dia. Ofis upah akauntan utk training, sepatutnya setahun dah setel. Tapi sekarang dah setahun lebih tak habis-habis lagi. Kejap-kejap nak pegi bank. Slip gaji tak buat, tp yg dia punya ada pulak. Surat penting sampai dia simpan. Bila jadi isu, MT kena blame sbb tak pantau. Aging akaun sampai 3 hari tak boleh setel. Tapi dia mula buat alasan susah la apa la. Bila mintak update untuk buat pemotongan air, tak sempat la keja banyak. Padahal tak pikir ke kalau tak buat, mana nak dpt duit. Sampai kantoi dah ak boleh buat apa, baru ckp nak berhenti.













Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2016 11:44 AM | Show all posts
Pengerusi mula tanya, kenapa ramai sgt org berhenti bila MT ni ada. Org yg diambik bekerja tak berkelayakan. JMB situ kalau nak ambik org kerja, kena utamakan penduduk yg kerja situ dulu baru cari org luar. Kalau tak nanti org bercakap tak nak tolong penduduk.

Tak campur lagi mana-mana yg sengaja buat duit dgn JMB. Buat grill upah luar boleh dpt 230. Kalau suruh penduduk dia caj 350. Kalau tak bagi mula la JMB berkira tak nak tolong. Sewer line sumbat. Panggil penduduk buat sekali buat caj contoh 200. 2 minggu sumbat lagi caj lagi. Lepas tu caj lagi bila tanya kenapa asyik sumbat. Dia jawab oo...ni tak boleh buat apa dah ni teruk dah ni memang kena selalu mcm ni. Ok.

Panggil org IWK buat side job. Dia buat, caj 150. Tanya kenapa asyik sumbat dia kata dalam tu dah penuh. Kena bukak lubang habis baru air boleh lalu. Org dulu ni mesti bukak lubang kecik tu sebab selalu sumbat balik. Tengok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 11:53 AM | Show all posts
Yang terbaru.

Ada org letak mesin RO dekat surau. Dah la bil air surau JMB bayar. Pun takde cakap dgn JMB nak letak, bukan mintak bayar sewa pun. Sebelum tu ada pakcik ni, sembang dengan MT.
En A   - Eh tu mesin sapa letak dekat surau tu?
MT      - Tak perasan la pulak. Sape punya ya?
En A   - Tak tau la. Tapi bil air surau JMB bayar kan?
MT      - Haah JMB bayar

Ok. MT pun pegi tanya imam sapa punya. Imam pun tak tau. MT issue kan dekat Pengerusi. Rupanya yg mesin tu kawan Pengerusi punya. Pengerusi pun tegur la tuan punya mesin. Tuan punya tu dtg mengamuk dekat ofis.

"Kau ni MT, kau ni muka je baik tapi hati busuk! Untung aku bagi la separuh dekat surau. Org nak buat amal pun tak boleh. Hati kau mmg busuk!! En A kata kau yg mula-mula tanya mesin siapa. Kau mmg suka mencari salah orang! Kau selalu bagi indon buat kerja kenapa? Dah takde org lain boleh buat kerja ke kat sini??"  

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:03 PM | Show all posts
panjangnya cerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 12:05 PM | Show all posts
Saya dah mintak suami lepaskan je lah dekat situ. Tapi dia kata, macam mana dia nak bersihkan balik nama dia?


Kebanyakan yg marah suka cari salah semuanya penduduk yg dah lama duduk situ. Suka ambik kesempatan dekat JMB. Caj mahal, tp maintenance tak boleh bayar tunggak sampai ribu-ribu. Pakai harta JMB sesuka hati. Dulu, saya selalu pesan apa org cakap biarlah. Asalkan awak buat benda yg betul, ikut jalan yg betul. Jgn ambik komisen wlaupun org bagi.

Tapi, kesudahannya bila tak berat sebelah org pulak mencari salah. Yg selalu buat cerita ada 1 geng, panggil geng mamak. Selalu lepak mamak, masa tu buat la cerita itu ini. Gosip laki lagi bahaya dr gosip perempuan. Takkan nak pegi terangkan dekat sorang-sorang apa yg jadi. Tak terlayan.

Semalam sy menangis-nagis mintak dia berhenti. Sb sy pun dah tak tahan dgn pressure mcm tu. Bila dia ada masalah, terpaksa bawak balik rumah. Rumah pun jadi mcm tak seronok. Ni dia pun dah nekad nk lepaskan cuma dia tanya apa dia kena buat utk selesaikan setiap isu yg timbul sejak dari dulu.

Kadang-kadang dia taktau pun ada isu, tiba-tiba je kena perli.

Buat pengetahuan, semua kaki gosip tu dah tua dah......40 an, 50 an, 60 an ke atas . Kitorang ni je yg muda lagi 30 lebih. Ego penduduk lama, tak nak mengalah dengan org baru.

Atau mmg cara kitorang yg salah? Penat tau....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 12:06 PM | Show all posts

Mmg pun....... Nak menangis pun ada  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2016 12:16 PM | Show all posts
Bila hidup serumpun dengan Melayu tak mahu bercampur gaul dengan bangsa lain, beginilah masalah yang biasa didengari. Letih. Baik hidup berjiran dengan pelbagai bangsa, sepakat appoint management & security services provider luar dan tak payah pening kepala JMB segala bagai ini. Aman-aman aje.

Berhenti je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
X tau ape nk ckp..sbr ye sis..cuma setahu sy org keje ngn JMB mcm ni gaji x byk sbb tu dorg ade side income lain. Pkara ni boleh discuss n asalkn bole balance,to me its ok. Cuma,yg sy nmpk staff sis ni tak hormat sis/suami.Bg indon keje tu sbb labour cost murah bbanding local,itu sy fhm. Knp x terangkn saje pd En A tu? Buat la meeting penduduk. Yg dgn staff tu,meeting jugak. Ckp straight to d point.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 12:48 PM | Show all posts
JMB dgn MT tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 01:51 PM | Show all posts

tu la akak pun tak berapa paham MT tu nama shuben tt ke

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 02:07 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 22-3-2016 01:51 PM
tu la akak pun tak berapa paham MT tu nama shuben tt ke

same lah kak..i pun nk tau MT & JMB tu ape
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 02:58 PM | Show all posts

JMB tu short form utk persatuan atau komuniti yg dilantik bagi menguruskan penyelenggaraan bg suatu tempat duduk. Perumahan, bertingkat, kondo dll...
MT tu suami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 03:14 PM | Show all posts
sarahmirza replied at 22-3-2016 12:16 PM
Bila hidup serumpun dengan Melayu tak mahu bercampur gaul dengan bangsa lain, beginilah masalah yang ...

Mmg nak berenti pun kaka sarah. Cuma nak tau mcm mana nak bersihkan nama dia sebelum keluar.
Meeting penduduk pun macam dorang malas layan. Bila tak menyebelahi, buat layan tak layan je. Kalau bagi apa yg dia nak, baru jadi baik.

Bila banyak kecurian, komplen. Ok buat security, upah geng-geng mamak yg banyak sgt komplen jaga siang malam bergilir. Gaji nak tinggi, tp bila suruh ronda kata bukan dalam skop kerja. Suruh pakai proper tak nak. Nak pakai ikut suka, pos pengawal dah jadi mcm tempat melepak. Siap buat wiring sendiri nak letak peti ais, tv, radio. Sekali cas, 4 5 hp.

Tak campur lagi yg keta sadai. Org ni perli kata takkan tak nak alih keta sadai tu, org nk guna parking. Owner pulak kata, dah keta dia rosak takde duit nak repair. Dah ada duit nanti dia repair la. Lepas tu bila tak ambik tindakan, yg komplen mula-mula tadi duk perli kata berat sebelah. Tapi tak berani nak ckp dkt owner depan-depan. Alasannya tu keja JMB. Lepas tu mengata dalam senyap.

Laki ni lagi teruk dorang punya mulut.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 03:26 PM | Show all posts
4everMore replied at 22-3-2016 12:27 PM
X tau ape nk ckp..sbr ye sis..cuma setahu sy org keje ngn JMB mcm ni gaji x byk sbb tu dorg ade side ...

Dia selalu balik lambat, nak setelkan kerja. Komplen itu, komplen ini tapi bila time nak bayar maintenance liat tertunggak sampai beribu. Dah nak kena potong, baru terhegeh bayar 200 300. Bab komplen nak kena setelkan cepat.
Yg sedihnya, dah la kita ni ikut cara betul pun kena mcm tu. Ikut jalan salah baru org sekeliling baik. Nak bagi kerja dekat kroni.



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
4everMore replied at 22-3-2016 12:27 PM
X tau ape nk ckp..sbr ye sis..cuma setahu sy org keje ngn JMB mcm ni gaji x byk sbb tu dorg ade side ...

Klu dah x tahan, minta suami resign n keje lain. Psl nk bersihkn nama tu..bg sy,cukup buat meeting dgn penduduk. Lps tu,klu dorg masih berbunyi lg biar kan..sis,kena anggap ini mslh biasa JMB dan penduduk yg menjadi resam dan asam garam sesuatu pgurusan. Penduduk ni mcm2 org dgn pelbagai perangai,tak boleh tutup mulut masing2. Lelaki atau pmpuan sama je. Bg keje kt kroni satu hal sis,boleh la twist bil tu. So,extra claim.Duit sis..sape x nk kn?
Sis,bil air bwh JMB jugak ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2016 04:32 PM | Show all posts
Ya air masih lagi bawah JMB tapi tgh proses tukar ke meter individu. Mmg nak berenti dah pun, cumanya at least dia kata clearkan mana-mana cerita yg orang buat. Kalau lepas mcm tu je, nanti apa-apa masalah mesti org salahkan dia. Sedangkan dia sekarang ni pun tgh cuci tahi org dulu, mana-mana seleweng claim lebih apa semua.

Nak buat meeting penduduk, tapi diorang ni bukan nak dtg pun. Jenis cakap belakang, lepas tu perli. Nak berkasar, hormat sb dia dah tua, org lama. Tapi yg paling sakit hati hal air RO dekat surau. Kata JMB halang dia nak buat amal bagi separuh untung dekat surau. Tapi bil surau JMB yg bayar. Senang nya bisnes, dia cuma kutip untung.

Lagi nak marah kata org halang dia beramal.  

Tak berbaloi sakit jantung darah tinggi sebab kan dorang. Selalu komplen, tapi bukan sama-sama nak tolong jadikan lebih baik. Sepatutnya tempat kita duduk kita jaga la bagi elok. Ni tak lagi nak ambik kesempatan.

Kadang-kadang terpikir diorang ni asyik pikir perut sendiri je adakah disebabkan ekonomi negara sekarang atau sebaliknya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 04:52 PM | Show all posts
duk area pprt ka ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 09:07 PM | Show all posts
resign ajela dan cari kerja lain, kerja berkaitan ramai org mmg masalah nak2 penduduk org2 tua takde kerja berkempen sana sini macam pak menteri. tak payah jadi tukang cuci segala taik yg dibuat oleh pekerja/pengurusan sblmnya. lagi dicuci makin byk terbeban dgn taik. kerana pendudk mmg suka bergelumang dgn taik
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:14 AM | Show all posts
MT tu management trainee kot

JMB = joint management board

agaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:18 AM | Show all posts
sis, bekerja dengan orang yang lebih tua/senior memang macam tu. Diorang ni bersifat diktator. Lepas tu, kalau buat silap, mestila taknak mengaku sebab nak jaga air muka. Tipikal malay lah sis...bila dicarut ala2 sentap terbawa2  sampai kiamat...padahal teguran berkaitan kerja, bukannya peribadi. Well, manusia jenis begini ada di mana2.

Macam ni lah, kau dan laki kau pegi buat solat istikharah banyak2, mintak petunjuk dari Allah...janganlah stress sangat. Anggaplah ni sebahagian daripada cabaran dalam hidup kau. Jika kau di pihak yang benar, buat apa nak risau atau takut. Biasalah, pihak yang benar mesti akan dipulau/difitnah dan bla bla bla lagi...drama melayu kot

btw aku x suka la cara penulisan kau...serabut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.103689 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list