CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: allhaillll

Cerita Sepanjang Jadi Student

[Copy link]
Post time 6-6-2016 01:18 AM | Show all posts
aku berminat betul nak tahu cerita pasal akak jual jamu tu akak tu manusia ke ape
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allhaillll at 6-6-2016 02:03 AM
MISSLIYA replied at 6-6-2016 01:18 AM
aku berminat betul nak tahu cerita pasal akak jual jamu tu akak tu manusia ke ape


entoh le. tp dia datang bilik aku tu, bwk raga. dlm raga tu ada la shampoo skincare semua. dia pakai baju kurung kedah. kain batik. rambut tocang tepi. kulit dia putih. tapi seingat aku, dia takdak juai jamu. mengapakah beliau digelar KakJamu? haha

urban legend mengatakan (cewwahh!) kalau kita sembang pasal dia di hostel, dia akan muncul. dan memang jadik kt classmate aku. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 02:01 AM From the mobile phone | Show all posts
CikMooMoo replied at 13-5-2016 04:18 PM
sorry, double posting.

senior tau dak pasal kak jamu? hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
duniaku85 replied at 4-6-2016 10:56 PM
seram giler..blh mengigau baca

tq baca ehee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2016 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi aku nak cadangkan 1 thread. hari hari beharap TT thread tu akan sambung cerita. pi la check tgk. best ceritanya.

http://mforum.cari.com.my/forum. ... oleksi&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2016 12:40 PM | Show all posts
allhaillll replied at 6-6-2016 02:01 AM
senior tau dak pasal kak jamu? hehe

tak pernah dengar pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2016 02:12 AM | Show all posts
Best2. Cerita pendek2, cepat nak hadam. Yang kak jamu tu misteri sungguh. Sampai ke sudah tak kenallah dia sape?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 16-6-2016 02:12 AM
Best2. Cerita pendek2, cepat nak hadam. Yang kak jamu tu misteri sungguh. Sampai ke sudah tak kenall ...

tq. try pi link aku share baru baru ni syok cerita dia. hehe.

akak tu taktau la betoi betoi orang ka dak. dari kami sem1 sampai 6 pun orang cerita nampak dia. uuu~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2016 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat berpuasa semua semuaaa semuaaaaaa~~~*bergaung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2016 01:31 PM | Show all posts
assalamualaikum semua. cerita ni aku rasa last dah yang aku ingat la.

cerita ni masa final. aku masih dengan roommate Ecah ni. ingat tak ada aku cerita sorang kawan aku yang aku panggil Kak? Kak ni duduk rumah sewa lagi. aku duduk hostel dah. masa final, Kak mintak nak tumpang bilik kami dalam 2 hari gitu sebab takut telewat ambik exam.

bilik kami berdua.  jadi aku dengan Ecah tido atas katil. Kak ni ambik tilam dari bilik kosong, hampar hujung kaki kami. Maknanya bila kami bangun dari katil, akan nampak tilam Kak kat bawah.

Kak ni style study dia, dia akan baca kertas nota, sambil mulut tekumat kamit hafal.

Jadi pagi nak exam tu, aku bangun dulu. dalam pukul 6. aku bangun je, nampak Kak tekumat kamit hafal note. Aku tegur, 'awainyaaa Kak bangun?' Kak tak jawab. Cuma mata ja tengok aku. Sambil mulut tekumat kamit. Dah Kak tak jawab, aku sambung tido balik.

Tak lama lepastu, aku dengar Ecah pulak bangun pegi toilet. Aku pun siap siap nak pegi mandi. Tapi bila aku bangun balik, nampak Kak ni tengah lena sangat tido. Macam tak bangun bangun dari malam tadi.

Habis exam, aku cakap 'kerek gila Kak ni. orang tanya tak jawab apa'. Kak pelik.Dia tanya balik , 'tanya apa? bila?' Ecah pulak menyampuk, 'haa la Ecah bangun pi toilet tengok Kak dok baca apa entah'

Bersungguh sungguh Kak yakinkan kami yang dia langsung tak bangun baca nota. Dia tido lena dari semalam lagi. Siap besumpah.

Jadi, aku dengan Ecah nampak sapa pagi tu???

Jeng jeng jengggggg

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 02:15 AM | Show all posts
allhaillll replied at 16-6-2016 01:31 PM
assalamualaikum semua. cerita ni aku rasa last dah yang aku ingat la.

cerita ni masa final. aku  ...

Cerita ni nak sama dengan pengalaman aku kat kolej kediaman dulu. Penah share kat benang lama, tapi rasa nak share jugak kat sini

(Time nak taip rasa seram lak tetiba lampu tido berkelip2)

Masa tu minggu final exam. Dah hujung2 dah. Paper aku dah habis rasanya sebab sem tu tak ambik banyak subjek. Jadi keje aku melilau ke bilik kawan2. Pukul 2, 3 pagi baru naik bilik. Bilik tingkat 3.


Sunyi je masa tu sebab wing aku kebanyakannya dah ramai yang balik kampung. Kalau tak pukul 2 pagi ni bising lagi budak2 duk lawan PES.

Bilik ni ada 4 segmen. Setiap segmen lengkap katil, meja study dengan loker, siap tingkap masing2. Kiranya ruang privasi setiap oranglah. Masuk dari pintu mula2 mesti nampak katil Umar dengan Shuttle. Sebelah kiri katil Faiz tapi terlindung balik loker dia. Belok kanan barulah katil aku. Semua tu nama betul. Shuttle tu nama betul dia Khairi. Ntah macamana boleh jadi Shuttle haha. Diorang ni semua kira junior aku tapi course lain2. Sebab aku extend 2 sem...nak jaga pointer punya pasal. Susah weh belajar engineering huhu.

Ok. Sambung balik. Umar dengan Shuttle aku tengok tengah sedap tido. Faiz aku tak nampak. Tak tau masa tu dia ada tak dalam bilik. Lepas solat Isyak pukul 2 tu (zaman jahil solat pun lewat hehe) aku pun baringlah atas katil siap2 nak tido dah. Lampu bilik semua tutup. Cuma ada lampu jalan je yang masuk dari tingkap aku dengan Shuttle. Itupun taklah terang sangat sebab bilik tingkat 3 kan.

Masa mata baru nak pejam, tetiba aku dengar pintu dibukak. Tapi takde cahaya lampu koridor masuk. Lepas tu bunyi tutup balik pintu. Kemudian nampak macam orang berjalan menuju ke katil Umar. Muka tak berapa nampak sebab gelap. Tapi aku perasan dia pakai tshirt merah dengan seluar jeans. Menonong je ke katil Umar lepas tu dia duduk kejap tepi katil sebelum dia baring. Masa tu aku dah ngantuk sangat tak teringat yang sebelum tu aku dah tengok dengan jelas umar tengah tido. Aku pun sambung tido balik.

Esoknya bila bangun aku tengok Umar tido tak pakai baju, cuma pakai seluar pendek warna hitam. Memang style dia tiap2 malam tido camtu. Aku tanyalah dia semalam balik pukul berapa. Dia cakap awal lagi. Aku tanya lagi, ada pakai tshirt merah tak semalam? Dia kata takde. Memang dia tido tak pakai baju. Berhuhu kitorang pagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 11:51 AM | Show all posts
layan tul baca thread nih..best2..sila2 sambung lagi..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 17-6-2016 02:15 AM
Cerita ni nak sama dengan pengalaman aku kat kolej kediaman dulu. Penah share kat benang lama, tap ...

seram weiii nampak real lagi membe masuk jalan gitu. tp bila benda ni jadik kita blur blur kan. bila pikir balik baru tau menda apa kan.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
didi_lite89 replied at 17-6-2016 11:51 AM
layan tul baca thread nih..best2..sila2 sambung lagi..hehehe

tapi rasa macam habeh dah hehe. kot ingat lagi nanti share lain nah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allhaillll at 17-6-2016 01:36 PM
allhaillll replied at 6-6-2016 02:01 AM
entoh le. tp dia datang bilik aku tu, bwk raga. dlm raga tu ada la shampoo skincare semua. dia p ...


gini la haa baju Akak Jamu tu. baju Kedah, kain batik, rambut ikat tepi. gambar amik dari google hehe

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 03:17 PM | Show all posts
allhaillll replied at 17-6-2016 01:21 PM
tapi rasa macam habeh dah hehe. kot ingat lagi nanti share lain nah?

hihi okayy.. mana2 tempat study memang ada citer memasing..didi punya kampus dulu tak habes2 pasal orang minyak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
allhaillll replied at 17-6-2016 01:18 PM
seram weiii nampak real lagi membe masuk jalan gitu. tp bila benda ni jadik kita blur blur kan. bi ...

Susuk tubuh tu sebijik macam umar. Tapi tak rasa seram mana sebab benda tu tak kacau.

Member bilik tingkat bawah lak lain cerita dia. Tengah duk layan pc pukul 1 pagi tetiba dengar bunyi bising macam orang nak gaduh kat luar tingkap. Selak langsir takde sorang pun kat luar. Time tu majoriti student dah balik kg. Tinggal 2, 3 orang je setiap aras.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
eenhemo2 replied at 26-3-2016 12:07 AM
Aah. Een session 2005/2006. Errkk.. tiba2 terasa tua da. Jajabeans ex matriks kedah jugak ke?

Kita sama batch nampaknya. Kmk dlm kenangan best betul waktu matrik dulu, enjoy sungguh sampai result kelaut dalam  

Tq tt, best story especially akak jamu. Lagi best kalau misteri dapat dirungkaikan sape akak jamu tu. Secara logiknya takda sapa pakai camtu era skg, tradisional pulak selendang/ikat tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 03:42 PM | Show all posts
Nak share jgk cite aku time blaja dlu kt cni blh? hahah.. tp bkn psl tpt blaja aku la.. cume time tu aku tgh blaja lg..nk cite kt cni sbb dh tajuk pn cerita sepanjang jadi student kn. so aku rase relevan la kot..haha..

Cite die camni.. 1 malam tu aku dok skype ngn ex bf aku.. mase tu die dok kt kl aku blaja kt sabah.. masa tengah skype tu bf aku tu dok kt ruang tamu.. dalam cam aku boleh nampak pintu rumah dia.. mase tu tengah malam.. kitorang borak2, nyanyi2..

Tibe-tibe aku nampak pintu umah die terbukak pastu ade orang masuk.. pakai baju tshirt kaler putih.. aku pun cakap la "eh tu housemate u dh balik.. nampak die masuk td"..
Ex aku pandang aku dalam skype tu semacam.. die ckp kt aku.. " housemate i takde kt umah.. outstation"

Aku cakap lg serius aku nampak ade orang masuk umah! aku siap gaduh2 lagi cakap memang aku nampak ade orang bukak pintu rumah die.. aku dh lain die pn dh lain.. die ckp "ok jom kite g tengok bilik housemate i". die cabut plug laptop tu die angkat sambil jalan ke bilik housemate die.

Bile dh sampai die bukak pintu. Aku dh tutup2 mata dengan buku takut nampak ape2..
Ex aku cakap " see.. mana ada orang" die pun pusingkn lptop tu supaya aku tengok bilik housemate die.. memang takde orang.. huhuhuhu..


Then aku cakap kt die.. xpela.. aku salah nmpk kot.. (dalam hati mmg nampak).. aku pun ckap aku nk tido la.. dh cuak pnye psl kn.. die kate eh nnt la teman die dlu borak2.. haha.. tau die takut.. then aku pn smbung la borak la lg.. x lama pstu die pn ttido kt hall aku off skype msuk bilik tido..huhu.. tu jela citenye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
biskutraya replied at 21-6-2016 03:42 PM
Nak share jgk cite aku time blaja dlu kt cni blh? hahah.. tp bkn psl tpt blaja aku la.. cume time tu ...

baca dak yg kat rumah sewa aku tu? sama jugak nampak orang kt belakang.
nampk clear ka muka orang tuu? dia kalih tengok hang dulu dak? hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067354 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list