CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30798|Reply: 209

Astro babypedia lisa & baby yahaira pica sipi2 jah #post 68

[Copy link]
Post time 22-3-2016 11:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mixed at 23-3-2016 05:09 PM

Tiada Stesen TV Dapat Hak Dedah Wajah Anak Yusry & Lisa

[size=0.688em]Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2016 5:30 AM

[size=0.75em]Yusry (kanan) dan Lisa Surihani. FOTO: SHAARI CHE MAT

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Yusry Abdul Halim dan isterinya Lisa Surihani tidak berhasrat memberi hak eksklusif kepada mana-mana stesen televisyen termasuk Astro untuk mendedahkan gambar anaknya Yahaira Leanne.
[size=0.98em]Yusry berkata, mereka masih tetap berpegang kepada prinsip dan keputusan bersama untuk tidak kerap mendedahkan gambar anak sulung mereka yang kini berusia enam bulan itu.

"Pertama kali pihak Astro bertanyakan tentang sebuah rancangan untuk memperkenalkan Yuhaira, kami menolak kerana itu sudah bertentangan dengan kenyataan kami sebelum ini iaitu tidak mahu mendedahkan wajah bayi itu.

"Kemudian mereka akur dan bersetuju dengan cadangan kami untuk program yang berkongsi pengalaman bagaimana pertama kali menjadi ibu-bapa," ujarnya kepadamStar Online.

Pasangan itu ditemui pada pelancaran program eBu Babypedia yang diadakan di Grand Duchess, Fraser Place, di sini, Selasa.

Bagaimanapun, Yusry berkata, ia tidak bermaksud mereka langsung tidak mahu berkongsi wajah anak mereka namun akan berbuat demikian jika diperlukan.

[size=0.75em]Yusry (dua dari kiri) dan Lisa Surihani (tiga dari kiri) bersama mereka yang terlibat dalam eBu Babypedia.

[size=0.98em]"Ia bukan bermakna kami tidak langsung mahu kongsi gambarnya, jika ia perlu dan pada masa yang sesuai atau saya rasa ingin kongsi, saya akan lakukan.
[size=0.98em]"Dalam rancangan televisyen ini ada beberapa babak juga yang kami dedahkan wajahnya iaitu ketika majlis aqiqah kerana macam tidak logik pula kalau dia tidak kelihatan di majlis itu," ujarnya.

Yusry dan Lisa berkahwin pada Februari 2012 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 15 September 2015.

Sementara itu, Lisa berkata, enam bulan memikul tanggungjawab sebagai ibu memberinya sebuah pengalaman yang cukup indah dan bermakna.



[size=0.75em]Lisa dan Yusry belum bersedia mendedahkan wajah anak mereka untuk tatapan umum.

[size=0.98em]Katanya, tanggungjawab itu membuatkan dia terpaksa meletakkan beberapa syarat sebelum menerima sebarang tawaran berlakon.

"Tanggungjawab saya sudah berbeza selepas adanya anak, saya lebih memilih terutamanya dari segi lokasi penggambaran dan masa berlakon juga tidak terlalu panjang.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu lama berpisah dengan anak, jika saya bawa anak ke lokasi pula akan memisahkan dia dengan ayahnya pula," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang program berkenaan, Lisa berkata, dia banyak berkongsi tentang petua dan tradisi yang boleh memberi maklumat kepada mereka yang baru bergelar ibu-bapa.

Katanya, rancangan tersebut secara tidak langsung juga menambah pengetahuannya dalam membesarkan anak mereka.

"Program ini bagus untuk semua yang baru menjadi ibu-bapa kerana beberapa tradisi yang kami tonjolkan dalam rancangan ini mungkin jarang kita dengar.

"Kadang-kadang ada yang pernah dengar tapi kita kurang mengambil berat, walhal perkara itu penting untuk bayi kita," ujarnya.

Program eBu Babypedia bakal bersiaran setiap Rabu bermula 23 Mac ini, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2016 11:04 PM | Show all posts
Hutong baby tu dlm x nk dedah kan
Akhirnya akur dgn astro

Sila masuk @jepp beri sepatah kata kt abe yuci uols
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
overnyaaa tak nak tunjuk lansung anak theyols. angelina jolie lek je tunjuk tp x perlu la over expose cam awalina tu. melebih2 plak lisa sejak kawen ngan yusri.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:09 PM | Show all posts
Eksklusif konon.... Pirahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ler lisa, dok dendiam aje la jadi lisa surirumah selayaknyalahhh
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lisa still chubby lagi kan
Beautiful nevertheless
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2016 11:21 PM | Show all posts
eeeeeee purlizzz lahh.. poyonya.. sedangkan Duchess of Cambridge Kate Middleton pun tayang and kongsi gambo anak, ini kan ko rakyat marhaen jer?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa memang dorang dah tunjuk pun kan anak dorang ..
Bukannya tak tunjuk langsungg ..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 11:30 PM | Show all posts
Tgk rcw..gila murah hati hari2 tayang pose esah yg comel tuu...x dak hal ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa lisa ni...
Suka hati la dah dorg mak bapaknya..per2 pon aku respek...

Yg nak tunjuk pon aku respek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg takleh hadam tahap poyo lisa. ko sape?stakat pelakon kayu...start poyo since kawen yusri je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 22-3-2016 11:30 PM
Tgk rcw..gila murah hati hari2 tayang pose esah yg comel tuu...x dak hal ...

Siap esah pose bugil lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:07 AM | Show all posts
apa2 jelah kayu jati ooi
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:15 AM | Show all posts
bosses iols jumpa lisa dekat soping mall dengan anak sheols..sheols baik jahh uols kata boss iols..tak sorok anak pon..sheols takmo over expose kotsss...husnuzon uolsss..tapi iols tak dapat info cute kah anak sheols
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Acah2 bunyi Babi Siapa Dia??
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kertu nya muka yusri. Tapi nampak heols bahagia betul dgn Lisa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2016 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Theyolls tak nak over exposed katenye.. tp iolls pernah nmpk acc ig yahaira ni komen kt gmbr liyana jasmay.. gmbr ank LJ la.. ala2 yuhaira say hi kt anak LJ n acc tu private...

dekat kite2 je dia eksyen x nak tayang anak.. ntah2 kt ig yg difollow friends n family tu tiap2 ari upload
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia sekadar menjawab pertanyaan media saja pun pasal hak eksklusif since his wife under Astro.
Bukannya nak jadi kan anak dia exclusive pun.

Ikutkan baby belum lahir pun dh dpt offer dr Astro untuk tunjuk first picture tapi dorang mmg x berminat.

Apa pun, baby Y memang bertuah. Tak overexpose pun still ada sponsorship.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kang dia upload mula korang komen itu ini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
melinda_kerr replied at 23-3-2016 12:18 AM
Kertu nya muka yusri. Tapi nampak heols bahagia betul dgn Lisa.

Tengok dorang kat passport cinta nmpk yusry mcm abang2... lisa mcm budak2 tp agak dominant... lisa tu nmpk la tegas berdisiplin organized tp tak cerewet sgt la...

Nak banding dgn skandal2 yusry masa muda dolu2 mmg dia bukan his type la.. skandal dia semua hot2 sexy2 da bomb... tp dah yusry tua2 ni mellow down cari yg practical to live with la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.358323 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list