CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7555|Reply: 62

[Tempatan] Home Delivery Service: Khidmat hantar ayam ke rumah sekitar Lembah Klang

[Copy link]
Post time 24-3-2016 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Hantar pesanan terus ke pintu rumah atau bilik hotel. Itu antara kegiatan sindiket ‘kereta ayam’ yang aktif menghantar pelacur warga asing di sekitar Lembah Klang.

Aktiviti didalangi ‘bapa ayam’ tempatan ini didakwa menerima tempahan pelanggan melalui pelbagai aplikasi media sosial sebelum penghantaran segera dilakukan.

Difahamkan dalang sindiket itu tidak mengenakan caj tambahan bagi perkhidmatan menghantar pelacur itu kepada pelanggan menggunakan kereta 24 jam sehari.

Khidmat penghantaran pelacur bergerak itu bagaimanapun dikesan pihak polis yang berusaha menumpaskan kegiatan licik itu.

Hasil penyamaran dilakukan anggota Bahagian Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Judi (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak empat ‘kereta ayam’ berjaya diberkas dalam operasi awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, anggota polis terpaksa melakukan penyamaran sebagai pelanggan di sebuah hotel terkemuka di Jalan Bukit Bintang di sini, untuk memerangkap suspek.

Menurutnya, operasi turut diadakan berikutan aduan wujud unsur eksploitasi seks terhadap gadis warga asing oleh sindiket itu.

“Hasil penyamaran berkenaan, sebuah kereta model Proton Iswara dikesan muncul di kawasan hotel terbabit sebelum beberapa wanita warga asing yang dipercayai pelacur keluar dari kenderaan itu.

“Polis kemudiannya menahan kenderaan berkenaan sebelum memberkas pemandu kereta yang juga seorang lelaki tempatan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau berkata, polis kemudian menyelamatkan lima wanita warga Indonesia yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks.

Menurutnya, polis juga berjaya menahan dua lagi kereta model Proton Wira dan Proton Iswara, 55 keping kondom, walkie talkie, lima telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM1,990 dalam operasi itu.

Sementara itu dalam serbuan berasingan, polis berjaya menahan sebuah lagi kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan bersama empat wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelacur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 12:14 PM | Show all posts
aku baru macam nak gembira sebab boleh beli ayam mentah hantar kat rumah je terus.. cit
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:14 PM | Show all posts
mati2 aku ingatkan ade servis beli ayam n delivery kat rumah..

dalam hati baru je cakap"alhamdulillah akhirnya servis beli ayam hantar ayam ke rumah door to door dh ade"

sekali bila baca berita...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Choi!

Ingatkan ade buat delivery beli ayam mentah mcm pizza hut tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 12:16 PM | Show all posts
kalau JB tak boleh buat mcm ni
tak layak jadi bandaraya ke-2
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:17 PM | Show all posts
buy 1 free 1 tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Spidey mengaku pernah cuba service ini. Korang jangan bash Spidey ya? Dah malam tu Spidey ada keinginan untuk mencuba.

Verdict : Spidey sangat berpuas hati sebab dorang tiba ke rumah Spidey dalam masa 20 minit sahaja.
Ayam masih segar dan panas lagi, ranggup sangat.
Call lah dorang kalau korang memerlukannya di talian 1 300 222 880
Tapi satu jer Spidey nak complain, dorang tak bagikan sos cili yang secukupnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 12:23 PM | Show all posts
ingat tu! 24 jam perkhidmatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 12:28 PM | Show all posts
ayam betul pun ada.. organic n free range chicken.. aku terbaca kat newsfeed fb..
chef wan pun ada rekemen satu peniaga organic free range ciken ni kat ig dia.. tapi kalau delivery takleh beli sikit2 sekor dua ke..
4-6 ekor ok kot..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:32 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 24-3-2016 12:22 PM
Spidey mengaku pernah cuba service ini. Korang jangan bash Spidey ya? Dah malam tu Spidey ada keingi ...

Ni KFC delivery service ke spidey?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:32 PM | Show all posts
Kalau duduk belah shah alam memang ada delivery ayam kampung biasa dan ayam kampung dah diperap tinggal goreng je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cepheid replied at 24-3-2016 12:32 PM
Ni KFC delivery service ke spidey?

Ya, hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:40 PM | Show all posts
Hehe ingat ayam kokkokkokkokkkkkkkkkk ler td
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:55 PM | Show all posts
bagus.. bagus.. bisness ni makin user friendly..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 12:58 PM | Show all posts
mati2 aku ingat delivery ayam segar  
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ayam daging ke ayam pencen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 24-3-2016 04:22 AM
Spidey mengaku pernah cuba service ini. Korang jangan bash Spidey ya? Dah malam tu Spidey ada keingi ...

amik peha ke dada?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:06 PM | Show all posts
aku baru nk tanye sekilo berapa tadi
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:18 PM | Show all posts
terpedaya i..ingt ayam segar tadi..baru nk tanya cover area mana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 01:29 PM | Show all posts
Cheh..  Aku dah ingat ayam betul tadi.. tak suka la delivery tesco, diorang tak potong sekali. Leceh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.237078 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list