View: 3088|Reply: 3
|
Ayah Lebih 'Macho' Bila Hebat Jaga Anak
[Copy link]
|
|
sumber foto: http://www.listall.ca/
Kebanyakan ayah akan memberitahu kawan yang mereka perlu menjaga anak kerana isteri ada urusan yang perlu dilakukan. Minta maaf ayah. Anda tidak sepatutnya memberitahu yang anda 'kena jaga' anak kerana isteri tiada di rumah.
Satu hal lagi, wahai ayah, jangan segan atau malu menolak kawan-kawan yang mengajak keluar hanya setakat minum dan sembang kosong, jangan sia-siakan 'quality time' bersama anak-anak.
Ingat, sebagai ayah kandung, adalah tidak sepatutnya 'babysitting' anak. Ini kerana maksud 'menjaga anak' yang dimaksudkan seolah-olah menjaga seorang anak ketika ibu bapanya tiada di rumah.
sumber foto: http://cdn1.drprem.com/
Mana mungkin seorang ayah menjaga seketika anaknya sendiri kerana si ibu tiada di rumah. Masa yang dihabiskan oleh ayah untuk bermain dengan si anak, membersihkan najisnya, menukar lampin, memberi susu, memandikan anak dan bermacam lagi tugas menguruskan anak adalah sebahagian tanggungjawab keibubapaan yang memang wajib digalas sebaik bergelar ayah atau ibu.
Jadi, selepas ini tiada lagi istilah terpaksa jaga anak sebab isteri ada urusan di luar. Walhal sebenarnya ia memang tanggungjawab bersama tidak kira sama ada isteri ada di rumah atau tiada.
sumber foto: http://cdn.klimg.com/
Menjaga seketika anak dilakukan dalam masa yang tertentu sama ada sejam, satu malam atau hujung minggu. Bagaimanapun keibubapaan atau 'parenting' adalah tugas yang bermula sebaik sahaja anak anda lahir ke dunia dan berakhir apabila anda sudah tiada lagi di dunia ini.
Percayalah, ayah yang tidak berkira tanggungjawab menguruskan keperluan anak adalah lebih 'macho' berbanding ayah yang langsung tidak ambil tahu urusan menguruskan si kecil.
Jadilah seorang ayah yang bukan sahaja macho dari segi bentuk fizikal badan malah juga macho dari segi rasa tanggungjawab menjaga anak-anak. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
hmm ala time anak tgh comel2 gedik mmgla syok bapaknye jaga. ce kalau time anak tu tgh mengamuk? trs pass kt mak |
|
|
|
|
|
|
|
minah_kidal replied at 25-3-2016 11:58 AM
hmm ala time anak tgh comel2 gedik mmgla syok bapaknye jaga. ce kalau time anak tu tgh mengamuk? trs ...
Sbb mak ada senjata rahsia paling ampuh. Nak tau apa dia. Belaian sorg ibu dan susu badan. X caya kan. Tp itulah hakikatnya.
Aku kalo anak aku nangis sikit2 bolehlah dipujuk lagi. Tp kalo dia dah mengamuk tetap ibu yg boleh kasi si kecil cool down. Sumbat BF pastu belai2 diam dah.
Bapa nak bagi susu apa plak ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|