View: 3526|Reply: 6
|
Aku keliru dengan statement oleh Titah Sultan Johor
[Copy link]
|
|
"Berhenti Cuba "Jadi Orang Arab" - Titah Sultan Johor Berkenaan Budaya dan Adat"
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.
Tambah baginda lagi, mereka yang mahu "menjadi orang Arab" lebih sesuai menetap di sana.
"Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda sebagaimana lapor The Malaymail Online.
"Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.
"Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka," tambahnya.
Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.
"Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.
"Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab," titah baginda. -
YANG PASAL PAKAI TUDUNG TU BUDAYA ARAB?
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul jugak , nak -nak depa yang baru pulang ke pangkal jalan tetiba dah bertukar jadik orang arab..Macam ada sorang kenalan I dulu sebelun bertudung anak-anak dia panggil dia mama lepas bertudung suruh tukar panggil ummi pulak padahal tak salah pun nak panggil mama ke mummy ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting tutup aurat tt..pakai tudung tu xtau la budaya mana..
Jgn pakai tudung tapi lengan pendek, nmpk gunung 2 bijik, seluar ketat |
|
|
|
|
|
|
|
yang lain tak nak sentuh. tapi part tt cakap pasal tudung tu.
Aku pun confuse. Dulu aku tengok anaknya cakap, time kes TTA, aku ingat anaknya yang tak matang (walau TI tu baya2 aku je) maka aku harap akan tiba masa dia faham mana agama mana budaya.
Tapi bila ayahnya pun bercakap. Aku tak tau nak cakap apa.
|
|
|
|
|
|
|
|
.....dia takkata jangan jadi atau tiru orang putih ... dia kata jangan jadi atau tiru arab sahaja .... ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
melayu memang berasal dari arab...melayu berasal dari tanah kanaan,pelastin..melayu adalah yahudi asli. |
|
|
|
|
|
|
| |
|