View: 6218|Reply: 74
|
[Tempatan]
Digi syarikat pertama negara perkenal cuti bersalin enam bulan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan cuti bersalin bergaji selama enam bulan kepada warga kerjanya.
Menurut Ketua Pegawai Seliaan, Siti Fauziah Abu, pendekatan itu diambil bagi menggalakkan penglibatan wanita di sektor digital.
“Objektifnya adalah bagi menggalakkan wanita dalam bidang digital, bukan sahaja warga Digi malah pelanggan dan seluruhnya,” kata Siti Fauziah.
Selain itu, menurutnya, dasar cuti bersalin ini akan membuatkan Digi bukan sahaja sebuah syarikat yang menarik untuk bekerja, tetapi juga tempat di mana wanita boleh membina kerjaya dan seterusnya mengisi barisan kepimpinan.
Menurut Siti Fauziah, inisiatif cuti bersalin enam bulan itu akan dilaksanakan bermula tahun ini dan diperkenalkan bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Selain cuti bersalin enam bulan, Digi turut melancarkan beberapa inisiatif khusus buat wanita yang bertujuan memperkasakan kaum hawa melalui kuasa internet antaranya Women Inspiration Network (WIN) dan Wanita Era Digital (WED).
Siti Fauziah berkata demikian selepas forum anjuran Digi bertajuk 'Memajukan Wanita Di Bidang Digital Dan Tempat Kerja' pada Jumaat.
Forum tersebut dianjur bagi mengupas cabaran dan peluang yang dihadapi oleh wanita dalam tenaga kerja.
Antara yang diwacanakan adalah bagaimana pemimpin wanita menyumbang kepada pertumbuhan organisasi, dan kefasihan digital memecahkan halangan dalam memastikan peluang yang sama rata dengan kaum lelaki.
Panel yang hadir termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (Mdec) Datuk Yasmin Mahmood dan Pengasas aplikasi Watch Over Me Xinch Chin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni bini boleh mintak tolong suami utk dptkan cuti 6 bulan...
Cuti 6 bulan ni berbayar ke tak
|
|
|
|
|
|
|
|
wow bestnya ... nak join boleh ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak yg baca tajuk je. |
|
|
|
|
|
|
|
Fuyyyooo siap bergaji lagi tewww |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yang baru join company Celcom atau Maxis hari tu bolehlah consider letak jawatan dan join DiGi, Always The Smarter Choice.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul pnye cutii die bagi sampai 6 bulannn |
|
|
|
|
|
|
|
Syok nye dapat maternity leave 6 months. Paternity leave for digi staff masih seminggu ke? Iols suggest bagi 2-3 weeks untuk para husband beri sokongan moral & fizikal |
|
|
|
|
|
|
|
Harap perkerja gomen pun berkempen untuk dpat 6 bulan juga. Miahahaha. Kalau gomen cuti 6 bulan boss iols orang pertama tarik muka seribu. Tahun lepas 6 org serentak cuti (ada overlap since due bulan 7, 9, 11) pun dia mengamuk sakan. Siap kata xnak bagi 3 bulan. Nak bagi 2 bulan je. Sampai depressed iols. Org lain berjimba 3 bulan ni ktorg dapat 2 bulan lak apa kes. Last mnute baru dia tukar arahan sebab boss besar hantar pegawai baru tu pun lepas boss iols meroyan sakan cakap x cukup org bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
Syarikat telekomunikasi Digi menjadi syarikat pertama di Malaysia memperkenalkan cuti bersalin bergaji selama enam bulan kepada warga kerjanya. haiya ... ayat perenggan pertama pung
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh kalau cegini sapa yang produktif best ni..bersalin..naik kejer tengah pregnant balik..5-6 bulan kendian cuti balik..da begitu la seterusnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ok. opis aku aku mengadap digi. staff dia ramai dan penyumbanng trafik jem kat ctu dan kepayahan nk dapat parking. digi ni banyak benefit, dan ramai chinkies. |
|
|
|
|
|
|
|
ailoveusomuch replied at 26-3-2016 12:13 PM
Harap perkerja gomen pun berkempen untuk dpat 6 bulan juga. Miahahaha. Kalau gomen cuti 6 bulan boss ...
kjer jela. byk sgt prmntaan pkrja gomen ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni nk mintak kerja kerani digilah |
|
|
|
|
|
|
|
ikea pon cuti persalin lama 6 bulan juga rasenye.. |
|
|
|
|
|
|
|
intanumbrella replied at 26-3-2016 12:27 PM
wahhh kalau cegini sapa yang produktif best ni..bersalin..naik kejer tengah pregnant balik..5-6 bula ...
kot ada clause kot tp x bgtau kt sini..mgkn apply 3 thn sekali ke kan..mampus setiap tahun beranak mmg amik kesempatan tu..pastu department lak crucial mau mengamuk boss bg suggestion berenti je duk umah beranak je wakakakak |
|
|
|
|
|
|
|
zach2008 replied at 26-3-2016 11:46 AM
Lepas ni bini boleh mintak tolong suami utk dptkan cuti 6 bulan...
Cuti 6 bulan ni berbayar ke tak
...
Tahniah sbb jadi org pertama komen kt thread ni..
Tahniah jugak sebab menjadi org pertama yg ... kt thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
idakamaruddin replied at 26-3-2016 12:44 PM
kot ada clause kot tp x bgtau kt sini..mgkn apply 3 thn sekali ke kan..mampus setiap tahun beranak ...
tu xpe lagi sis..buat setaun dua kali..macam mana tu sis? |
|
|
|
|
|
|
|
kesian yg bujang andartu kena cover kerja org yg beranak..lps beranak masuk kerja bagi excuse nak balik awal sbb anak..bila tegur, "ko apa tahu, ko bkn ada anak pon"...mungkin kalau sekali sekala boleh la nak tolak ansur tp kalau setiap hari mcm tu..masak lah..mmg kawan yg andartu yg cover kerja smpai bila bila lah andartu sbb mak mak yg x bertanggungjawab ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla..
Tp jgnla produktif sgt tetiap thn nk beranak.. Kesian org lain kena cover keje korg plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|