CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3833|Reply: 23

[Tempatan] {1} Masuk pasaraya utk curi sepasang selipar & tshirt saja!

[Copy link]
Post time 27-3-2016 09:03 AM | Show all posts |Read mode
27 Mac 2016 Ahad

SIBU: Poket kosong dan tiada kerja dijadikan alasan seorang remaja lelaki ditangkap orang awam mencuri sepasang selipar dan baju-T di sebuah pasar raya Jalan Channel, di sini tengah hari semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari, salah seorang pembantu kedai mendapati seorang lelaki memasuki tingkat atas premis tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Pembantu kedai tersebut kemudian memaklumkan kepada rakan sekerja yang menunggu suspek turun dari tingkat atas premis kedai menjual pakaian itu.

Suspek kemudian ditahan sebaik sahaja keluar dari pasar raya tersebut sebelum dibawa masuk ke dalam stor untuk tujuan pemeriksaan badan.

Setelah diperiksa, suspek didapati menyembunyikan sepasang selipar dan kemeja-T di dalam seluar panjangnya.

Apabila disoal sebab-sebab suspek berumur 17 tahun itu memberitahu beliau mencuri kerana terdesak tidak ada wang dan pekerjaan.

Difahamkan suspek juga merayu kepada pihak pasar raya agar diberi pekerjaan untuk menebuskan kesalahannya tetapi tidak diendahkan.

Barang curi yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM30 dirampas untuk dijadikan bahan bukti.

Suspek tinggal bersama ibu bapanya di Jalan Lai Chee di sini kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut. - Sarawak News


p/s tak berbaloi kena tahan...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 09:06 AM | Show all posts
bongok..ko dah curi selipar tu,ko pakai jer,yg lama tinggal kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 09:19 AM | Show all posts
Difahamkan suspek juga merayu kepada pihak pasar raya agar diberi pekerjaan untuk menebuskan kesalahannya tetapi tidak diendahkan.

ala2 kes kat tesco.. bhrp org bagi kije lepas mencuri.. tp yg tu dia di offer. adik ni bhrp gtu la kot.


ujung2 ko mcuri lak dlm psrya tempat ko kije tu lau org ambik ko kije..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 09:55 AM | Show all posts
Dia nk ikut mcn hat curi susu tu.Kahkahkah.bakpe dok apply dari awey awey lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Difahamkan suspek juga merayu kepada pihak pasar raya agar diberi pekerjaan untuk menebuskan kesalahannya tetapi tidak diendahkan.


nk ikutjwjak tesco la ni.... sindrom mangsa simpati dgn pemangsa
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 10:44 AM | Show all posts
kes tesco tu, staff siasat dlu, smpai ke rumah. ni bdk ni, nmpk benor menipunye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek celik ci, disyaki suspek membaca surat khabar atau tengok berita di television
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sibu adalah bandar yg kurang peluang pekerjaan dan kadar upah masih di bawah gaji minima...ada 4 bdk sibu yg kerja sekitar area aku keja skrng ni.Sb tu drng 'hijrah' ke semenanjung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduss.kesian ko.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nak mencuri kat khazanah nasional la
lepas tu minta kerja
tak pun mencuri kat bank negara malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 06:30 AM
Sibu adalah bandar yg kurang peluang pekerjaan dan kadar upah masih di bawah gaji minima...ada 4 bdk ...

hijrah ke semenanjung tandas pun kena bayar ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 04:26 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 02:30 PM
Sibu adalah bandar yg kurang peluang pekerjaan dan kadar upah masih di bawah gaji minima...ada 4 bdk ...
lebihkurang brapa gaji dier rang ey sekarang?

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-3-2016 04:26 PM
lebihkurang brapa gaji dier rang ey sekarang?

Tertinggi hanya dlm rm650.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:04 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 07:58 PM
Tertinggi hanya dlm rm650.
owh ..
d Sibu
ada kawan bekerja kat supermarket
ok ja dapat rm1200 bersih

mungkin sebab kawan tu rajin buat o.t
konsep mudah ja kot
d mana2 pun
keyword : rajin

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-3-2016 08:04 PM
owh ..
d Sibu
ada kawan bekerja kat supermarket

Basic bpe kt sana skrng?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 08:31 PM | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 08:15 PM
Basic bpe kt sana skrng?
kerajaan rm850 minimum
swasta ikut pada kelayakan
supermarket .. soping komplek ikut pada tokey , ikut tempat
kalau d Sibu minumum basic kerja supermarket & soping komplek rm700-rm800

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-3-2016 08:31 PM
kerajaan rm850 minimum
swasta ikut pada kelayakan
supermarket .. soping komplek ikut pada tokey , ...

Apa nma supermarket tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 07:58 PM
Tertinggi hanya dlm rm650.

Thanks for d info
Baru aku tahu realiti di sibu
Selama ni ingatkan sama je tangga gaji minimum dgn semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 27-3-2016 11:01 PM
Thanks for d info
Baru aku tahu realiti di sibu
Selama ni ingatkan sama je tangga gaji minimu ...

Kebanyakn majikan swasta di sibu tidak membayar gaji minimum kpd pekerja mereka.Penguatkuasaan sgt lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-3-2016 11:06 PM
Kebanyakn majikan swasta di sibu tidak membayar gaji minimum kpd pekerja mereka.Penguatkuasaan sgt ...

Aku penah gi sibu sekali je...sbb ada urusan  kerja
Tido kt hotel RK apake nama yg ada parkson tu
Tp petang tu aku saja jenjalan2 tgk bdr sibu
Lalu kat stp kedai2 pre war building smpi ke tepi sungai tgk kapal2
Tp airport sibu mmg sedih la..takde apa2...mati kutu gak dibuatnya sambil nk tggu flight..jauh beza dgn miri airport (ye le sbb bdr minyak)
Ni kisah thn 2005 la
Skang tak tahu apa citer
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.061918 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list