CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4607|Reply: 2

Ford Mustang dah sampai Malaysia?

[Copy link]
Post time 27-3-2016 10:52 PM | Show all posts |Read mode

[/url]

BERITA baik buat peminat Ford Mustang. Model ikonik itu kini sudah berada di Malaysia dan bersedia dilancarkan dalam masa terdekat.


Berdasarkan penyebaran gambar Ford Mustang di laman sosial yang tertulis ‘Malaysia’ pada bahagian cermin hadapan, ia mengesahkan lagi bahawa model ini bakal menemui peminatnya di sini.

[url=http://pandulaju.com.my/ford-mustang-kini-sudah-berada-di-malaysia/]

Sebelum ini juga Ford sudahpun membuka tempahan pra-pelancaran bagi model Mustang yang dijual pada harga serendah RM435,000. Untuk makluman, Ford Mustang ditawarkan dalam dua varian iaitu 2.3L EcoBoost dan 5.0L V8.


HARGA:

  • Ford Mustang 2.3L EcoBoost – RM435,000 hingga RM450,000
  • Ford Mustang 5.0L V8 – RM550,000 hingga RM565,000

6 PILIHAN WARNA MENARIK:

  • Putih (Oxford White)
  • Hitam (Shadow Black)
  • Biru (Deep Impact Blue)
  • Kelabu (Magnetic Grey)
  • Merah (Race Red)

Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) hanya ditawarkan untuk varian 5.0L V8 sahaja.

[/url][url=http://pandulaju.com.my/ford-mustang-kini-sudah-berada-di-malaysia/]

PRESTASI:

Dibina di kilang pemasangan Flat Rock di AS, Ford Mustang ditawarkan dalam versi fastback dan convertible. Bagi enjin 5.0L V8, ia menawarkan kuasa sehingga 435hp dan tork puncak 530Nm.


Manakala enjin EcoBoost® bersesaran 2.3L pula mampu menghamburkan kuasa sebanyak 310hp. Kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.


Jika anda peminat model ikonik ini, bolehlah mula menabung sekarang. Apa-apapun, mari kita sama-sama nantikan kehadiran model Ford Mustang di jalan raya.


SUMBER: Pandulaju.com.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Segagah namanya.. Sblm ni pn ada masuk malaysia. Tp bkn dr pengedar sah la. Lefthanddrive lak tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2016 06:06 PM | Show all posts
rioster replied at 29-3-2016 06:42 PM
Segagah namanya.. Sblm ni pn ada masuk malaysia. Tp bkn dr pengedar sah la. Lefthanddrive lak tu.

Yang ni dah confirm bro. Harga pun dah umum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.383841 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list